Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, June 12, 2011

Kabinet bincang isu IPP

Kabinet telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji pelbagai aspek termasuk isu pengeluar tenaga bebas (IPP) dan bekalan tenaga kepada negara pada masa depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut melibatkan tiga Menteri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan beliau sendiri.

"Jawatankuasa ini akan berbincang mengenai pelbagai aspek dan bukan masalah IPP semata-mata...antaranya ialah mengenai kos dan soal masa depan kerana terdapat di antara konsesi IPP akan tamat pada 2014 dan 2015.

Kita turut membincangkan bagaimana untuk berhadapan dengan masalah ini di masa depan," katanya kepada pemberita selepas merasmi Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Kampung Tengku Hussin di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat konsesi IPP.

Syarikat-syarikat IPP dikatakan mengaut keuntungan berpuluh kali ganda daripada hasil pembekalan kuasa kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ahmad Husni berkata jawatankuasa itu akan membentangkan laporan kepada kabinet sebaik sahaja disiapkan.

"Kami tidak diberikan sebarang tempoh untuk pembentangan itu tetapi apa yang ingin katakan di sini ia akan tetap mengambil kira keperluan rakyat dan ia akan diutamakan," jelasnya.

"Kajian itu kelak akan mengambil kira soal pembangunan dan subsidi yang kian meningkat, jadi, saya minta semua pihak menunggu pembentangan laporan itu kepada kabinet," tambahnya.

- Bernama

3 comments:

  1. Eloklah tu kalau nak kaji semula IPP. Alhamdulillah Dato Ani Arope telah membuka tembelang buatan "Melayu Mudah Lupa". TNB terpaksa tanggong kadar IPP dgn harga yg amat tinggi. Bahana yg rakyat tanggung akibat perb uatan sikitol tua, tom tom bak mesti setuju.

    ReplyDelete
  2. anon atas

    tom tem bak setuju kalau ada melibatkan jubor jer. tom tem bak aka maharaja jubor

    ReplyDelete
  3. takut sok si keturunan mak pak si pandi kutty jo yg terkantoi bosar. sapo la menteri kewangan maso tu yo. siap sediolah penyenaraian bosar2an kroni2 pandy kutty dlm ipp.

    ReplyDelete

Blog Archive