Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, February 9, 2009

Daulat Tuanku! Hidup Melayu! Nyahkan Karpal dari Malaysia!





Badan Bertindak Melayu Negeri Sembilan hari ini telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Seremban 2 atas kenyataan Karpal Singh hendak menyaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak kerana tidak bersetuju membubarkan dewan undangan negeri dan melantik Datuk Dr Zambry selaku Menteri Besar Perak yang baru. Menurut jurucakap BBMNS tindakan Karpal ini jelas suatu tindakan yang amat melampau dan biadap serta bertentangan dengan prinsip rukun negara "Kesetiaan kepada Raja dan Negara". Menurut jurucakap itu lagi sekiranya beliau (Karpal) tidak mahu menghormati prinsip kenegaraan tersebut, dia seharusnya berhenti menjadi warganegara Malaysia dan tinggalkan Malaysia dengan segera.

BBMNS sewaktu membuat laporan polis juga telah berjaya mendapatkan permit dari pihak polis untuk berhimpun dan menunjuk protes secara aman di kawasan susur masuk Terminal 1 Seremban dan sejurus wakil BBMNS selesai membuat laporan polis, kumpulan yang menunjukkan protes telah bergerak untuk berhimpun di Terminal 1.

Protes BBMNS di Terminal 1 telah berlangsung secara aman dengan kawalan rapi oleh pihak polis. Protes tersebut telah ditamatkan selepas dimaklumkan oleh pihak polis tempoh 1 jam yang dibenarkan dalam permit telahpun tamat.

2 comments:

  1. laa, apo tak tipon atok. kalau tak subuh sepie la'ie atok dah sampai. ni semangat tongah bokoba-koba. nak melesing orang yo kojo eh ni

    ReplyDelete
  2. Mintak maaf la tok. Tak sompek nak tipon sobab hari cuti manyak na urusan!Se tau Atuk marah kek Benggali murtad tu tapi janganlak dilesing benggali jua karpet kat kg atuk tu!Bukan sumo Benggali mcm tu

    ReplyDelete

Blog Archive