Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, August 30, 2012

SEMPENA KEMERDEKAAN KE-55: Hero Lok Kaw

Sempena obor dan api kepahlawanan Merdeka ke-55, Pak Sedaro ingin merakam sebuah peristiwa Hero Tak Di Dendang dari Pasukan Lok Kaw "69 Komando PDRM" yang berpangkalan di Hulu Kinta, Perak. Takdir Allah jua, insan ini menjadi Ikon Integriti Sang Saka Biru dan Ikon Harimau kepada Polis Di Raja Malaysia. 

Pengkisahan ringkas ini, diharap dibaca oleh DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu, YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk dianugerahkan Pingat Kepahlawanan Tertinggi Negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa kepada Almarhum Insp. Mohd Zambri Abdul Hamid selepas terkorban diberi pangkat secara medan ke ASP, juga kepada anggota platun kecilnya (patrol - kekuatan 1 patrol ialah 6 orang) antaranya Apot bin Saad (pakar penjejak terbaik dunia diiktiraf oleh SAS), Ahmad Dahalal, Hamzah, Salehuddin (selayaknya mereka dikurniai Pingat Gagah Berani) dan lain-lain kerana berjaya menumpaskan pengganas Komunis sejak mula berkhidmat pada 1963-1999.

VAT 69 telah mengilap kemahiran menjejak musuh di hutan walaupun musuh menggunakan 1001 muslihat untuk mengelak dari dikesan. Dalam Operasi Setia 5, November 1973 dua patrol unit yang diketuai oleh Inspektor Mohd Zabri telah menjejaki kesan musuh selama 28 hari bermula dari Sungai Klah di Perak hingga ke Kuala Medang, Raub, Pahang. Patrol ini berjaya menjejaki 24 tempat rehat musuh dengan kekuatan dianggar seramai 30-40 orang memasuki Negeri Pahang. Pada hari ke-24, Insp. Zabri dititah mengadap KDYMM Sultan Pahang (1973 ialah Sultan Ahmad Shah Al-Haj kini), dan baginda diperdengar tentang operasi berkenaan, Zabri keluar dari hutan melalui Sungai Koyan dan menyembah KDYMM Tuanku Sultan Pahang sendiri kesahihan berita dan pergerakan musuh. Apabila selesai persembahan maklum kepada Tuanku, Zabri kembali ke hutan hingga hari ke-28, sebelum diganti tugas oleh ATM yang terdiri daripada RGK, RRD dan RAMD. Selang beberapa hari, Pegawai RRD bernama Mahinderan terbunuh akibat serang hendap musuh yang dijejaki kumpulan Tuan Mahinderan.

Ekoran peristiwa itu, VAT 69 dikerah serta-merta kembali ke kawasan operasi bersama ATM. Operasi ini dinamakan Gerakan Indera sempena nama Mahinderan, dalam salah satu pertempuran Gerakan Indera XII pada tahun 1980, 69 Komando berjaya membunuh 8 orang pengganas komunis di Bentong, Pahang. Kini, antara insan RAMD yang dikurnia PGB dalam salah satu pertempuran di Pahang ialah Kol (B) Abdul Jalil Makmor yang menetap di Paroi Jaya, Seremban. Ada seorang pegawai Kor Risik Di Raja yang tidak dihadiahkan PGB sedangkan beliau membunuh 2 orang Komunis selang 2 batang pokok getah di Pahang iaitu Lt. Kol Ridhwan (masih bertugas di Pantai Timur) hanya diberikan pingat peringatan Darurat.

Laksamana VAT 69 yang sentiasa membayangi kejayaan pasukan khasnya VAT 69 ialah Inspektor Mohd Zabri Abdul Hamid, beliau seperti yang disebut oleh mantan Ketua Polis Perak,Yuen Yuet Leng "...Zabri is known to me personally and was one of the best jungle operational commanders, an expert navigator and a leader by example."

Bagi Tan Sri Navaratnam, bekas Pegawai Pemerintah Pertama Komando 69 mencatatkan "...ASP Mohd Zabri was an excellent officer. He was highly respected and much liked by all his men; who were deeply saddened and shaken by his death".

Mohd Zabri bin Abdul Hamid lahir di Tapah, Perak pada 15 Ogos 1937, menyertai PDRM pada 1963. Beliau sertai unit 69 Komando pada 1970, mendapat latihan daripada SAS dan diberi kepercayaan sebagai Ketua Jurulatih bagi melatih platun ke-3, 69 Komando pada 1971. Beliau ditugaskan mengetuai 69 Komando bersama pasukan Komando Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia (KOSTRAD) bagi menggempur kubu gerila komunis di sempadan Sarawak/Kalimantan. Wibawanya terbukti bila berjaya membunuh beberapa gerila komunis dalam operasi bersama tersebut.

Platun Mohd Zabri ialah platun 69 Komando Utama yang berjaya membunuh pengganas di Lasah, Sungai Siput, Perak. Operasi terakhir Zabri ialah di Ulu Perak dalam Gerakan Bamboo 2 fasa 2 pada 4 September 1975. Platun di bawah beliau melancarkan gerakan memburu komunis yang membunuh 4 polis bantuan yang menghantar makanan tempur melalui Sungai. Dalam operasi khas ini, platun Zabri berjaya menyerbu danmenawan kem MNLA, merampas sistem mortar, bahan letupan serta bekalan logistik. Takdir Allah pada tarikh itu, Zabri terpijak jerangkap samar, mengakibatkan kecederaan parah di bahagian kaki dan beliau meninggal dunia. Pesanan keramat beliau yang menjadi azimat selamanya kepada VAT 69 ialah "...Teruskan perjuanganmu...hancurkan petualang negara, buru dan hancurkan mereka...biarpun diriku tiada lagi"

Pembaca PM budiman, Pak Sedaro imbau pengkisahan insan ASP Mohd Zabri Abdul Hamid dan platunnya, kerana kumpulan kecil ini tidak menjanjikan kenangan dan gelaran. Natijah yang dibawa mati bersama mereka hanyalah Sayang Kepada Negara, Sayang Kepada Pasukan, Taat Setia, Berdisiplin Tinggi, Hormat kepada Senior.

Dalam satu temubual sulit antara Unit Cawangan Khas bersama Rashid Maidin, Pengerusi Kedua PKM dan Komander Rejimen Ke-10 PKM pernah melemparkan kata-kata..."Kami (PKM) tak takut dengan Askar Melayu dan Polis, kami takut dengan beberapa orang dalam Askar dan Polis. Antaranya saya mahu cerita ialah Zabri Hamid budak Tapah tu dari Lok Kaw, Om itu budak Askar Komando orang Langkawi, Kanang iban dalam Askar Iban (Renjer), Kapt. Hamid pegawai Askar Melayu paling berani, Chin Silat Gayong ini budak Sheikh Meor Abdul Rahman orang Penang dari Lok Kaw dan ada lagi...saya tak ingat, kami ada 20 orang nama-nama Askar Melayu dan Polis, kami tak usik...Ini orang semua Ilmu Tinggi, Allah sayang dengan depa..."

Cuma yang Pak Sedaro syorkan kepada pembaca yang qadin dengan DYMM Al Sultan Abdul Halim Al-Haj, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, tolonglah persembahkan khabar berita agar dapat DYMM Seri Paduka menitahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa kepada Almarhum Mohd Zabri Abdul Hamid (makamnya di Tapah bersebelahan Masjid Pekan Tapah pinggir sungai), dan anak-anak patrolnya dikurnia Pingat Gagah Berani. InsyaAllah, mereka telah berkorban nyawa, jiwa dan raga kepada Tahanair.

Kita! Korban Apa! Korban Siapa! Korban Banyak Mana!

1 comment:


  1. MELAYU PERLU MERDEKA MINDA DARI UTUSAN & TV3.. MENIPU SELALU..

    Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman malu yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

    Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

    PegSehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan beliau untuk memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

    Sementara itu, satu lagi samannya berhubung kes sama ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata Mohd Zamri lagi.

    ReplyDelete

Blog Archive