Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, August 14, 2012

Ikhlaskah Pas?!


Berikut adalah kenyataan pemimpin berkenaan Hukum Hudud yang dipetik daripada media pembangkang mahupun kerajaan sebagai rujukan generasi hari ini dan akan datang. Agaknya, kenyataan pemimpin manakah yang boleh disifatkan sebagai kenyataan berbaur politik?

''Kerajaan Pas Kedah tidak akan laksanakan Hudud buat masa ini kerana Pas berkongsi kuasa dengan DAP dan PkR. Inilah realiti politik hari ini di Kedah. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan. Kerajaan Pas Kedah akan berunding dengan rakan Pakatan dahulu." - Dato' Seri Azizan Abdul Razak (MB Kedah).

''Cadangan pelaksanaan Hudud oleh Kerajaan Kelantan adalah selaras dengan Islam, dan itulah perjuangan Pas sejak ditubuhkan." - Abdul Wahid Endut (Pesuruhjaya Pas Terengganu).

''Isu pelaksanaan Hudud hanya akan dibincangkan semula jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya. Tidak guna bercakap mengenai Hudud sekarang. Lebih baik fokus kepada pilihan raya umum!" - Salahuddin Ayob (Naib Presiden Pas).

"Pas tidak akan melaksanakan Hudud tanpa persetujuan DAP dan PkR!" - Khalid Abdul Samad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor).

''Pakatan akan hancur jika terperangkap dengan isu Hudud yang tidak penting buat masa ini! Lebih baik fokus kepada strategi memenangi pilihan raya.'' - Dzulkifly Ahmad (AJK Pas Pusat)

"Kita AKAN laksanakan Hudud walaupun ditentang DAP!" (...walaupun kita dah lebih 22 tahun perintah Kelantan tapi masih tak berani nak buat sebab kita takut Mahathir...bukan takut Allah SWT). - Nik Aziz Nik Mat.

"Hudud hanya 0.001% dalam kenegaraan Islam!" Jawapan diberikan sejurus ditanya mengenai adakah Hudud dilaksanakan di Negeri Terengganu sewaktu PAS menang pilihanraya negeri itu. -  Hadi Awang.

''Kita akui Hudud adalah HUKUM YANG DATANG DARIPADA ALLAH, tetapi persediaan dan pelaksanaannya perlu diteliti dan dilihat kepada keadaan semasa agar keadilan dapat dirasai semua. - Dato' Seri Najib Tun Razak.

6 comments:

  1. jnagan cita pasai iklas ka apa ka ini cita politik nak kerusi

    ReplyDelete
  2. abis tu, yg nik ajis sembahyang atas rumput depan kemera2 bukan sebab cita2 politik ke.......hehehe

    ReplyDelete
  3. Mati nanti ekau jawab dgn Rabb kamu terutama yg mempersendakan hududdullah spt katanya Hudud bukan dari Allah tapi dari ahli fikah.

    ReplyDelete
  4. HUDUD: DAP menentang, UMNO menolak, MCA memperlekehnya, yg mana satu kafir zimmi yg mana satu kafir harbi yg mana satu munafikun.Ada satu puak menerimanya ada satu puak lagi mempersoal, mempersenda dan yg lebih teruk menipu kunun bukan dari agamanya.

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan Warga Paneh Miang :

    Den ni bukan la pandai bona pasal agamo tapi cumo musykil yo togahan org beramuk pasal hudud ni.
    pertamo memasing tuduh memasing sobab hudud ni tidak dapek dilaksanokan. UMNO tuduh DAP, PAS tuduh UMNO dan macam2 laie sampai den poning mikirkan sapo yang tuduh sapo.
    kedua nak sampaikan idea den yg x bapo pandai ni la, andaikato bonar la DAP x goma dgn hudud, persoalannya adokah dgn perlaksanaan hudud org bukan islam akan jadi mangso atau teraniayo? bukankah hudud itu satu kanun utk org islam yo?
    keduo kalau bona UMNO tolak hudud mcm yg selalu tersiar di media, ado logika eh, bukan satu malahan duo logika eh. logika yg pertamo iolah mungkin UMNO bolum bersedio utk menerimo hudud ni ateh2 sobab2 mereko sondighi la. logika yg keduo iolah ramai yg x faham dan takut dgn ceghito pasal hudud ni...dan ini x buleh nak salahkan UMNO jo. sobab diorg x dapek info yg topat dan botul pasal hudud. patut eh org yg pandai kono bgtau, torangkan pasal hudud ni sejelasnya. bukan eh trus cop org tu kapir...
    kosimpulannyo...hudud ni bukan la isu agamo, ini isu politik yo...

    ReplyDelete
  6. satu lagi suara lord reid

    ReplyDelete

Blog Archive