Dari Umar bin al-Khaththab RA, ia mengatakan, "Ketika kami duduk di sisi Rasulullah s.a.w. pada suatu hari, tiba-tiba datang kepada kami seorang laki-laki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak terlihat padanya bekas perjalanan jauh, dan tidak seorang pun dari kami yang mengenalnya. Hingga ia menghampiri Nabi SAW lalu menyandarkan kedua lututnya pada dua lutut beliau, dan meletakkan kedua telapak tangannya di atas kedua paha beliau seraya mengatakan,
"Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam."
Rasulullah SAW menjawab, "Islam ialah kamu bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, dan menunaikan haji ke Baitullah jika kamu mampu menempuh perjalanan kepadanya."
Ia mengatakan, "Kamu benar."
Kami hairan kepadanya, ia bertanya kepadanya dan membenarkannya. Ia mengatakan, "Sampaikan kepadaku tentang iman."
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhir dan beriman kepada qadar, baik dan buruknya."
Ia mengatakan, "Kamu benar."
Ia mengatakan, "Sampaikan kepadaku tentang ihsan."
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya, maka Dia melihatmu." - Bab Muraqabah: Kitab Riyadus Shalihin - Hadis Al-Arba'in An-Nawawiyah.
"Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam."
Rasulullah SAW menjawab, "Islam ialah kamu bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, dan menunaikan haji ke Baitullah jika kamu mampu menempuh perjalanan kepadanya."
Ia mengatakan, "Kamu benar."
Kami hairan kepadanya, ia bertanya kepadanya dan membenarkannya. Ia mengatakan, "Sampaikan kepadaku tentang iman."
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhir dan beriman kepada qadar, baik dan buruknya."
Ia mengatakan, "Kamu benar."
Ia mengatakan, "Sampaikan kepadaku tentang ihsan."
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya, maka Dia melihatmu." - Bab Muraqabah: Kitab Riyadus Shalihin - Hadis Al-Arba'in An-Nawawiyah.
Assalamualaikum Paneh dan sama-samalah kita menyambut Hari Kelahiran Rasulullah s.a.w. hari ini,
ReplyDeleteHadith Jibril yang masyhur..kita capai IHSAN..bila kita solat seolah-olah kita boleh melihat Allah swt atau jika tidak pun Allah melihat kita.
Pasal Wang Ehsan yang ditolak PAS itu...No komen.
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kerajaan Pusat tetap mahu memberikan wang ihsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan.
ReplyDelete"Kerajaan Pusat akan bagi dan kita akan bagi kepada siapa yang akan terima, siapa yang tidak terima terpulang kepada dia, tentu ada orang yang nak terima," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini Khamis, Najib yang juga Presiden Umno berkata kerajaan akan memastikan bantuan itu dibuat secara telus kepada golongan yang layak menerimanya.
"Bantuan kepada rakyat Kelantan tetap akan diberikan dan kita akan bagi kepada siapa yang hendak menerimanya.
"Kita nak bagi kepada rakyat... pokoknya kita mahu rakyat mendapat manfaat (daripada pemberian wang ihsan)," katanya ketika ditanya mengenai implikasi politik berhubung pemberian wang ihsan itu kepada rakyat Kelantan.
Perdana Menteri berkata Kerajaan Pusat akan tetap dengan pendiriannya berhubung pemberian wang ihsan dan bukannya royalti minyak seperti yang didakwa kerajaan Kelantan pimpinan PAS "Kita punya pendirian jelas dan apa yang diputuskan ikut Perlembagaan dan undang-undang negara dan mengikut pakar-pakar perundangan tiada apa-apa yang dikemukakan (oleh Kelantan) bagi membolehkan kita rasa keputusan kerajaan itu tidak betul," katanya.
Najib berkata dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Kerajaan Pusat telah memperuntukkan lebih RM7 bilion kepada Kelantan untuk perbelanjaan pembangunan walaupun negeri itu berada di bawah pemerintahan pembangkang.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang terus mempersoalkan langkah kerajaan Persekutuan berhubung isu royalti minyak Kelantan.
Terbaru, Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan Persekutuan menerusi akhbar-akhbar bahasa Malaysia baru-baru ini menimbulkan lebih banyak implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan.
Ditanya mengenai pertemuan dengan anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Najib berkata perkara itu sudah lama dan tidak perlu diulas.
Mengenai sama ada Umno akan mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh, Najib berkata MT Umno akan mendengar pendapat anggota parti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan
Najib berkata mesyuarat MT membincangkan perkembangan semasa parti termasuk tumpuan terhadap jentera parti dan Program Juara Rakyat yang akan diteruskan di Perak dan negeri-negeri lain.
Mesyuarat juga mengambil maklum bahawa setakat 31 Jan lalu, keahlian Umno ialah sebanyak 3,526,952 orang dan parti masih dalam proses mengemas kini keahlian.
"Kita harap semua bahagian menjalankan aktiviti seperti diarahkan dan mengambil tindakan untuk menambah ahli serta mengemas kini daftar keahlian. Kita harap kerancakan aktiviti oleh sayap parti juga berterusan," katanya.
Ditanya mengenai cadangan pindaan Perlembagaan Barisan Nasional (BN), Najib berkata perkara itu hanya dimaklumkan pada mesyuarat itu tetapi akan hanya dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
-- BERNAMA
Salam Bro Paneh Miang. samo samo lah kito menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w hari ni, Kek N.kureng 1 sepuloh apo yang den tengok pagi ni kek mesojid nogori untuk solat subuh makmum lelaki 2 saf ini termasuk 1 saf budak-budak sekolah berhampiran. Arahan ketua Jabatan laie hebat dari seruan ilahi. Selosai mendirikan solat suboh den tengok kan main ghamai umat Melayu-Melayu tak kiro jantan betino ada yang membotulkan samping/songkok termasuk tudung berremos dan melepak kek A&W kek Taman Tasik Sban untuk menanti waktu perbarisan. Kok Kuli dlm rombakan kabinet dilantik sebagai Men Kew itu baru namo EHSAN dari Pokjib. Pasal Royalti Minyak/Gas memang sewajarnya Kerajaan PR Kelantan Dibawah Kepinpinan Tok Guru Nik Aziz sebagai Ketua kerajaan yang Sah menerima wang Royalti tersebut, kok kayo rayo pun orang melayu Kelantan
ReplyDeletesalam paneh,
ReplyDelete-salam maulidur rasul
-terima kasih atas kupasan new economic model, cuma kesan kpd rakyat terbanyak macam essei ni masih podeh mato laiee.
-nik aziz mana ada ihsan!
tq