Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, August 29, 2012

KSN diresapi Ah Jib Gor

Setelah 12 orang insan, insan ke-13 iaitu Ali Hamsa atau YBhg Dato' Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara Kerajaan Persekutuan Malaysia, ali@pmo.gov.my telah membenarkan segala telahan bahawa beliau seorang yang "thinking leader and participative leader". Inilah perspektif yang secocok dengan kepemimpinan Ah Jib Gor.

Corak kepemimpinan yang jelas daripada konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam, Engagement "Musyawarah", TurPa (Turun Padang), Caring and Sharing kepada kebajikan pekerja perkhidmatan awam baik pegawai dan bukan pegawai, Keterbukaan dalam menerima teguran/cadangan/tempelak/budi pemikiran dan sikapnya yang positif kepada apa jua isu, nampaknya Allah takdirkan, InsyaAllah, Bumi Melayu zaman Ah Jib Gor dan Ah Din Gor akan Kaya dan Berjaya.

25 Ramadhan 1433H di PICC ialah tarikh paling bersejarah kepada 1000 orang hadirin kalangan pegawai dan anggota perkhidmatan awam, di samping kehadiran KSU-KSU, KP-KP dan para pegawai tingkatan kanan untuk mendengar sendiri "Bicara KSN" dalam Majlis penuh tenang dan bersahaja.

CTI & PCI digabung jalin bersama proses Turun Padang dan Keterbukaan, serta amalan pengurusan bersandarkan musyawarah dan "pengkajian isu-isu sensitif secara bengkel nukleus dan makmal penyelesaian masalah", bakal menerbitkan Fakulti Budaya Ilmu Tinggi dalam Perkhidmatan Awam.

Mudah-mudahan dalam tempoh terdekat, akan terlaksana pula gerakan-gerakan lebih "Knowledge-Driven" dalam konteks Dasar dan Polisi Kerajaan, dan lebih penting pelaksanaan projek, program, dasar dan polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia bakal membantu preskripsi Wawasan 2020.

KSN Ah Jib Gor ialah DS Dr. Ali Hamsa, anak Kluang, Johor. Paneh Miang merakamkan moga Tuan KSN akan terus proaktif dalam memartabatkan Perkara 3, Perkara 152, Perkara 153 dalam semua Agenda Perkhidmatan Awam.

Bloggers Paneh Miang Corps akan berterus terang tanpa prejudis dan subjudis kepada Tuan Ketua Setiausaha Negara (Dr. Ali Hamsa) dan Tuan Ketua Setiausaha Perbendaharaan  (Dr. Irwan Serigar Abdullah) demi Kepentingan Agama, Bangsa dan Tanahair.

2 comments:

  1. melayu dah tak ada,golongan mamak bendahara yg main peranan utama sekarang

    ReplyDelete
  2. Kalau melayu yang ada pun tapi hanya menyusahkan melayu n negara baik mamak bendahara..

    Secara ikhlas, aku lebih prefer melayu, tapi kalau yang ada cuma tau angguk je, keje pun hampeh, cakap je pandai wat pe..

    So, warga PM, macam biasa, sokong yang membawa kebaikan..betul dipuji, x betul ditegur..insyaallah, sektor kerajaan akan mantap..sekaligus memacu negara..

    ReplyDelete

Blog Archive