Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, February 23, 2010

Mengapa kau Maya?

DESAS-DESUS mengenai perkahwinan aktres Maya Karin yang dikhabarkan kini sedang berantakan dengan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Steven mula tersebar luas kebelakangan ini. Lebih memburukkan keadaan, timbul pula dakwaan yang mengatakan Maya kini sudah bercerai dan cuba menyembunyikan kenyataan itu. Maya mendiamkan diri seketika sebelum menyambung bicara.

"Orang luar boleh bercakap apa sahaja kerana mereka tidak mengetahui perkara sebenar.

"Ingin saya tegaskan di sini, tiada apa yang berlaku dalam perkahwinan saya. Kami masih suami isteri dan kehidupan masih berjalan seperti biasa.

"Cerita yang mendakwa perkahwinan saya sedang berhadapan dengan masalah adalah tidak berasas. Tiada apa yang berlaku dalam perkahwinan kami," ujarnya lagi.

Maya lantas ditebak dengan pertanyaan adakah dia cuba menyembunyikan cerita sebenar ekoran dakwaan yang mengatakan keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada sikap Maya yang bermain kayu tiga dengan seseorang dan mengakui hubungan itu kepada suaminya.

Bintang Pisau Cukur itu berkata, cerita peribadinya termasuklah cerita rumah tangga adalah hak privasinya. Dia berharap agar tiada pihak yang cuba memaksanya mengulas cerita-cerita peribadi.

"Sebolehnya saya tidak mahu mengulas lanjut perkara sebegini. Saya lebih selesa untuk tidak bercakap mengenai cerita peribadi.

"Cerita peribadi seperti perkahwinan adalah hak privasi saya dan saya harap semua pihak dapat menghormati hak saya.

"Perkara sensitif sebegini jika diberikan sebarang komen atau ulasan, takut akan melarat dan menjadi bertambah buruk.

"Saya bimbang jika sebarang kenyataan yang dikeluarkan nanti akan hanya memburukkan keadaan. Selanjutnya di sini.

p/s: Siapalah 'seseorang' itu agaknya ya?

Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) menyaksikan Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong (dua, kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sempena makan malam Tahun Baru Cina anjuran Pemuda MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.- Foto BERNAMA

10 comments:

  1. salam tuan,
    betul ker cerita maya tuh?
    bro boleh kupas isu new economic model yang najib nak bentangkan bulan depan? katanya banyak unsur IMF yang najib nak amalkan betul ker?
    apa kes beb minyak nak naik sampai 3.90 seliter Mei ini?
    tolong kupas kan tuan...
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Nanti kojap Paneh, jangan kamu cuba hendak mengaitkan dengan mana2individu terutama dengan Ketua Pemuda yg kami sanyangi. Jangan kamu menambah dosa yg taksepatutnya. Jangan jadi Sikitul yg merosakkan negeri Melaka. Walaupun rata2 kami tahu kau memang boncikan anak Rombau, kami harap jangan pula kau jadi pengikut syaitan atau Mahadajjal Tuo yg sanggup memakan daging darah saudara islam sendiri. Ekau ulaslah permintaan Putra Merdeka tentang Msia nak pinjam IMF. Setahu aku zaman DSAI isu IMF ni nampak benar botul2 majukan negara Thai, Korea dan Indonesia. IMF sihat ajo sepertimana2 Bank (Cumanya ini Bank Dunio). Yang bagusnya tentang IMF dapat menghapuskan Melayu UMNOPUTRA kronisma dan dapek menjadikan Melayu teguh dan kuat, pikir2 Panaeh,jangan pikir guna punggung lobang najis pueek.

    ReplyDelete
  3. Anon,

    cuba hurai Melayu mcm hang ni dapat ka kepentingan dari pinjaman IMF dah kalau melayu UMNO melingkup..
    Apa yg sayang sgt kat KJ tuh..syang dia ka sayang duit dia? sudah la, tak payah nk kata kaot org lain kronism ka nepotism ka, tgk diri sendiri dulu. jgn menghukum UMNO buat kronism puak hgpa(tak tau nk helaq puak apa) buat tolenrasi. pi mampuih...

    ReplyDelete
  4. bro paneh miang...tersusun cantik bait-bait kata lu bro..paneh paneh...hehehe...gua dok terfikir apa kaitannya dengan gambar di bawah dengan artikel lu pasal maya ni..lalalala...tersalah letak gambar kot..kenapa cuaca agak panas skrg ni ye bro paneh miang..miang sungguh...heheheh..syabas...

    ReplyDelete
  5. Anon 9:28,

    Paneh tak sebut nama seaiapa pun.
    Kenapa kau nak kaitkan ketua pemuda UMNO ?

    Jangan nak provok lah


    PEMUDA

    ReplyDelete
  6. Kok bocorai maya elok gak dapek den chance nak mengurat dio pulak.cantik gilo tu brother.kalau dapek memang sah paneh miang mau yo tak pakai baju siang malam.

    ReplyDelete
  7. Bagaimana kalau 'maya' itu emak atau adik kakak kamu - syiok agaknya dok 'peragakan'.

    Hal rumah tangga sesiapa jua elok jangan dikobarkan dalam media, masalah tu selesaikan kat luar.

    Masalah 'kak ros' kita lum lagi selesai kehkehkehkehkeh...

    ReplyDelete
  8. sudah la wei...maya bercerai ke tidak ke...apa lu orang nak sibuk2... kot dia bercerai sekalipon, takde dia nak nye muka KJ pondan tu, aku dah book siang2 dah... korang semua boleh jalan... pegi main jauh2la.

    MAYA AKU PUNYA...HUAHUAHUA

    ReplyDelete
  9. Papa Gomo & Saifol Bukhari difitnah......tak percaya! sila klik disini

    ReplyDelete
  10. Salam all,

    Den nak numpang golak sat bilo baco komen semuo org. Hehehe...

    ReplyDelete

Blog Archive