Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, August 13, 2012

KJ yang Dengkek Akal

Begitu dengkek akal budak lahir di Kuwait ini, anak Jamaluddin cucu Abu Bakar. Khairy Jamaluddin menantu Abdullah Ahmad, begitu tidak kreatif dan inovasi bila mana tidak mampu berfikir Beyond Conventional untuk membina penyelesaian Penyatuan Parti-Parti Politik Melayu. Hingga kenyataan begitu daifnya ialah Mustahil Boleh Bersatu.

Satu kaedah paling radikal ialah melancarkan Agenda 1 Melayu 1 Bumi (kalau Kj berani). Buat Road Show di 222 Kawasan Parlimen secara terbuka Bahaskan Perihal Kandungan Utama Perlembagaan Persekutuan.

Buat sirkit membahaskan perihal 1 Malaysia + Wasatiyyah + Integriti berpaksi kepada Agama Islam Agama Bagi Persekutuan.

Bahaskan secara terbuka keturunan dan kelahiran DAP yang membawa ajaran Komunis, PAS yang berpaling tadah kepada Syiah, Wahabi dan Khawarij, juga PkR yang mendukung flagship Freemasonary.

Jenguk semua kawasan DUN untuk bersama-sama "menelanjangkan" doktrin-doktrin SESAT, yang akhirnya boleh menyatukan Ummat Melayu atas Paksi Kalimah Allah dan Muhammad. Maka, tiada lagi sengketa mendagangkan Hindraf, Bersih, Himpun, Kuasai Putrajaya secara BIADAP oleh kumpulan Free thinker politician.

Ketua Pemuda UMNO ternyata tidak proaktif, sibuk dengan kempen BN Volunteer, BN Youth Cyber Team yang sudah basi. Ketua Pemuda UMNO makin nak dekat PRU-13, semakin tidak produktif dalam memikirkan, bagaimana boleh membina Sebuah Pasukan PEMBUNUH IDEALISME DAN IDEOLOGI Politik DAP, PAS dan PkR.

Seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Pemuda BN Kebangsaan "tidak" Berbudaya Ilmu Tahap Tinggi. Prestasi dan Momentum berperang begitu rendah.

Akademi Pemuda UMNO Malaysia sudah tiada Kumpulan Selempang dan Beret Merah. Guru-guru Tua yang mengajar Ilmu Tempur sudah disisih dan dinafikan Keilmuan mereka.

Kj yang sibuk sarung pakaian seragam Rejimen AW pun tak bijaksana untuk laksana Modus Pertama iaitu Makna Gagah Setia. Kekuatan Rejimen AW Siri 500 tidak kurang 100,000 orang, perlu disemarakkan. Pergilah runding dengan Pegawai Pemerintah Kor AW dan Jabatan Arah untuk adakan program Pemantapan Integriti Anggota dan Pegawai Kor Askar Wataniah. Apo bengap sangat kau ni lobai!

Ketua Pemuda UMNO Malaysia setakat bercakap macam Malaysia baru merdeka semalam, cerita lain. Kito dah 55 tahun merdeka, Pemuda UMNO Malaysia baru bongkar dari kubur 13 Mei 1969 kot!

Kj yang masih mentah ilmu politik Nusantara. Stail kau kobar kenyataan Dr.M, samolah macam yang kau buat pada tahun 1998 di Malaysian Hall, London. Kito tahu, kau dah diberi signal sojak 2001 lagi, namun kau buat pekak badak. Ingat Kj, UMNO bukan tercipta atas tilam emas. Insan yang kau "perlecehkan" antara generasi pemula UMNO, hingga hari ini ada 1578 orang umur seperti mereka masih hidup dan segar bugar. Mereka meneropong Pemuda UMNO sedang dilamun Cinta Muka Buku.

Nak lawan, lawan habis-habisan. Keluarkan akhbar "Eye Bull UMNO" setiap minggu, dan hidupkan semula industri makalah Times Week Malaysia iaitu Massa, kau kan dah diberi kesian sebagai Pengerusi PNB, tak kan "bungku" lagi....

11 comments:

  1. brader cicit. next time kalo nak tulis ulasan pasal seseorang..tolong sertakan link apa dia connection nya yang diulas tu. contohnya apa link yang menunjukkan kj kata pasal tdm tu. macam artikel sebelum ni pun tabloid mana yang diceritakan pun tak tau. kalau boleh sertakanlah link baru orang boleh relate n connect. kalau tak takde orang faham dan tak tau nak komen apa. itu kelemahan ketara yang selalu saya tengok brader cicit buat. tolong improve next time.

    ReplyDelete
  2. sambung skit lagi.

    kalau boleh next time gunalah bahasa mudah sikit. kita nak baca blog bukan nak baca suratkhabar atau buku. selamilah bahasa blog dan media maya ni macam mana. tq.

    ReplyDelete
  3. Suratkhabar Utusan Malaysia brader. Bahasa slanga Blog dan Media Maya, bukan selera eden. Kok, nak baco blog "sempoi" melambak-lambak dalam dunia virtual. Paneh Miang untuk Orang Mendalami Ilmu, kok tak mengerti "poeilah Berguru lagi"...tak dapek den nak nolong doo..Tahniah Anon 0959 pm dan 1001 pm kerana memaksa akal anda berfikir.

    ReplyDelete
  4. Kok camtu selamo ni cicit kamat ni pesen bukan selero dio tulih ayat mudah supayo sonang orang lain paham ruponyo. Patut la bosan baco post ekau jang. Komunikasi apo tujuan eh jang? Kok sendiri tulih sendiri paham bek takyah tulih doh. Syok sendiri namonyo tu. Yang mudah kito kokalkan, yang payah kito mudahkan. Barulah sampai maksud mendalam. Sori yo. Mencolah sikit.

    ReplyDelete
  5. sebab tu la kena ada link brader cicit. kalau tulisan saja ilmiah konon suruh orang mendalami ilmu tp rujukan xde mcmana orang nak relate dgn artikel brader? org mendalami ilmu tulis pun ada references, nota hujung, bibliografi. barulah senang generasi akan dtg nak buat rujukan bila baca blog ni. xkn brader cicit expect generasi akan dtg yg baca tulisan ni nak cari utusan masa tu utk faham apa yg berlaku? lgpn bukan semua org baca dan beli utusan dan tabaloid mcm brader cicit. kalo xde link pun lebih elok brader cicit taip apa berita tu sbg rujukan akan dtg supaya mudah pembaca masa depan relate dgn isu yg brader cicit tulis. dan supaya ia sesuai diarkibkan. kita bg cadangan saja. buat tak buat brader punya blog suka hatilah labu...siapa sebenar yg belum dalami ilmu brader? hihi.

    ReplyDelete

  6. Makno..eh Cicit Kamat ni kono poie berguru Laie..lah. Yo tak?

    ReplyDelete
  7. Anon yang panjang mengulas. Terima kasih di atas fikiran mendalam saudara. Semoga Saudara Kj menjadi insan yang lebih Panjang Akal dan Penuh Hikmah dalam Urusan Merakyatkan UMNO kepada Ummah. Salam Eid-Fitr. "Den kona komentar ikhlas ini".

    ReplyDelete
  8. Salam.....kenapa perlu perlecehkan kj.Saudara pernah bertemu atau berurusan dgn dia.memang nasib pemimpin melayu bila ada yg berkemampuan dan mampu menjadi peneraju negara,konsep bunuh karier dgn serangan peribadi mesti terjadi.kita suka dengar ckp ckp orang tanpa kita mendekati mahupun mengenalinye dulu.
    Bawa mengucap... Jgn terlalu buruk sangka.agenda politik membunuh karier dgn tohmahan peribadi adalah budaya dap dan jgn pula kita org org melayu terikut sama

    ReplyDelete
  9. Salam.....kenapa perlu perlecehkan kj.Saudara pernah bertemu atau berurusan dgn dia.memang nasib pemimpin melayu bila ada yg berkemampuan dan mampu menjadi peneraju negara,konsep bunuh karier dgn serangan peribadi mesti terjadi.kita suka dengar ckp ckp orang tanpa kita mendekati mahupun mengenalinye dulu.
    Bawa mengucap... Jgn terlalu buruk sangka.agenda politik membunuh karier dgn tohmahan peribadi adalah budaya dap dan jgn pula kita org org melayu terikut sama

    ReplyDelete
  10. Sdro Cicit Kamat..

    Den nampak memang sdro ni bukan calang2 oghang. Pomikir dan byk idea bernas.

    Cumo, den setuju dgn kawan2 lain tu.. bombastik bonar pulak. Togang bodonting2, kok kondur bojelo2 pulak jadi e..

    Eloklah mudahkan bahaso tu. Praktikalkan sikit cadangantu. Kok kritik oghang, cubo ghaso dulu, macam kito ni di tompek dio. apo ghaso e..

    Kojo paling sonang dalam dunio, apo namo kojo e? Jawab e, menguceh kojo oghang lain kan?

    KJ tu, taklah sohandal mano, tapi taklah sotoghuk mano macam yang sdro tulih tu.

    Jadi, padan2lah.. Maaf zahir batin. Selamat hari rayo.

    ReplyDelete
  11. Kj tu sangap toghuk...

    ReplyDelete

Blog Archive