Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, August 16, 2012

Kepimpinan MBM yang LEMAU!!

Majlis Belia Malaysia mengikut perkiraannya terpaksa mengadakan sebuah Mesyuarat Agung 2012 yang akan menyaksikan penglibatan paling dominan warga belia berumur 15-40 tahun (sebelum tarikh pemilihan/perhimpunan agung MBM), secara langsung tahun 2012 ialah tahun pemilihan baru untuk sebuah regim kerja baru MBM 2012-2014.

Semenjak peralihan regim Shamsul Annuar Nasarah (kini MP Lenggong) kepada Sdr. Mohamed Malikee Mohd Rafie, MBM kelihatan begitu "ortodoks" mengikut telunjuk lurus, kelingking berkait KBS. Sehingga Agenda Hari Raya dan Hari Jadi Belia saban tahun pada 15 Mei, diurus kendali oleh KBS di bawah Sekretariat HBN yang dikuasai oleh CEOnya Mohd Nadzri (S44). Kepemimpinan KBS yang mewarta Akta 668 didapati makin ingkar dan sesuka hati memanipulasi Akta 668 melalui Kuasa eksekutif YB Menterinya, orang Kemaman yang "lopong" dalam urusan membahasi keringat para pemimpin belia.

Nampaknya, Presiden MBM Mohd Malikee makin hilang wibawa dan kelihatan tiada punya kekuatan untuk berjuang secara tuntas seperti para pemimpin MBM sejak 1948. Amat sesuai dan wajar, agar Malikee undur diri atau kena hadapi "pertempuran pemilihan" dalam skala besar semasa Perhimpunan Agung Tahunan MBM kelak.

Melihat kepada penulisan Malikee dalam akhbar BH sejak 6 bulan lepas, rupanya apabila berbahas perihal kemerdekaan, seorang Presiden MBM mengambil "play safe", langsung tidak punya "extra courage and guts" untuk cabar tema "Janji Di Tepati". MBM perlu berperanan lebih mapan dan kredibel, MBM amat wajar bantah dan bahasa semula perihal tema hari kemerdekaan yang telah mempelawa polemik politiking di kalangan rakyat khasnya parti-parti siasah bukan sekutu Barisan Nasional.

Janji Di Tepati ialah tag line yang wajar diwacana panjang lebar oleh MBM dan panjangkan usul tema baru kepada YAB PM melalui MP Jelebu, DS Rais Yatim. Apo yang di Jang...Presiden MBM, kok orang Rembou tahu, asal keturunan kau ...padah kau lobai.

MBM perlu di Transformasikan. Agenda Transformasi Belia melalui Makmal masih perlu dibahas dengan metafizik yang bernas. Parlimen Belia langsung menjadi bualan rakyat kerana kelihatan begitu tidak ada fundamental. Akta 668 perlu dipinda kerananya. MBM sebagai badan induk perlu diberikan hak eksklusif sebagai PENERAJU PARLIMEN BELIA MALAYSIA. MBM punya PAT setiap tahun, terusnya. Sebelum PAT, perlu ada panggilan Persidangan Parlimen Belia Malaysia. Makanya, semua yang dibahaskan dalam Parlimen Malaysia boleh dijadikan asas, untuk diterima dan diusul dalam PAT MBM, kemudian kedua-dua hansard kertas perbahasan dan keputusan resolusi khusus daripadanya perlu dipanjangkan dalam Sidang Dewan Rakyat dan Sidang Dewan Negara. Barulah tampak kuat dan penuh bermakna Parlimen Belia Malaysia dan PAT MBM.

Apakah ini politiking penakut Presiden MBM semasa? Kepimpinan dalam regim semasa, melihatkan semua pemuka baru yang begitu mentah dalam institusi berkepemimpinan misalnya 7 orang daripada kerabat Jawatankuasa MBM ialah ahli Gerakan Belia 4B Malaysia. Apabila 7 orang dicabar secara ilmu Perlembagaan 4B Malaysia, Akta 668, dan Perlembagaan MBM, nampak "sudah terang lagi bersuluh", bahawa kerdipan mata dan julingan kedaiafan ilmu berpersatuan tahap nasional dan antarabangsa bukan hak mereka. Nampaknya, begitu hebat cabaran dan tanggungan MBM sehingga terpaksa ikut telunjuk YB Menteri, Ahmad Shabeery Chik bermula HBN 2010-2011-2012, sehingga kemampuan Ahmad Shabeery menafikan falsafah pemberian Anugerah Belia Negara berteras kategori atau segmen bidang...Sedarkah MBM, bahawa anda sedang diperlakukan seperti keldai politik dan akaun politik daif mereka...

Pak Sedaro mencadangkan kepada pembaca yang partisipatif dalam gerakan hardcore MBM, pegawai khas YB Menteri, pegawai khas YAB PM dan YAB TPM agar melihat dan memantau kedudukan kepemimpinan MBM ini secara lebih objektif dan keantarabangsaan. MBM perlu ada pasukan Thinking Leaders. MBM perlu ada pasukan Beyond conventional wisdom. MBM mesti diorientasi semula dan diberi kuasa-kuasa eksekutif seperti mengurus dan merencana Perayaan HBN, Parlimen Belia, Sekretariat NKRA Pembangunan Belia, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia, Sukarelawan Peace Corps Malaysia, Arkib Pembangunan Belia Malaysia, Akademi Kepimpinan Tinggi Belia Malaysia diurus oleh MBM dan International Youth Exchange Organization Malaysia.

Pegawai-pegawai KBS yang mempunyai karektor "Napoleon", "Parasit", "Penyamun dan Lanun Darat" perlu disingkir dan ditempatkan dalam Bilik Sejuk Pegawai Awam. Mereka banyak meranapkan kesantunan, kesusilaan dan taat setia pergerakan belia Malaysia.

MBM sudah hilang taring. MBM ibarat melukut di tepi gantang. Kalau setakat sibuk secara ceremonial, baik sahaja PAT MBM yang akan ada pemilihan tahun ini, dibawa oleh arus lebih matang dan proaktif. Presiden perlu contest, Timbalan Presiden (cukup masa berundur), Naib Presiden (lawan 3), EXCO yang lemau dan hamlau tak usah tunggu lagi. Seksyen 2 (Tafsiran) hingga boleh seorang menteri berhujah secara awam untuk pinda pada umur iaitu 15-30 tahun atau 15-25 tahun, yang akhirnya MBM akan menjadi "baghlal bahalol Menteri dan KBS". MBM bukan lagi pemimpin belia, tapi "lembu pujukan keldai politik".

No comments:

Post a Comment

Blog Archive