Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, February 2, 2009

SI LUNCAI DAN SI KELADI BUNTING

Goli ati Atuk nengok bebudak PKR kek Perak tu. Apo tak eh, ari tu dengan penuh rasa rendah diri (most humble) dio menorimo sedokah yang tak ponah dibuek kek orang iaitu sodokah seks. Kan main riang agak eh bilo dapek sodokah tu. Sampai putih bijik mato agak eh lah. Agak yo, Atuk tak tengok pun. Gilo kau, kok tengok kang jadi tiger show plak. Bilo dah kono tangkap, mulolah dio monyalah semuo pehak. Kono fitnahlah, orang dongkilah, orang nak sabotajlah. Yo lah, orang gilo nak bokuaso katokan. Macam boruk dapek bungo.

Duo ari yang lopeh dio orang pun anta surat melotakkan jawatan. YDP pun kato dio dah torimo surat tu. Tup-tup masuk suratkoba dio menafikan yang dio orang tak lotak jawatan pun. YDP pun tak torimo tapi sebolum tu cakap dah seminggu dio orang menghilangkan diri. Alo kawan..(metafora yo tu, dio orang bukan eh kawan atuk doh) apa sulah jadi? Sikijap ale, sikijap sulah hilang maa. Ini macam selupa itu olang main silap mata oo.

Ari tu kan main banggo dan riang lagi bilo si kiambang Nasarudin tu masuk PKR. Yaloh, kiambang, kok kulu air mako kulu lah dio, kok kilir air, mako kilir lah dio. Tapi Atuk raso sodap lagi kalau kito panggil keladi bunting. Tompek nyamok botolur, peh tu hisap darah orang, peh tu kaki orang tu kono untut. Tu lah deh, takdo kojo lain, menyakitkan oraang jooo. Jadi, takdo pekdah eh nyimpan keladi bunting ni.

Apo yang atuk dapek rumuskan kek sini, Nuar ngan Nizar maso ni macam kucing nak boranaklah agak eh. Raso macam nak tokoncing tapi koncing tak keluar. Raso macam nak toberak, tapi yang koluar angin jo. Ari tu cakap ado 30 orang MP BN nak masuk PKR. Sampai sekarang adolah seko keladi bunting yang hanyut masuk lubuk eh.

Mako, bilo si luncai torjun ngan labu eh, biarkan. Sok kok kito jumpo labu eh tu, kito buek pongat campur gulo anau. Gulo pasir payah nak cari. Tah apo dibuek kek Muhyiddin tu.

5 comments:

  1. SALAM,

    EDEN BAB KELADI NI MEMANG ELOGIK SIKIT SOBAB EDEN TAK TAHAN MENGATA DAN MENGARU..
    TAPI KALAU SPESIS YANG LOBIHKURANG SAMO....SAYUR TANGKIH...EDEN MEMANG GOMA..KALAU BUEK MASAK LOMAK...MAK..UI..NEKMOYANG SODAP EEE..

    TETAPI KELADI JONGKEH.. KEK PERAK TU... TAKDO GUNO EEE DO...KALAU IDUP PUN KEK LOMBONG SIMPAN TAIK..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tok,

    Biarlah Tok si Nasa tu poi geng dengan Nizar.

    Memang Padan pun, dio nak raso biarlah dio. Kita tunggu ajo apo lai dio orang nak buek lopeh ni. Apo lai dio orang nak bohong kito..

    ReplyDelete
  3. Apo nak buek an..Dah camtu kelaku diorg..

    ReplyDelete
  4. Sekadar ingat mengingatkan. Jangan lupa untuk berdoa Qunut Nazilah untuk Palestin.

    “Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

    Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

    Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
    Sumber: JAKIM
    View Profile: Rantong

    ReplyDelete
  5. Nak dongar apo cerito Nizar dlm meeting PR di Perak psl status 2 org nyamuk cikunya tu... Sekarang Nizar & Nuar dh raso domam tk kobeh2 sbb perangai 2 ekor ni. Hari tu sibuk nk defend diorang psl kes BPR tu, skarang lu pikir sendiri laa apo nk buek...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive