Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, August 26, 2012

Tarif Miskin Bandaraya

Projek River of Life di Bandaraya Kuala Lumpur memenuhi keperluan pemastautin KL berpendapatan sederhana tinggi. Takrif pendapatan sederhana tinggi ialah RM15,000 ke atas sebulan. Kumpulan ini berkereta sedan bersaiz 1999 cc, berumah dalam kohort harga RM400,000 - RM700,000, anak 3 orang. Takrif pendapatan tinggi ialah RM25,000 ke atas sebulan. Berkereta sedan saiz 2.5 cc, berumah dalam kohort RM700,000 hingga RM2 juta, anak 2 orang.

Kumpulan pertengahan dan sederhana ialah berpendapatan RM5,000 - RM10,000 sebulan, berkereta sedan 1999cc ke bawah, rumah sekitar RM200,000 - RM400,000, anak 4-7 orang. Kumpulan Miskin Bandaraya ialah berpendapatan RM4,999 ke bawah, rumah sewa pada kadar RM 700 sebulan, berkereta sedan 1999 cc ke bawah, anak 4-10 orang.

Kos bahan mentah di Pasar Basah untuk stok sebulan sekitar RM150 x 4 = RM600.00, Kos Utiliti RM700, Kos Petrol dan Tol RM1,000, Bayar Kereta RM900, Bayar Rumah RM1,000/Rumah Sewa RM700, Kos Anak Sekolah RM300 x 4 = RM1,200, Kos Belanja Runcit dan Bahan Kering Isirumah RM500, Kos Makan Minum Bekerja RM600. Akhirnya Miskin Bandaraya isi rumah ini.

Andai miskin tegar bandaraya, pekerja di bayar upah RM900 sebulan. Sewa rumah DBKL sebulan RM120. Kos tambang bas RM180 sebulan, Kos anak sekolah RM100 x 4 = RM400, Kos Rangsum Rumah dan Dapur RM300, Kos Utiliti RM100, Kos Makan Minum Bekerja (bawa nasi kosong dari rumah). Akhirnya Miskin Tegar Bandaraya isi rumah ini.

2 comments:

  1. Yang kaya hanya Ketua Umno musibat dan kroninya...rakyat biarkan miskin..inilah perjuangan umno..perjuangan unt org kaya..

    ReplyDelete
  2. mana ada kemiskinan di malaysia ni kerana di perintah oleh umno semua rakyad kaya raya belaka yang miskin papa kedana adalan dri kelantan.selangor dan p.pinang saja kalu tidak percaya tanya tok jib 1malaysia......

    ReplyDelete

Blog Archive