Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, walillaahil – hamd.
Alhamdulillah umat Islam di Malaysia telah selamat menunaikan ibadah puasa selama sebulan, dan hari ini kita semua meraikan ketibaan Syawal. Meriah, gembira ,tawa, syukur itu semua tergambar dalam wajah setiap insan hari ni.
Aku dan isteri baru balik dari melawat keluarga sahabat yang baru menerima kehadiran cahayamata 5.30 pagi tadi.Tahniah sekali lagi diucapkan kepada beliau kerana double bonus pada tahun ini; bonus raya dan dah selamat jadi bapak.
Walaubagaimanapun, bayi mereka masih ditahan di wad kerana menghadapi masalah pernafasan disebabkan lemas semasa proses kelahiran.
Jadi, inilah sebenarnya fokus penulisan aku pada hari ini. Bayi yang menghadapi masalah pernafasan bukanlah disebabkan masalah kesihatan semulajadinya, tetapi berpunca daripada kesilapan dan kecuaian para jururawat yang bertugas di wad 9 (wad Anggerik) di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
Manakan tidak, isteri beliau yang berada di dalam wad kelas satu (First Class Equipment) kononnyalah, di salah sebuah hospital terbesar di Negeri Sembilan, telah dinafikan haknya untuk mendapat pemeriksaan doktor walaupun telah berkali-kali menerima kontraksi/tanda-tanda untuk bersalin sejak jam 2.30 pagi, sehinggalah beliau sendiri yang terpaksa pergi bertemu doktor yang secara kebetulan hadir sesudah had bukaannya mencecah 9cm pada jam 5 pagi.
Antara alasan-alasan yang diberikan oleh para jururawat yang bertugas untuk menidakkan peluang beliau diperiksa oleh doktor ialah:
1- Lambat lagi nak bersalin, tidurlah dulu dah pagi nanti baru doktor check.
2-Kakitangan yang bertugas tak ramai sebab ramai yang bercuti raya.
3.Doktor takde ni...
Paling memalukan apabila jururawat-jururawat ini tidur beramai-ramai siap dengan selimut dan bantal semasa waktu bertugas.
Sebagai anak jati Negeri Sembilan aku sangat malu dengan perangai dan sikap bangang tahap cipan yang ditunjukkan oleh jururawat-jururawat di Pra-Natal Ward 9 Anggerik di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Aku cuba nak faham, mereka semua bertugas pada shift malam, waktu raya pulak tu, tapi kalau nak tidur tu tidurlah secara bergilir-gilir. Jangan pulak tunjuk mentaliti kelas 3 yang secara tak langsung menggambarkan keburukan warga kerja Kementerian Kesihatan keseluruhannya. Kemon laa, lu berhadapan dengan nyawa manusia, bukannya nyawa itik atau ayam.
Sungguhpun perkhidmatan yang diberikan adalah kepada masyarakat Kuala Pilah yang dianggap kekampungan (terdapat banyak kampung tradisi di daerah ini) tetapi faedah yang diperolehi adalah ganjaran dari segi bonus dan kenaikan gaji selain pandangan yang positif terhadap Hospital Tuanku Ampuan Najihah khususnya dan Kementerian Kesihatan amnya. Lu fikirlah sendiri.
P/S: Teringat pada sahabat yang nama glamernya Moklan, bila time dapat baby baru je, kengkawan mesti dapat rasa cigar untuk celebrate kelahiran tersebut....brader....tak nak buat baby lagi ke?
Salam,
ReplyDeleteKami pernah menemani anak dibulan Ramadhan 20 tahun dulu.
Mungkin SOP KKM perlu diperbaiki kerana bila shift malam hanya 2 org nurse bertugas utk jaga pesakit. Shift siang ramai pulak nurse utk jaga pesakit yg sama !!!
Dah 20 tahun, masih tak berubah.
Menteri Kesihatan ditukar banyak kali tapi SOP masih yg dulu lagi ke ?
Nak tunggu ubah Kerajaan kut ?
BTW, anak kami meninggal dibulan Syawal kemudiannya.
Nani Cheras.
Salam,
ReplyDeleteCerita yang sama, cuma tempat kejadian yang berbeza. Apa yang tn tanah ceritakan, adalah kejadian yang sama menimpa bini dan anak sulung aku. Bila waktu nak bersalin dari tengah malam bawak ke pagi, siap sedialah untuk menerima sesuatu kejadian yang menyakitkan hati.
Nurse yang bertugas 2/3 orang, yg jaga kaunter baru hamil dan masih loya-loya lagi. Malam tidur kat kerusi panjang. Bini aku dah duk dalam bilik delivery sorang2 dari jam 2 pagi.
Jam 6 pagi belum bersalin lagi. Badan dah lemah, nak bagi minum susu/ oat pun tak di bagi. Orang nak beranak perlu tenaga. Dari tengah malam tak makan, awal pagi nak dibagi minum pun dia larang.
Jam 11 lebih tengahari baru dia suh push dengan pegang peha. Bila aku tegur, kenapa tak guna palang dengan tali, (sebab aku penah tengok tv, ada palang dengan tali untuk support-lebih mudah untuk teran) baru terhegeh2 nak pasang. Bini aku nak pengsan dah.
Last2 terpaksa potong (scissor) dan budak pun dah hampir lemas makan najis. Kena tahan dalam ccu 4-5 hari. Syukurlah anak dan bini aku selamat(anak aku skrg dah 5 thn). Cuma ralat, dari boleh bersalin secara normal, tapi terpaksa potong sebab sikap sambil lewa jururawat bertugas dan anak hampir lemas (bayangkan perasan orang yang lama tunggu anak sulung lepas beberapa tahun kawin kalau jadi apa2).
Bukan semua nurse macam tu, tapi sikap segelintir mereka membuatkan nama baik hospital kerajaan terjejas. Lagi kurang hajar jika mereka cakap, kalau nak bagus pergi hospital swasta.
Bagi yang dah tahu bini tu hamil, mulalah menabung dalam RM 3-5 ribu dan hantarlah bini tu kat hospital swasta. Jauh beza layanan yang diberikan. Nurse kat sana pun makan gaji juga, macam nurse d hosp kerajaan, tiada bezanya.
Budaya buruk di atas membarah hampir di semua jabatan & kementerian. Ia berpunca kegagalan pimpinan politik yg hilang integriti kepimpinan & rasuah membarah. Hanya akan dapat diperbaiki selepas kerajaan baru pakatan rakyat memerintah negara selepas PRU 13 akan datang. InsyaAllah
ReplyDeletetak tahu kah kepala sudah busuk.
ReplyDeleteTak semua begitu...sepanjang aku kerja nurse aku kerja ikhlas kerana allah walaupun gaji ciput...aku tak pernah dapat cemerlang..tapi banyak doaku dimakbulkan allah...aku belai, tukar pampers baby,dan beri susu dengan penuh kasih sayang ketika mak baby yang koma atau terpaksa admit di icu..berkenaan scissor tu,memang la,sebab tak nak bagi koyak rabak...senang nak jahit...yang buruk saja dicerita..yang baik mana?kadang ketika aku bertugas di medical patient dah kenal suara aku utk diminta cuci najis,sebab keluarga tak nak buat....
ReplyDelete