Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, August 12, 2012

Malaysia-China 1974

Almarhum Tun Abdul Razak memulakan perbincangan dua hala (Bilateral) antara kuasa-kuasa veto PBB iaitu China pada 28 Mei hingga 2 Jun 1974. Subky Latiff ketika itu wartawan Utusan Melayu merupakan jurnalis Kerajaan yang mengikuti rombongan Tun Razak ke China. Presiden China iaitu Mao Tse Tung ialah insan nombor wahid Tanah Besar China yang ingin berjumpa secara rasmi dengan Tun Razak pada 29 Mei 1974 di Beijing di Istana Presiden. Ini merupakan petanda paling sentimental dan penuh sejarah, kerana Tun Razak satu-satunya pemimpin Negara Asing yang memecah protokol lazim Kerajaan Koumintang China. Pada protokol lazimnya, seorang pemimpin Asing perlu berbincang dengan Perdana Menteri China, barulah diberi perkenan mengadap Presiden China; tapi ini tidak berlaku kepada Almarhum Tun Razak.

Kenapa? Inilah yang dimaklumkan oleh penulis dan jurnalis China sebagai kuasa baru dunia Melayu merdeka. Inilah kuasa sebuah Negara Islam yang meletakkan Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan. Inilah karisma Almarhun Tun Abdul Razak Hussein. Mao Tse Tung terkesima dengan kekuatan minda dan hujah Tun Razak ketika di Persidangan PBB lagi, dan melihat prestasi kerja seorang pemimpin Melayu yang begitu bercita-cita besar dan berazam menghapuskan pengaruh Komunis di Bumi Melayu.

Selepas gagal Rundingan Baling pada 28 dan 29 Disember 1955, Pair Dragon dan Pair Phoenix telah memanggil Chin Peng mengadap di CCC Beijing. Chin Peng selaku Setiausaha Agung telah diberi AMARAN HUKUM MAUT, jika tidak boleh mengurus kemaslahatan Pasti Komunis Malaya secara baik dengan pemerintahan semasa. Nama Tun Razak dan Tun Dr. Ismail ialah dua nama yang sering disebut oleh Mao Tse Tung sebagai pakar pemikir regim pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.

Rupanya, perjumpaan selama 80 minit antara Tun Razak dan Mao Tse Tung ialah gesaan supaya diadakan usaha untuk penghapusan isme Komunis dan pembatalan PKM di Malaysia, sehinggalah takdirnya hanya pada 1989 menjadi realiti kepada tanahair ini. Satu lagi, hajat terpendam Mao Tse Tung ialah Malaysia dilihat sebagai sebuah negara contoh yang boleh memberi manfaat besar kepada kelompok minoriti Muslim China yang bilangannya 40 juta orang.

Inilah permulaan aktifnya PERKIM dan pendakwah Cina-Muslim. Diperkukuhkan lagi dengan lawatan rasmi dan perjanjian Bilateral tersebut. China pada tahun 1974 ialah sebuah Negara yang belum maju secara fizikal, tetapi mempunyai kekayaan metafizika dan manusia yang begitu baik. Sejarah tamadun perajaan dan kerajaan yang lama dan ilmu-ilmu khas tentang Dinasti merupakan perkongsian dan pertukaran maklumat antara kerajaan. Di sinilah diperbaharui Wa'ad antara Ma Cheng Ho dengan Sultan Mansur Shah, dan dimaklumkan kewujudan Pair Burung Hantu kepada Almarhum Tun Razak.

Pertemuan dengan Mao Tse Tung berakir dengan penuh cerita sejarah yang dalam dan diberikan perhatian khusus oleh Tun Razak. Yang tidak menjadi rahsia kerajaan dilaksanakan dan capaiannya hingga hari ini. Yang masih Rahsia Kerajaan kekal rahsia, hingga Subky Latiff pun tidak boleh mempersoalkan darjah kepentingan kerahsiaan berkenaan. Subky Latiff kini Pengarang HaprakDaily.

Kemudian pada 31 Mei 1974, Tun Abdul Razak memberi ucapan meraikan Perdana Menteri China Chou En Lai di Dewan Rakyat Peking, seterusnya mengadakan Mesyuarat Antara Kerajaan pada 1 dan 2 Jun 1974, sebelum mengakhiri lawatan rasmi Negara Malaysia di Tembok Besar China di sebelah petang.

Bermula daripada peristiwa ini, bermulakan Gerakan Perang Besar-Besaran Pasukan ATM dan PDRM di hutan belantara Malaysia untuk menghapuskan kegiatan subversif Komunisme. Tahniah dan Syabas Almarhum Tun Razak kerana dikaulah insan pilihan Allah untuk memulakan langkah pertama yang TERBAIK daripada langkah seribu.

Kepada pemimpin Melayu khasnya UMNO, Pas dan PkR hari ini; ingatlah bahawa Agenda Membatalkan PKM telah lunas. Agenda membenam ideologi dan isme Komunis masih belum terlaksana seperti rancangan Tun Razak, Tun Dr. Ismail dan Tun Salleh (IGP Kedua), serta Tan Sri Rahman (IGP Ketiga).

Namun kini urusan semakin rumit kerana ramai benar rakyat Raja yang dah "lupa akan perjanjian Tua" antara Pair Burung Hantu dengan Raja Melayu.

1 comment:

  1. salam tuan, sy sebenarnya tak paham tang part pair burung hantu' , mohon bagi sedikit clue utk sys google kan. terima kasih

    ReplyDelete

Blog Archive