Makin lama makin lemau Hulu Langat. Jentera BN langsung tak kisah. DUN Kajang langsung tidak diperjuang oleh UMNO untuk kerusi UMNO, atau pun MCA untuk kerusi Cina-Muslim dalam MCA. Bangunan UMNO Hulu Langat kekal lah tepi traffic-light tu, langsung tak diselesaikan bangunan baru yang sepatutnya dah jadi Hotel KK. Tahniahlah Ketua Bahagian Hulu Langat, ADUN Semenyih, Johan Aziz.
DUN Semenyih syok sendiri. DUN Dusun Tua pun masih dalam lamunan sepi. Calon MP Hulu Langat BN/UMNO langsung tak ambil pusing. Apa ke jadahnya Jawatankuasa Bahagian UMNO Hulu Langat yang ramai bengap dan tidur di siang hari?! Ramadhan ini pergilah ziarah semua kariah masjid, surau dan lokasi awam untuk tarawikh. Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan semuanya "buat-buat sibuk", maklumlah membuai mimpi-mimpi indah.
Jangan jadi kaduk naik junjung atau pungguk rindukan bulan. Jangan dah jadi bubur, baru sibuk tanya "kenapa kalah?"
Jawapan sedia terbentang. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor saksilah bagaimana gerak kerja "harapkan pegar, pegar makan padi", "habis madu sepah di buang" sedang diceritakan kepada rakyat oleh Johan Aziz dan Markiman Kobiran. Selagi pakai Jalil Md Nasir, akan lingkuplah Hulu Langat. Masa inilah jumpa semua Ketua Cawangan UMNO dalam Hulu Langat dan bekas-bekas Ketua Cawangan UMNO. Buat himpunan khas di Padang MPKJ tu.
Kalau setakat temberang keliling kampung, tak payah.
Dah lamo tido....x sodar ...tau tau tukang gunting beranang jadi ahli parlimen....buatla kerja jgn relax ajo..malu kito
ReplyDeleteCicit Kamat, apo nak digaduhkan. bukan UMNO Hulu Langat ajo camni, kek mano2 pun samo ajo..
ReplyDeleteDen ni banyak berjalan. Hampir seluruh negaro. Nampak gayo e, Mano-mano ahli UMNO sumo dah hilang semangat. Pemimpin2 asyik jago tembolok sendiri ajo.. Tengoklah TS Razali bos Syabas tu.. dongar e. RM425,000.
Ketuo-ketuo Bahagian pun samo. Dapek projek/peruntukan habih dilapon masuk akaun sendiri. Ahli-ahli di bawah, ditunggang macam kobau bajak disuruh kojo separuh mati. Lobih toghuk kaum wanita UMNO (kesian amek2 den). Habih manih sopah dibuang.
Ado nang tinggal tu, sumo nak harap duit ajo. Termasuk skot blogers UMNO tu. Namo nak kuar duit sendiri berkorban utk berjihad, jangan haraplah.
Kok ado nang coghodek akal dan bijak pandai nak masuk parti, di sokat. Tinggallah yang bungko2 ajo (itu kato Dr Mahathir).
Iyoo ko
ReplyDelete