Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, August 13, 2012

Ali Hamsa

Takdir Allah jua, Ketua UKAS-JPM kini seorang Ketua Setiausaha Negara ke-13. Eloklah, hightime untuk digantikan Sidek Hassan. Namun, KSN ini belum nampak lagi taring dan cengkaman rimaunya. Apa kata, dalam kupasan ini, Pak Sedaro suka nak cadangkan beberapa input, manalah, tahu andai Tuan Ali ini bersyarah subjek yang relevan dengan iklim ekonomi selepas FDi demi FDi (mutakhir EBX janji USD 6 billion), politik Malaysia makin tak keruan kerana kerja buat politik Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN tidak disambut secara eksklusif oleh pemain politik dan pemimpin birokrat, iklim sosial rakyat yang makin haus dengan dogengan-seloka dan gurindam ideologi massa yang bercambah biak ibarat cendewan lepas hujan.

Banyak kerja "gila-gila" dalam makna 6 Prinsip Transformasi Perkhidmatan Awam iaitu Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif dan Inovasi (CTI & PCI) yang perlu diambil tindakan sewajarnya oleh KSN dan KSU-KSU serta KP-KP (Kementerian dan Jabatan Persekutuan):

1. Agenda Merakyatkan Perkhidmatan Awam? Apakah pegawai dan anggota Perkhidmatan Awam faham ma'ana lebih dalam merakyatkan servis ini...? Sedarkah bahawa apabila pertimbangan, budi bicara, pemikiran lebih bil-hikmah boleh menjadi penyelesai masalah/polemik.

2. Pendigitalan Perkhidmatan Awam? Apakah akses semasa boleh ditambah tingkat kepada kalangan mereka di bawah paras status ekonomi pertengahan?

3. Kaedah 5S? Seiri-seiso-seiton-seiketsu-setsuke menjadi pilihan Best Practises.

4. Karya besar seperti Historical Fact and Fictions yang dibahas oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, antara lain memberi penegasan tentang Budaya Ilmu Sebenar menjurus kepada Konsep Ta'adib, yang mesti menjadi Nilai Ilmu Utama Perkhidmatan Awam. Apakah KSN ke-13, akan mengembalikan Budaya Cinta Ilmu seperti pemerintahan Kerajaan Islam Andalusia iaitu setiap Pegawai Tinggi Kerajaan diberi masa 3 jam untuk mengupas ilmu berasaskan pengkajian ilmiah tertentu di hadapan Penjawat Awam dan kumpulan Pengurusan Eksekutif negara?

5. Apakah Ali Hamsa boleh menjadi pakar rujuk dalam sektoral "pengeluaran barang makanan-industri pengedaran-peruncitan-pemborongan-gudang" dalam menstruktur kedudukan pasaran harga barangan isirumah, yang tidak dapat dikawal oleh KPDNKK, kerana mereka tidak terlibat secara "research" dalam proses bersama Cartel?

6. Mampukah Ali Hamsa mengadakan program baik-pulih akhlak penjawat awam yang terpesong akidah agamanya dan Integriti kerjayanya kerana penyelewengan dan rasuah? Bolehkah mungkin KSN ini, memberitahu Tap Salleh (khabarnya kini masih Presiden IIM walaupun pada adatnya Sidek Hassan dah keluar baris-buat macam tak faham pula) supaya cukup-cukuplah di IIM. Undur diri kerana prestasinya under rating dari perspektif dominasi doktrin Integriti di Malaysia.

7. Beranikah Ali Hamsa menjadi "The Baron" kepada YAB PM seperti kehandalan tawadduk peribadi Almarhum Tun Azizan Zainul Abidin, anak Penang yang pernah berkhidmat di bawah 3 orang YAB PM?

8. Permulaan Ali Hamsa sebagai KSN terserlah dengan kefahamannya dalamannya berkenaan Negara, konsep Wasatiyyah dan Integriti sebagai satu Modul Pengurusan yang cermat dan tuntas. Apakah Ali Hamsa, sanggup korbankan KSU-KSU dan KP-KP yang telah dikenal pasti tidak berkesan kerana tidak berkongsi kefahaman P.3, P.152 dan P.153?

9. Apakah Ali Hamsa akan bersyarah kepada semua pemimpin Syarikat Berkaitan Kerajaan Persekutuan dan Negeri pula, selepas "mungkin akan bersyarah dengan pegawai perkhidmatan awam"? Dan ingatan Ali Hamsa kepada pemimpin GLC ini serta Lembaga Pengarahnya, ialah Bahawasanya kalian juga ialah tiang-tiang dan rusuk-rusuk perkhidmatan awam yang bersifat komersil, kena akur, taat dan setia kepada Asas-asas Negara khasnya 153, Agenda Dasar Ekonomi Baru walau pun dijenama sebagai ETP, Agenda Pengurusan Negara yang dikenali sejak 1957 Pelan Strategi Urusan Negara kini PTP dan GTP 2.0?

Pak Sedaro fikir corak dan mauduk Ali Hamsa selaku pemilik PhD dalam bidang kepakarannya Pengurusan Perbandingan dan Ekonomi Antarabangsa perlu memperlihat kualiti sebagai Ahli Ilmu semasa bertugas sebagai KSN. Dengan kata lain, perkayakanlah perkhidmatan awam sebagai "Thinking Administrator" bukan lagi "Robotic Administrator". Institusi perkhidmatan awam mesti mengadakan pengislahan dari "remote administrator" kepada "energetic administrator", "doing servicing" kepada "thinking institution" yang boleh memberi faedah lebih sempurna kepada Rangka Teras Negara iaitu "Bersekutu Bertambah Mutu".

2 comments:

  1. Tak payahlah blooper Pak Sedaro nak over atau tunjuk pandai. Tahulah KN apa kerja dia. Dia terpilih kerana kelayakannya.

    ReplyDelete
  2. Elok tu,Anon 147am. Belum pasti, budaya semua tahu dalam fikiran KSN. Ali Hamsa ini terlalu lama di EPU.Kami, veteran PTD sokong kreativiti blog Paneh Miang ini. Dah lama, Persatuan Veteran PTD ikuti blog kalian. Teruskan Artikel Kritis Anda. Veteran PTD,pencen 1999.Hilir Perak.

    ReplyDelete

Blog Archive