Pak Sedaro heran ibni ajaib, bilomano Political and Economic Risk Consultant mulo menilai ASPIRASI 1 Malaysia sebagai kultus kehancuran Negara Malaysia. Siapakah kumpulan ini? Political and Economic Risk Consultant ini berpangkalan di Hong Kong!
Pak Sedaro sebagai Rakyat Raja yang berpayung di bawah Bahagian 2, mula Perkara 5 hingga Perkara 13, amat TIDAK SETUJU dengan kupasan yang dibawa oleh HongKies ini. Bagus juga, ada Timbalan Perdana Menteri yang bijaksana dan tuntas menempelak gelagat dan telatah Warga Asing memberi portfolio tertentu kepada Aspirasi 1 Malaysia mengikut perspektif mereka.
Pak Sedaro fikir zaman ICT ini banyak mesej yang diterbalik dan di simpang-siur oleh anasir Zionis dan Fasis, yang melarat dan melata di Tanahair Bumi Melayu ini. Kepada teman, sahabat, rakan dan kawan kaum-kaum lain, Pak Sedaro menjemput kalian untuk menilai Aspirasi 1 Malaysia dalam alam KITA, sebagai warganegara Malaysia yang berpaksi kepada Bahagian 3, Perlembagaan Persekutuan.
Kumpulan Perunding P&ER ini cuba menjatuhkan portfolio ekonomi dan pasaran saham Malaysia dengan memberi nota-nota, bahawa 1 Malaysia ialah KORBAN KEKAYAAN NEGARA. Kepada Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Sabah, Pak Sedaro ingin pesan beberapa perkara:
1. Sehingga tarikh PRU-13 dan tanggal diumumkan Gelombang RMK-10, maka banyak episod meruntuh Kerajaan, baik Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri-negeri, akan mula dijadikan kambing hitam oleh kalangan PENCACAI SANDIWARA POLITIK ATARABANGSA, kononnya.
2. Sehingga tarikh PRU-13, akan muncul beberapa buah parti siasah serpihan dan gelagat insan MERAJUK dalam politik suku-sukuan, yang akhirnya merugikan Rakyat Raja secara mutlak.
3. Sehingga tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2010 bulan Oktober ini, besar kemungkinan akan wujud kisah-kisah "kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan" yang melata seluruh ceruk sempadan Malaysia.
4. Sehingga tarikh 31 Ogos 2011, akan kelihatan deretan "peminta sedekah eksekutif dan eksklusif" bertali leher, berjaket mahal, berkereta mewah, MENGAIS SIMPATI PEMBESAR DAN BANGSAWAN, hanya untuk menanggung BIAWAK HIDUP dalam sketsa politik PAS-PKR-DAP-PRM-PPP-MIC-MCA-UMNO sebagainya.
1 Malaysia akan terus menjadi genre bisikan dan laungan warganegara yang cinta akan tanahair ini. 1 Malaysia akan terus menjadi bahan lelucon Warga Asing yang cemburu akan keamanan, kebebasan, keharmonian, kedamaian dan kesentosaan TANAHAIR ini. 1 Malaysia semakin diperakui oleh Rakyat dan Warganegara sebagai manifestasi untuk SUMBANGAN KITA kepada NEGARA. 1 Malaysia kini tampil sebagai LAMBANG dan SIMBOL perpaduan nasional, pemupukan budaya, integriti, ketepatan, daya saing tinggi dan kerukunan hidup survival Rakyat Malaysia. 1 Malaysia semakin dirasai bahang dan limpahan berapinya ke pelusuk kampung dan sempadan negeri. 1 Malaysia semakin JAGUH DAN JUARA.
1 Malaysia ialah JUARA untuk RAKYAT. Rakyat Malaysia menentukan iltizam Malaysia moden tahun 2020, bukan Kerajaan. Rakyat Malaysia memegang kunci kepada Negara Demokrasi Raja Berperlembagaan. Rakyat Malaysia mengurus KUNCI keselamatan, kemakmuran dan kestabilan roh, jasad, zuk Perlembagaan.
Inilah dalamnya Semangat 1 Malaysia. Maka kepada anak asing bukan warganegara, JANGAN JOLOK SARANG TEBUAN. JANGAN KEJUT SINGA LAPAR. JANGAN SELAM LUBUK BUAYA.

apa yang kamu merepek ni...???
ReplyDeleteBiarlah campurtangan org asing asalkan mereka nak membetulkan byk situasi yg terang2 tak betul...biarlah org asing datang "mengajar" bgmana demokrasi tulen sepatutnya dilakukan dlm sesebuah negara..kerana org2 kita sendiri tak pandai menguruskan sistem pentadbiran moden yg dinamis...biarlah...dari mengharapkan UMNO..maka sampailah kiamat punah semuanya....
ReplyDeleteada kapal selam tak berguna...kapal selam tapi tak leh nyelam..kelakar...badi TUYA kot...???kah..kah..kah..
ReplyDeletehahaha. lawak..lawak. ada 2 benda buat aku gelak. pertamanya ada spesis yg lebih percaya org luar drpd bangsa sendiri. lebih percaya kafirun drpd saudara seislam. nmpknya agenda yahudi berjaya sesatkan depa ni. yg batil dah jadi hak. baguih dok ada.
ReplyDeletekeduanya ada juga spesis yg percaya dengan geng2 pkr dan pas yg ckp dlm haprakdaily kononnya scorpene tu takleh menyelam. kah kah kah. ini lawak paling kelakar abad ni. cerita bodoh mcm tu pun org percaya. dulu cakap takleh nyelam, skrg plak pertikai takleh nyelam pasai komponen teknikal. releks la bro. perihal teknikal biar jurutera tentera yg urus. hang dok sibuk nak war2kan kelemahan pada pihak musuh wat pa? betullah kata neracakeadilan dlm posting seblm ni yg wujud spesis rakyat malaysia yg cetek akal percaya dgn cerita fitnah aljub dan yg sekutu dgnnya.
-tom tem bak-
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.
ReplyDeleteBahagian itu menyalurkan tekanan air keluar masuk bagi membolehkan kapal selam itu menyelam.
Sehubungan itu, beliau berkata, kapal Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion itu sedang menjalani penyelenggaraan dan tidak dibenarkan beroperasi sekarang demi menjamin keselamatan anggota tentera yang mengendalikan kapal itu.
"Ia boleh selam, tapi tidak diizinkan menyelam. Memandangkan ia masih berada dalam tempoh jaminan, maka kontraktor dan pembekal akan (terlebih dahulu) memperbaiki kecacatan yang berlaku."
"Kita mengesan kecacatan pada 17 Januari lalu semasa ia timbul. Ia boleh diperbaiki sekali gus menjalani ujian air tropika pada 18 Februari ini selepas mendapat sijil kelayakan," katanya pada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar The Malay Mail semalam yang melaporkan kapal selam berkenaan gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, kerosakan itu dikesan ketika ia dilabuhkan di Teluk Sepanggar, Sabah.
Katanya, ia adalah kerosakan kedua selepas kerosakan komponen Forward Seawater Cooling System (bahagian sistem penyejuk air laut) pada tahun lalu selepas aset TLDM itu menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Langkawi.
"Ia adalah kecacatan biasa dan berlaku pada sub-sistemnya, dan bukan sistem utamanya.
"Bagaimanapun, kita ingin memastikan ia benar-benar okey dan tidak membahayakan anggota TLDM yang mengendalikan kapal itu," jelasnya.
Abdul Aziz berkata, anggota-anggota TLDM beria-ia dan bersemangat tinggi untuk menjalani ujian air tropika apabila ia diperbaiki sepenuhnya.
KD Tunku Abdul Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api.
Ia mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.
Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perunding Politik dan Risiko Ekonomi (Perc) yang beribu pejabat di Hong Kong 'bercakap dengan tidak berasas' apabila mereka menggambarkan Malaysia ke arah keadaan yang tidak stabil.
ReplyDeleteBeliau berkata, semua laporan PERC memang ada motif tertentu dengan niat tidak mahu membantu.
"Kita tidak minta mereka bantu kita. Kita bantu diri kita dan kita tidak perlukan komen mereka kerana saya fikir ramai orang lagi tahu dan menilai diri kita sangat objektif. Kita bukan berdasarkan emosi tetapi fakta dan realiti.
"Pada hakikatnya bahawa rakyat Malaysia gembira dan tidak menghadapi sebarang bencana besar atau mengalami kegelisahan kaum di negara ini atau berperang sesama sendiri. Jadi, apa yang mereka cakap? Saya fikir mereka mesti "bercakap dengan tidak berasas," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan Kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda, di sini hari ini.
Muhyiddin juga berkata bahawa laporan Perc itu tidak masuk akal yang dilaporkan oleh mereka yang tidak tahu mengenai negara ini.
"Saya tidak fikir kita perlu bertindak terhadap semua laporan tidak masuk akal itu yang dilaporkan oleh mereka yang tidak tahu mengenai negara ini. Mungkin mereka berada di suatu tempat pedalaman Hong Kong.
"Mereka hendaklah datang ke sini dan kita gembira untuk membawa mereka dan melihat apa itu kestabilan, apa itu keselamatan, apa itu perang, apa itu kegelisahan," katanya.
Dalam laporan itu, Perc memberikan contoh beberapa perkembangan di Malaysia, termasuk kehilangan enjin jet tentera, penahanan suspek pengganas dari beberapa negara Afrika dan Timur Tengah, percubaan membakar gereja dan surau serta perbicaraan liwat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan. - BERNAMA
nota penulis : Nak repair kapal bukan macam nak baiki enjin kereta. Berbulan lamanya kapal selam Malaysia dibuat ujian selaman sebelum ini tetapi itu di negara luar. Masuk bulan Feb, belum sampai enam bulan kapal selam berada di laut tropika. Kapal selam Singapura, Australia dari kelas Collins sendiri mengalami pelbagai masalah.
ReplyDeleteYakinlah pada diri sendiri...anak-anak muda kita dalam angkatan laut mampu mengatasi masalah ini. Lagipun Scorpene ini buatan orang puteh, kalau kapal selam ini dibuat oleh tangan anak-anak Malaysia, Insya Allah, susah nak jumpa defect. Yakinlah, satu hari nanti orang puteh akan beli kapal-kapal yang dihasilkan oleh anak Melayu kita.
http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2010/02/kapal-selam-tidak-boleh-menyelam.html