Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, February 3, 2009

Fadhilat Dhuha

Kekadang menulih dan berwacana kisah-kisah duniawi ni, toraso gak nak sungkit dan sonduk sikit ingatan ukhrawi. Pak Sedaro nak perturun sikit, doa untuk pombaco yang acap Solat Dhuha; ditojomah dalam Melayu,

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Segala Pujian Kepada Allah Seru Sekalian Alam, selawat dan salam kepada Penghulu kami Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekelian. Hai Tuhan, Sesungguhnya waktu dhuha, waktu dhuhamu, cahayanya-cahayaMu, Keindahannya-keindahanMu, kekuatannya-KekuatanMu. Hai Tuhan, sekiranya rezekiku ada di Langit, maka turunkannya, Jika ada di Bumi, maka keluarkannya, Jika adanya Jauh maka perdekatkannya, Jika ada Hampir, maka permudahkannya, Dengan Kebenaran DhuhaMu, CahayaMu, KekuatanMu dan KesucianMu, Berikanlah kepada ku sebagaimana Kamu berikan kepada Hamba-hambaMu yang Soleh. Mudah-mudahan Allah mencurahkan Rahmat kepada Penghulu Kami Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya segala keselamatan dan kepujian Kepada Allah Tuhan Seru Sekelian Alam."

Pak Sedaro nampak inilah, antara laluan dan saluran yang terpilih dan strategik untuk ramai umat Islam khasnya Orang Melayu yang Lupo Asal Usul, Keturunanan dan Sanad Keluarga supaya:

1. Jadikan amalan Sembahyang Sunat Dhuha dalam hidup ini, hari-hari.

2. Jadikan khasiat dan Dzat doa ini, sebagai Senjata kita menempuhi zaman terang dan gelap, Merdeka dan Jahil.

3. Jadikan Dhuha ini sebagai Ubat Penyembuh Penyakit Umat Melayu yang leweh, beweh dan geweh.

4. Jadikan Dhuha sebagai Senaman Harian supaya yang bertali leher ingat orang yang berpeleseran, yang berpangkat berpaku ingat orang yang merempat dan bangsat, yang berdatuk berdatin ingat orang yang menjengah kufur, yang berintan berlian-beremas berperak ingat orang yang menjejak kufur, yang bertopeng Syaitan boleh insaf dan taubat, yang berpakaian IBLIS boleh melihat awan merah di ufuk Timur.

Salam Dhuha, Pak Sedaro aju.

1 comment:

Blog Archive