Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, February 13, 2009

ATOK TOKILAN SIKIT

Ari ni lam suratkoba, ado duo orang artis di anugerahkan Datuk setolah sekian lamo menyumbangkan suaro eh untuk menjadi halwo tolingo kito semuo. Tahniah Atok ucapkan kepado Katijah Ibrahim dan David Arumugam. Memang tak dinafikan suaro dio orang tu mampu membori sedikit kenyamanan kopado tolingo orang yang minatlah. Kok tak minat tu, tak taulah.

Tapi Atok ado sikit raso tokilan. Bilo seorang polis pencen,dio hanyo dapek Datok bilo anak eh boranak. Seorang guru dari zaman mudo eh hinggolah pencen, diopun dapek Datok bilo cucu eh lahir ko dunio. Atok taklah bocakap tontang ketuo polis negaro, ataupun pengarah pelajaran. Atok bocakap pasal polis bopangkat biaso. Bojongge dalam paneh, kuyup kek hujan demi menjalankan tugas untuk negaro, nilai nyawo eh sekadar sebutir poluru. Itu bolum cakap pasal kono maki kek orang PKR lagi. Ari tu Wan Azizah ado cakap polis kek Malaysia ni tak buleh dipocayai (dio duduk kek Afrika gak eh). Dengan gaji yang tak seberapo, dio orang mencurahkan segalo tonago, untuk apo tu semuo?

Begitu jugak ngan guru, satu ungkapan yang biaso bonar Atok dongar “apo bangang bonar cikgu kau ngajar ni!”..tu bilo anak eh gagal. Dio oranglah yang memulo sekali menyodiokan asset nogaro. Apobilo sampai waktu pencen eh, mako pencenlah dio dengan gelaran yang sedio ado. Kok polis tu mako dipanggil lah dio “polis pencen”, kok guru tu mako kokallah dengan cikgu pencen tu.

Apo yang Atok dapek rumuskan, jaso orang-orang macam polis, cikgu, askar, nurse ko, tukang sapu topi jalan tu ko, jaso dio orang lobih bosa lagi. Cocubolah pandang sikit jaso dio orang tu. Kok setakat melalak, tokinja-kinja peh tu bagi gelaran datok, ontahlah. Agak eh kek mano silap eh mato hati orang kito sekarang ni.

4 comments:

  1. Salam tok..
    Pado sey pon, polis, sojar, pon bukan eh harus tapi wajib dibori penghargaan yang sotimpal dongan kojo eh.. Ni tidak, bilo pencen, abihhh.. Sey currently ado kek afrika selatan.. gomen antar posting keken.. kalau wan ajijah khobar an polis afrika selatan ko tak boleh percayo, yo den setuju.. tapi kalu polis malaysia dikato an camtu, kalau dio ada masalah, poie report kek balai penghulu jo.. bak kato nenek den "bodoh melantun-lantin, pandai x boleh diikut"..

    ReplyDelete
  2. Salam Tok,

    Rozoki dio orang berduo.

    Atok pun Datuk gak pado kami..

    ReplyDelete
  3. EDEN PUN SAMO YO.. TOKILAN SOBAB JIJAH TU PUN MASO LAHIR DULU PUN NGADAP POLIS YO UNTUK REGISTAR SIJIH BORANAK.ABIH TU APO LA DIO CAKAP MERAPEK YANG MACAM TU..

    ReplyDelete
  4. Salam lu tok..
    Aaaa,,apo yag atok kobaan tu memang boto dan topat ameklah tu...tapi ghamai bona lak nak diboghi gelaran datuk tu kalau semua cikgu dan polis pencen..Paghah yo de eh sultan2 lam malaya ini kin...? Camno gak eh tu..? Jumlah polis yo sekarang nih dah mencocah 130,ooo orang,,tapi yang elok eh boghi pingat lainlah kan..? atau elaun maki hamun dek orang PKR atau DAP..ontahlah..poning palo den mikir an nyo..! nak adil ni susah mek amek, kan..? kang dapek datuk ko tansri ko..tapi tak beringghit pun tak berguno yo doh..baik yang elok eh..boghi elaun yo..bilo polis dan cikgu pencen boghi elaun tambahan yg lain..aaa namoer ..elaun totap pencen..paling kughang rm500 dan keatas..? Amacam..? setuju..?

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive