Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, February 4, 2009

ATUK NAK PANTUN SIKIT

Lompek si katak lompek,
Lompek mari di topi pigi,
Baik-baik kok melompek,
Nanti jauh kok patah gigi.

Lompek si katak lompek
Lompek mari ateh rumput
Baik-baik kok melompek
Takut nanti kono senggugut

Lompek si katak lompek
Lompek mari si limau purut
Baik-baik kok melompek
Silap-silap kok sakit porut

Buai tinggi-tinggi
Sampai pucuk atap
Kok dah dapek hidung jangan tinggi
Nanti kok jatuh totiarap

Buai laju-laju
Sampai pucuk sono
Maso jauh rindu-rindu
Bilo dah dapek jangan somborono

Buai laju-laju
Sampai gunung tahan
Bilo dipogang pucuk teraju
Jangan dilupokan tuhan.

3 comments:

  1. Tok Demang mulanya tak setuju jugak lompat-lompat ni. Tapi Tok Demang terbaca kenyataan TG yang dicatat oleh http://taipingmali.blogspot.com/
    "Tuan Guru Nik Aziz pun dah keluarkan Fatwa " Melompat Parti adalah satu tindakan bijaksana"

    Kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu mengulas kes Adun Bota melompat parti ke Pkr selama 11 hari.

    Nak buek camno laie... dah terlopeh cakap...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tok,

    Sayo pun samo dengan Cheguman Waadat tu, Tok Guru pun dah keluarkan FATWA tempoh hari boleh Lompek.

    Tapi tup tup somalam, bertukar lak fatwa tu..

    macam mano tu Tuk??

    ReplyDelete
  3. waalikumussalam,
    fatwa dari hati agak eh.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive