Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, February 7, 2009

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN

Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun. Adapun patik ari ini ingin menyembah maklum, menyembah duka nestapo, menyembah pilu di jiwo rago hamba sekelian pacal hamba rakyat di bumi melayu yang betuah ini. Dari kocik patik di ajar dan dididik oleh nenek moyang dan jugo para guru bahawo rajo melayu yang bodaulat merupokan penaung rakyat melayu di bumi botuah ini. Rajo merupokan symbol “MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIO”.

Jiko dulu tok tuah dihukum bunuh hanya kerana mengurat gundik rajo. Tun Besar mati dihujung korih kerana bola rago eh tokono destar rajo. Mat Amin Al Maunah dihukum gantung kerano menderhako kek Yang di Pertuan Agong.

Mako ari ini, manusio-manusio biadap macam Karpal karam, Nizar dan sekelian kuncu-kuncu eh telah menghina, menginjak-injak maruah dan daulat rajo, apokah sekelian patik hambo nak disuruh bodiam diri. Apokah sio-sio usaho arwah Datuk Onn dahulu kehulu kehilir nak mengokalkan institusi Raja Melayu? Apokah duli-duli tuanku di majlis rajo-rajo tu hanyo mengelengkan kepalo bilo menengok keceluparan dan kebiadapan manusia yang tak mengenang budi ini? Kalau ari ini Sultan Perak bakal diheret ke mahkamah kerana membuat keputusan terbaiknya untuk rakyat di Perak. Apakah pokaro yang samo tidak akan berlaku di negeri-negeri lain? Ari tu namo ALLAH dah digunokan dalam Herald tah apo tah, majlis rajo-rajo tak adopun nak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Jadi, tuanku, sampai bilo kito orang Melayu nak dibangang-bangangkan oleh manusia ini. Kalau dulu selamo 500 tahun bumi Melayu ini dilacurkan oleh Portugis, Belando, British dan Jopun. Kini kito dah merdeka. Kito ado daulat. Dan kini kito dicabar sampai begitu sekali. Apokah institusi rajo di bumi botuah ini sekadar satu papan tando di topi jalan jo ko?

Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Kironya sembah patih ini tolobih bahaso, tak tosusun bicaro tapi ini lah raso, ini lah nurani kami sekelian pacal hamba yang begitu pilu dan sengsaro bilo bangso Melayu dihonyak-honyak di tindeh-tindeh bagaikan orang merempat layaknya. Kalau dulu patik-patik sekelian hambo pacal berado di barisan hadapan mempertahankan rajo di kalo Malayan Union, sekarang hambo patik nak nengok camno pulak tuanku rajo menangani manusio biadap yang tak roti bahaso ni.

Ampun tuanku, sembahan patik ini untuk tindakan duli tuanku.

3 comments:

  1. HAMBO PUN GITU JUGOK...

    HAMBO ISTIHARKAN PERANG PADO BLOGGER PAKATAN RAKYAT.

    BLOGGER FITNAH..
    PENUH TIPU DAN BERITA PALSU...

    NAH UNTUK TATAPAN TUAN HAMBA...

    GAMBAR RUSUHAN PAKATAN RAKYAT http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/rusuhan-pakatan-rakyat-di-perak.html

    ReplyDelete
  2. SALAM,

    IYOLAH...EDEN STUJU HUKUMAN BERAT PADA PACAR2 YANG TAK BERGUNO TUH...

    APO KATO KITO BIAR MEREKO BODIRI TONGAH PANEH..DARI MOTARI NAIK SAMPAI MONTARI JATUH.

    BIAR DIORANG PANEHMIANG.

    ReplyDelete
  3. "Pantang Melayu menderhaka kepada Sultan, tapi jangan kita bersultankan yang ini"

    Kata Tun Perak merujuk pembunuhan anaknya kerana di bunuh oleh anak Sultan Melaka.

    "Raja adil raja disembah, Raja zalim Raja disanggah"

    Kata Megat Sri Rama merujuk pembunuhan isterinya kerana di bunuh oleh Sultan Mahmud.

    Ingatlah, tiada erti Sultan tanpa taat rakyat..Bertindak adillah...

    ReplyDelete

Blog Archive