Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, February 1, 2009

POSTMORTEM YANG TERLIWAT

"SAYA ADALAH SEORANG GRADUAN DARI SEBUAH UNIVERSITI YANG DITAJA DENGAN BIASISWA JPA. MAKA HARI INI SAYA SEORANG YANG TELAH BERJAYA. DI SEBELAH SAYA , SAYA PEKENALKAN AH CHONG, KAWAN BAIK SAYA. BELIAU JUGA MERUPAKAN SEORANG GRADUAN YANG SAMA BELAJAR DENGAN SAYA DI UNIVESITI DULU. TAPI EMAK AYAHNYA YANG BERNIAGA KEDAI RUNCIT DI KAMPONG SAYA TERPAKSA MEMBIAYA PENGAJIANNYA SEHINGGA TAMAT.

DI SINI, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, SAYA BERJANJI, JIKA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN MEMILIH SAYA SEBAGAI WAKIL RAKYAT, SAYA BERJANJI, BAHAWA SEMUA KETURUNAN AH CHONG AKAN DIBIAYA PENGAJIAN MEREKA DI UNIVERSITI DENGAN BIASISWA JPA, WALAUPUN SEKARANG INI AH CHONG TELAH MEMILIKI BEBERAPA SUPERMARKET. PERCAYALAH, INI JANJI SAYA KEPADA RAKYAT MALAYSIA".

P/S: SITUASI DI ATEH BELAKU DI PRK KT BARU-BARU NI SEMASO KEMPEN CERAMAH SEBUAH PARTI. NI LAH ROMAN EH MANUSIA YANG TOLAH LUPO DARATAN DAN JUGO KUFUR NIKMAT. ATOK TAK NDAK CAKAP BANYAK-BANYAK.

8 comments:

  1. Itulah jadinya jika belajar sejarah tak habis. Ada tak dia cerita bila sekolah cina yang pertama dibuka di Tanah Melayu dan bila pula sekolah melayu yang pertama dibuka? Ada tak dia cerita peluang serta kemudahan yang Inggeris sediakan pada kaum bukan melayu semasa penjajahan beratus tahun? Ada tak dia beritahu bahawa Inggeris tidak membuka peluang yang sepatutnya kepada penduduk peribumi kerana takut mereka maju dan mampu memberontak?

    ReplyDelete
  2. Abih tu kok camtu cerito eh kek orang2 KT dulu apo pasal lak orang2 KT tu sumo undi pembangkang lak?

    Ishhh. Goli Geloman den.

    Ese

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Manusia sanggup cakap apa pun bila nak rebut kuasa, tapi memikirkan implikasi masa hadapan bangsa mereka sendiri.

    Bukan di KT sahaja, lihat apa jadi di Perak, Selangor dan Penang Sekarang??

    ReplyDelete
  4. Siapa yang me'LIWAT' tu, Anwar lagi ke? memang. keadaan sekarang hanya merugikan bangsa melayu. hanya kerana kuasa politik maka pemipin melayu sangup gadaikan hak-hak bangsa melayu dan akhirnya kita nanti akan merasa azabnya.

    ReplyDelete
  5. Selama lama BN memerintah berapa kerat aje orang Melayu yang senang.Saya pun orang Melayu sejati dan bertungkus lumus bersama UMNO, walau pun saya bukan ahlinya, tetapi saya memberi sokongan padu kepada perjuangan UMNO sampai ke pilihan raya ke 11, walau pu sebelum itu saya dipinggirkan oleh UMNO kerana dahulunya saya diiktiraf sebagai penyokong Team B (Regime Mahathir ada Team A dan Team B).Mahathir dengan pentadbiran kuku besinya melahirkan satu generasi Melayu UMNO yang sombong dimana Ketuanan Melayu diujudkan.Dahulu Melayu UMNO bersumpan santun tetapi sekarang kurang ajar dah angkoh dengan kebendaan dan kekayaan yang diperolihi secara haram.Tetapi berapa kerat aje ahli UMNO? Itulah sebabnya UMNO kecundang dalam Pilihan Raya yang lalu.Kebanyakan orang Melayu dah bosan dengan UMNO dan yang ada dengan UMNO sekarang ini terdiri dari orang2 OPORTUNIS sahaja.

    ReplyDelete
  6. Cakap orang yang nakkan harto dunio bilo tak dapek salahkan pemerintah.

    ReplyDelete
  7. Saya cadang mohd ali ismail buatkan satu senarai apa yang kerajaan bantu dan apa yang kita dapat dari kerjaan. bermula dari sekecil-kecilnya bhingga ke sebesar-besarnya. Kemudian sdr pandanglah muka sdr dicermin itu, muka sdr masih hensem kah dan kerepot.

    ReplyDelete
  8. maso cik mail sekolah dulu tu, ayah dio tanggung sepenuh nye. macam warga asing tu, di sk dio org kena bayar RM120 sebulan, di SMK RM240 sebulan. tu cumo satu jo yg atuk sobut. agak eh cik mail tak dapek tu semuo

    ReplyDelete

Blog Archive