Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, March 28, 2010

Pas tipu u all...

1. Islam merupakan agama yang syumul, mencakupi seluruh kehidupan manusia. Sistem perundangan Islam atau juga dikenali Syari'ah Islamiyyah mencakupi tiga aspek utama iaitu hukum 'Aqidah, hukum Akhlaq dan hukum Fiqah. Ketiga-tiga subset ini berjalan seiringan di atas landasan Syari'ah dan mesti diikuti oleh setiap individu untuk menjadikan dia layak bergelar Muslim sejati.

2. Hukum 'Aqidah merupakan hukum asas yang mesti diikuti dan dipatuhi. Yakni keyakinan terhadap konsep ke-Esaan Allah. Bahawa setiap individu Muslim percaya kepada Allah yang Satu, yang diungkapkan dalam kalimah syahadah. Ditambah pula dengan kepercayaan kepada 6 rukun iman bagi menguatkan pegangan Aqidah Islamiyyah.

3. Namun, 'Aqidah sahaja tidak cukup menjadikan seseorang itu Muslim sejati. Ia perlu seiring dengan amalan/akhlaq Islamiyy dalam menjalinkan hubungan antara manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, dan manusia dengan alam.

4. Hukum Fiqah adalah set yang paling luas cakupannya. Hukum yang meregulasasi seluruh kehidupan masyarakat. Antara lain ia termasuklah hukum/undang-undang Ibadah, Muamalat, Munakahat, Siyasah Syar'iyyah (politik) dan Jinayaat (jenayah).

5. Pecahan kepada hukum Jenayah Islam pula ada tiga iaitu Hudud, Qisas dan Ta'zir. Hudud merupakan undang-undang yang menghukum mana-mana umat Islam yang telah melanggar hak-hak Allah yang mana hukumannya telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith dan tidak boleh diubah. Pendapat jumhur ulama' menyatakan terdapat tujuh kesalahan hudud iaitu Zina, Qazaf, Sariqah (mencuri), Hirabah (merompak), Riddah (murtad), minum arak dan menderhaka kepada negara.

6. Sebenarnya, pelaksanaan hukum jenayah bersifat pelengkap. Ini kerana hukum jenayah tidak boleh dilaksanakan selagi 'Aqidah dan Akhlaq umat Islam tidak diperbetul dan pematuhan rukun Islam tidak berlaku. Malah, hukum Jinayat letaknya di tangga paling bawah dalam keutamaan pelaksanaan hukum Fiqah. Kerana itu Perlembagaan Madinah yang menjadi tunjang terbinanya sebuah daulah Islamiyyah pertama, tidak pun memperuntukkan sebarang klausa berkaitan hudud. Perkara yang ditekankan banyak berkaitan 'Aqidah, Akhlaq dan perpaduan masyarakat majmuk di Madinah.

7. Umumnya rakyat Malaysia mengetahui retorik pemimpin PAS yang melaungkan kononnya perjuangan politik mereka bertunjangkan Islam. Dakwaan kononnya PAS adalah satu-satunya kumpulan yang berjuang menegakkan sebuah daulah islamiyyah yang melaksanakan hukum Allah, tetapi sanggup pula menggelar saudara seIslam mereka daripada UMNO sebagai kafir.

8. Bagi membuktikan kesungguhan, kerajaan PAS Kelantan pernah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 dan kemudiannya PAS Terengganu meluluskan pula Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu. Alangkah peliknya apabila terdapat dua set peruntukan undang-undang jenayah Islam yang berbeza daripada PAS. Sedangkan dalam Syariah Islamiyyah hanya ada satu set hukum jenayah.

9. Walau bagaimanapun, undang-undang PAS (bukan undang-undang Islam) itu tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor. Antaranya disebabkan kandungan peruntukan undang-undang yang dirangka tidak menepati tuntutan syarak, contohnya kaedah pembuktian dan kaedah pelaksanaan hukuman. Adakah ini bermakna pemimpin PAS cuba menyelewengkan hukum syarak? Maklumlah mereka sudah dijamin syurga, boleh buat apa sahaja semuanya betul.

10. Hakikatnya PAS bukanlah sebuah parti Islam. Parti Islam jenis apakah yang sanggup berpecah dan menyisihkan diri daripada saudara seIslam mereka dalam Umno. Sejarah membuktikan bahawa PAS hanyalah parti yang senantiasa mahu mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia berbanding menggalakkan perpaduan sepertimana yang dianjurkan Islam.

11. Hukum 'Aqidah dan hukum Akhlaq pun tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna oleh PAS di negeri yang mereka tadbir sekian lama, inikan pula nak melaksanakan hudud yang hanya salah satu pecahan kecil daripada hukum Fiqah.

12. Pas 4 All = Pas Tipu U All.

16 comments:

  1. Melayu lagi2 kono tipu. Tubuh Perkasa ada pulak saham berjaya, setiausaha UMNO pun ada saham berjaya. Beli kapal x selam, Enjin tak jumpa harga asal 50 juto dah jadi scrap 300 k tersadai kat uruguay. Penetration x da tp ado pulak kat inner rectum. Yg Rasmi pulak Maharajah belit 2 dekad tup2 anak jd kayo meniaga kat pekan Rabu. Mula2 dgn Dilema habis pun dgn Gelema Melayu tak kemana. Siapa salah. Melayu ka? Kunun Pejuang Melayu Jati!?, pueek. PS Harap2 jgn lagi Melayu taruh harapan pada kedua2 katak Puru ni.

    ReplyDelete
  2. Satu tulisan yg baik dan patut dipanjangkan kepada semua org Melayu yg belum sedar mereka ditipu. PAS bukan parti Islam, mereka adalah penyamun bertopengkan takbir.Tengok lah wajah org PAS mana ada yg berseri, wajah mereka kusam, lebam dan berkarat.Inilah balasan Allah kepada mereka yg menjual agama demi dptkan undi.Contohnya muka Mat Sabu, Hatta Ramli,Khalid Samad, Mahfuz Omar semuanya berkarat, muka Nik Aziz, Hadi Awang, Nizar Jamaludin pucat lesi dan kebanyakan pemimpin PAS Kelantan kebanyakan bermuka lebam. Sebab apa, sendiri mau ingat le.Muka Anwar Ibrahim masyaallah macam muka penjahat da!

    ReplyDelete
  3. hehehe. ko anon 4.50pm tak dapat jawab artikel ni dia dok konar crita tang lain. dah la byk benda yg dizikirkan tu semua tuduhan tanpa bukti yg boleh jadi fitnah. tipikal mentaliti pembangkang sungguh la.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  4. 4.50PM ,HOI EKAU PUN SEKO ,APO GUNO EEE KAU MEMBANGKANG PADAILAH KAU,MOTONG GOTAH MALEH MELAYU MAMPUEH KAU NAK TO COKOK SORANG ,,,BINGAI
    CUBALAH SOKONG IRI ATI TAK ABEH2 KOLOPONG
    KAU BIJAK SAMPAI MANO,,,MENGANGKANG BORI KEK KAU ,MELANTAK BOPINGGAN2 BIARLAH ORANG MELAYU KAYO ,PANDAI SEMUA CUMO KAU SEKO YO LOMBAM-KOK DOPAN DEN BOGOGA DAHI KAU DEN TUBING

    ReplyDelete
  5. UMNO lebih tipu u all...dari dulu lagi, kalau tak kenapa Tun M (bekas perdana menteri kesayangan kau orang le) kata UMNO tu busuk sampai ke usus? dan kenapa orang tua kesayangan kau orang tu kata bahawa dibandingkan dengan semasa pemerintahan dia, ekonomi Malaysia tidak mengalami perkembangan selepas Tun Doll dan di bawah pemerintahan sekarang DS Bini Rosmoh, maknanya PM takut bini ni tipu le kata ekonomi Malaysia berkembang. Selain tu kenapa orang tua yang baru masuk UMNO beberapa bulan yang lalu juga ada mengatakan bahawa UMNO Parti Perasuah. Ini bukan orang PAS yang kata, tapi orang tua kesayangan kau orang juga yang kata.

    Kalau UMNO bagus sangat, kenapa kau tak buat dan laksanakan sendiri semua hukum-hukum Islam tu. Kau orang ada kuasa buat la, kalau dah kata PAS tipu. Saya cabar UMNO buat hukum Islam berdasarkan Al-Quran. Kalau tak kau orang lebih lebih baik potong kau orang punya PUNAI bagi anjing yang dibela oleh artis-artis Melayu makan, sebab ada kuasa tapi tak mau buat undang-undang Islam.

    ReplyDelete
  6. Yo botui jugak katonyo si katak puru tuo tu, anok2 mudo kono ingat ado sitopeng yahudi dah mulo secaro sonyap2 masuk kelobang menjarum negaro kito. Apo yg si katak puru tuo maksudkan dah ado perunding imej APCO Worldwide dah buka pejabateh kek KL. Jugonyo si Coca Cola pun (yg semua muslim dah tahu syt yahudi ni menyumbangkan 1 sen saham setiap botol Coca cola yg terjual ke Bumi Platine yg terjajah nak buka kilang terbesar rantau Asia bila si Bini Rosmah ke US. Hai siapolah lak yg jadi agennya, DSAI ka Parti Sekular tinggalan penjajah ni yo. SiKatak Kombong Pasir Mas aku sikit tak heran, suara dio jadi kuat bilo hujan Turun, Allah org macam ni pun nak jadi ketuo Melayu, Pueek.

    ReplyDelete
  7. hehehe. anon 611, bn ada laksanakan hukum islam la. mgkn ko tak perasan kot. hukum takzir dan qisas dah ada. aqidah dan akhlaq pun ada cuma belum sempurna. bezanya bn dgn pas ialah kerajaan tak heboh pun depa buat apa. hang check betui2 bukan tikam sebarang je tuduh. umno busuk hgga ke usus tu bkn tdm yg cakap la itu kuli yg cakap. fakta itu pun kau tak boleh nak kata betui, habis camna tuduhan kau yg lain bolih jadi betui? tp tdm ckp pasai rasuah tu ya merujuk kpd ketua pemuda yg bernama mr nori anak didik nuar berahim. dan nuar berahim la yg bwk budaya rasuah dlm umno. hang org luar umno mana hang tau apa. skrg pkr, dap dan pas pun amalkan rasuah gak hasil didikan cifut babi tu. masa p/raya pas dan muktamar mmg calon pas rasuah la poik. tak payah la nak belit kata takdak. suma org tau. pas mmg pandai suruk ahli mereka rasuah dgn peralatkan agama. ahli syurga la katakan.

    ReplyDelete
  8. Good posting neracakeadilan. Well done. Hope to see you soon.

    ReplyDelete
  9. "Yo polok la Betino kau tu, polok lah Ayahanda UMNOngok tak marah" Kato Ahmad Nespu pada Menantunya Choi dlm filem 3 Abdul, UMNO MCA dan MIC.

    ReplyDelete
  10. Beza PAS dengan UMNO dalam konteks ini ialah PAS ada keinginan nak tegakkan Islam tetapi perlaksanaannya tersekat kerana undang2 dan kuasa, sedangkan UMNO ada undang2 dan kuasa tetapi tidak inginkan islam. Yang gah cuma retorik saja.

    1. Peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) ditarik balik semasa Mahathir. Sedangkan peruntukan sekolah jenis kebangsaan (SJK) ditambah.
    2. Pengajaran bahasa jawi di sekolah2 di hentikan zaman Khir Johari, akibatnya orang2 melayu jenerasi sekarang sudah buta tulisan jawi.
    3. Hasrat Kelantan untuk ketengahkan enakmen hudud disekat. Dalam satu konvensyen MCA di Ipoh dihadapan ribuan bangsa cina, Mahathir telah sendiri menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali mengizinkan undang2 hudud dilaksanakan dalam negara ini. Semua cina bertepuk tangan. Mahathir rasa megah.
    4. Logo Halal sudah menjadi iklan komersial. Ini satu contoh yang berlaku sekarang ini. Cina jual 'wantan mee' boleh dapat logo halal. Hailam jual 'nasi ayam hainan' pun ada logo halal. Ada siapa pantau ramuan2nya. JAKIM datang hanya bila nak sambung tarikh baru. Bagitulah juga dengan kedai nasi kandar. Ayat Quran ada didepan, dibelakang semua kerja hindu dari Kerala yang buat.
    5. Pembantu2 rumah yang beragama Islam yang dilatu habisan2 dalam rumah orang bukan islam, tiada siapa ambil tahu. Azab mereka tiada siapa peduli. Ada yang didera sampai mati. Biasakah kita dengar pembantu2 rumah dari Filipina atau Vietnam kena pukul dengan sterika panas ?
    6. Kes murtad yang melibatkan orang2 islam semakin meningkat. Terutama sekali belia2 yang datang dari keluarga yang sakit. Ada siapa ambil tindakan ?.

    Eloklah jangan sebarang cakap sebelum menyuluh dengan lebih dalam. Janganlah terikut2 dengan sentimen dan ritorik politik. Dalam UMNO, pemimpin2 melayu guna orang melayu untuk kekal kuasa, guna orang cina untuk jadi kaya dan guna orang2 india untuk menjadi kuda.

    ReplyDelete
  11. bagus kupasan mansur junus. tapi kenapa profile not available? baling batu sembunyi tgn? bab sar tu kena la study betul2.

    sar kan kurang peralatan dan alat bantu mengajarnya. makmal tak ikut piawaian, perpustakaan tak cukup buku, guru pula byk yg tdk terlatih. dah la tu yg duduk dlm sar tu byk anak2 melayu. dlm dunia global yg serba mencabar ni sanggup ke kita nak tgk anak melayu ketinggalan berbanding org lain. lebih baik mereka ni masuk sek agama bantuan kerajaan mcm smka dan ska yg kemudahannya lebih lengkap. barulah anak2 melayu ni terbela dprd blajar di sar. lgpun tgklah pengurusan sar mcmana. kerajaan peruntukkan rm2 juta setahun utk bantu sar dlm belanjawan yg dibentangkan di parlimen setiap thn sebelum ni, tapi apa guru2 mereka buat? suruh anak murid meniaga plak jual kelender etc. duit bantuan yg kerajaan bagi tu depa buat apa? lebih baik tutup drpd rosak masa depan bdk2 tu dan serap mereka ke sekolah agama bantuan kerajaan.

    bab lain yg kau sebut tu lebih kepada peranan dan tanggungjawab jabatan kerajaan terlibat. malaysia bab penguatkuasaan mmg agak lemah. apa guna mereka tu dibayar gaji kalo tak tau buat kerja. sbb tu ramai merungut yg gov servant ni lembab. sebab apa lembab? sbb gov servant ramai yg sokong pembangkang. mcmana dasar yg baik nak dilaksanakan kalo asik protes dan kutuk kerajaan, tapi makan gaji dgn kerajaan pemerintah. lawok.

    eloklah jangan sebarang cakap sebelum menyuluh dengan lebih dalam. janganlah terikut2 dengan sentimen dan ritorik politik. dalam pas, pemimpin2 melayu guna agama utk peralat org melayu untuk kekal kuasa, dipergunakan oleh orang cina yg berniat memerintah negara dan guna orang2 india untuk demonstrasi.

    ReplyDelete
  12. UMNO ni kalau bertempik macam pahlawan hebat, tapi benarkah kamu pahlwan yang hebat? Nak perburuk PAS, tapi diri UMNO sendiri pun tak tentu.

    Buruk-buruk ahli PAS, ahli-ahlinya kebanyakkannya menjaga sembahyang lima waktu, UMNO yang bising-bising ni, kamu pastikah yang semua ahli-ahli kamu menjaga sembahyang lima waktu? Adakah aktiviti-aktiviti yang pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO terlibat ada mementingkan penjagaan sembahyang lima waktu?

    Buruk-buruk ahli PAS, sekurang-kurang dia tak minum arak, UMNO kau boleh pasti ke ahli-ahli kau beragama Islam tidak minum arak? Dengar kata ada ketua pemuda kamu yang mabuk sampai tertidur di depan mesin slot di sebuah kasino.

    Buruk-buruk ahli PAS, dia benci rasuah. UMNO yang merupakan juara rakyat, dapatkah kamu pastikan ahli-ahli kamu benci rasuah? Jika tidak kenapa Ali Rustam hilang kelayakkan untuk bertanding, masih menjadi Ketua Menteri, jika ahli UMNO benci rasuah bantahlah perlantikan dia ni? kenapa Isa Samad digantung sebagai ahli UMNO kerana rasuah (politik wang) masih dipilih sebagai calon di Bagan Pinang, kalau benci rasuah kenapa kamu membiarkan sahaja dia menjadi calon? dan kenapa SPRM menahan pembantu Menteri Kewangan di Pulau Pinang dengan jumlah wang yang banyak? Dan kenapa semasa pertandingan jawatan ketua pemuda dulu, satu pihak tidak puas hati dengan kemenangan Khairy, apa yang kamu tempikkan padanya? bukankah tentang politik wang?

    Ini baru sikit, tapi cukuplah.

    ReplyDelete
  13. A very well researched article Neraca Keadilan. Keep up the good work!

    ReplyDelete
  14. Anon 7:57:

    ahli pas benci rasuah? KAHKAHKAH. memang la takda "rasuah", sebab kene suap/menyuap je terus tukar jadi "jariah". tu pun tak tau ke? ala kesian orang pas ni. buta2 kene tipu.

    dah la orang pas, poie la jago balak kek kelantan nun.

    ReplyDelete
  15. bros, sesama islam jgn gaduh2. Dah bnyk masalah islam dlm dunia ni. Ambil yg baek, buang yg keruh. BN and PAS. both penting.. Setiap yg terjadi dlm hidup kita ada hikmahnya. Setiap perkara yg berlaku adalah ilmu utk kita. Tidak kira ianya dr PAS or UMNO. Pergaduhan PAS and UMNO slalu digelakkan oleh bangsa lain. In conclusion, if we choose pas/umno, just go.. do not blaming each other. We r muslims. We are same. We are not sure we go to syurga or neraka. If we choose PAS, then? If we choose UMNO, then? If u r rich, then? The fact is its not about who u are. Its about what and how u do in your life. Muslims.. please..

    ReplyDelete
  16. orang pas kan fanatik...jaga solat 5wktu konon...semua orang pas mmg jage solat ye..btol nie??law x awk yg tanggung ye..sekurang kurangny umno x jadi keldai pkr ngan dap..pas nie bawak politik dalam agame je boley r..tipu orang an..tp cube la bwk agame dlm politik pulak..pegi da...kritik pandai la pas ni..bukan die taw ke adaan negara camne un..

    ReplyDelete

Blog Archive