Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, February 13, 2010

Anwar & Foreign Press

1. Semasa Anwar CIFUT menjadi pemangku Perdana Menteri, dia telah memanggil Roger Mitton iaitu seorang wartawan Asiaweek untuk membuat liputan mengenai dirinya.

2. Sebelum kamceng dengan Anwar CIFUT, hakikatnya Roger Mitton tidak pernah menulis sebarang kebaikan mengenai Malaysia tetapi lebih banyak mengkritik dan mengutuk negara ini.

3. Namun Anwar CIFUT telah memberi ruang kepada Roger Mitton membuat liputan aktivitinya sepanjang hari bermula seawal jam 7am hingga 11pm dan perkara ini pernah membuatkan wartawan tempatan berkecil hati kerana ruang yang terlalu luas diberikan oleh seorang pemimpin negara kepada wartawan asing.

4. Laporan berkenaan Anwar CIFUT telah diterbitkan selepas itu dalam Asiaweek keluaran 20 Oktober 1995 dengan tajuk "POWER PLAY: When will Anwar succeed Mahathir?"

5. Dalam tulisan Roger Mitton, jelas beliau menyokong dan memuji Anwar CIFUT selaku pemangku Perdana Menteri, walhal hanya 2 bulan saja Anwar CIFUT memangku jawatan tersebut (bijak betul barat mempromosikan bonekanya).

6. Lynette Clemetson, wartawan dari majalah Newsweek Amerika turut memuji Anwar CIFUT.

7. Dalam laporannya yang bertajuk "Hardwork, Toil and Tears: Anwar on Asian Value and Western Conspiracies", Lynette Clemetson menulis kononnya Anwar CIFUT telah berjaya membawa perubahan politik kerana memperkenalkan dasar antikorupsi serta mengamalkan cara syura dalam membuat keputusan; berbeza dengan Dr. Mahathir yang dikatakan sering membuat keputusan sendiri. (Hek..eleh! American pun boleh puji cara-cara Islam konon. Piirrahhh!)

8. Perbicaraan kes liwat Anwar CIFUT sejak 1998, termasuklah hari ini, sering mendapat liputan meluas media asing. Pemimpin tempatan atau negara lain yang berhadapan kes mahkamah pun tak dapat full coverage daripada wartawan asing macam yang Anwar CIFUT dapat. Mengapalah agaknya ya?

8 comments:

  1. Ekau jgn dengki sudahlah Paneh Miang. Ini adalah anak melayu yg julungkali berjaya tambat hati dunia dengan ketrampilan yg menarik dgn gaya pentakbiran yg bercorak universal. Malah dunia amat kagum dgn DSAI. Dunia pun melihat satu2nya pemimpin dunia yg teraniaya yg terkurung dapat bangkit dan mejadi pemimpin agung Mmsia. Ketokohan DSAI melebihi pak kaduk mantan yg pernah memerintah msia satu ketika dulu hinggalah mantan PM puin takut tewas secara terbuka hingga terpaksa mereka cipta Raja Lawak musim pertama. Musim Raja Lawak kedua belum masuk hari ketiga, diolog epul menjadi tunggang langgang hingga menjadi bahan cemuhan masyarakat dunia yg terkini, Australia. Masakan sanggup Utusan Msia papar gambar mengusung katil tiap2 kali. Terkini, bekas peguam ICJ Param Cumarasany menyatakan DSAI tidak dilayan secara standard antarabangsa. Kembalilah ke[pada Quran dan al hadis. kembalilah rujuk undang2 syariaah jika ada. Kita tengok samada ada undang2 Qazaf. Rakyat pun masih tertanya tentang kes Kartika. Bersatu kita bersatu.

    ReplyDelete
  2. rendah betul standard ano kat atas...pengiktirafan daripada barat keparat dikatakan sebagai pencapaian? apatah lg barat yang disanjung tu pula yang paling berbakti dalam membunuh orang2 islam di palestin dan afghanistan dan iraq...wah...dah keliru tahap maksima nampaknya mereka ni...semua gara2 ta'asub CIFUT BABI...kasihan...orang di Afrika pun tak sanjung org Ustralia mahupun Barat,kita yang Islam di Malaysia pulak yg beria-ia...ini lah masalah kalau dah tak sayang negara...tak belajar agama...tapi gatal mulut nak bercerita tentang undang-undang jenayah Islam...kasihaaaaaan....

    ReplyDelete
  3. Ramai lagi yang percaya kat anwar ni, walaupunn dikencing dek anwar ni

    mok

    ReplyDelete
  4. adoiii anon 3:30.
    1 jer gua stuju ngan lu.bersatu kita bersatu.
    yang lagi 4/5 persembahan lu tu pun macam perserta raja lawak yang kena tendang keluar minggu pertama lagi.
    gua ckp lu jgn amik ati bro,tp mmg lu kurang upaya MENTAL politik lah..
    BERSATU KITA BERSATU..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Paneh,

    Foreign Press memang suka buat liputan mengenai progressive modern third world country seperti negara kita Malaysia.

    Mereka kurang minat dengan negara seperti Bangladesh, Myanmar, Combodia atau Laos contohnya. Lagi pun Malaysia adalah Negara Islam yang berjaya di rantau Asia Tenggara.

    Dan mereka akan sokong siapa yang memberi KEUNTUNGAN pada mereka. Dan siapa yang menyebelahi mereka. Mereka tidak suka pada pemimpin Melayu Islam yang berani menentang mereka. Mereka suka pada siapa yang tunduk dan kow tow pada dasar mereka.

    InsyaAllah, Allah swt akan terus melindungi Negara kita dari anasir anasir dalam dan luar negara yang cuba menjahanamkan negara dengan apa cara sekali pun.

    Semuga Allah swt melaknat siapa sahaja yang cuba mengkhianati Negara kita yang tercinta. Tanah air kita.

    ReplyDelete
  6. Tulisan Anon yang kat atas sekali tu (susah la orang takde nama ni) aku percaya 100% pada tahun 1999.

    Nampaknya 'Anon' tertinggal maklumat selama lebih 10 tahun! Kesian, yek!

    ReplyDelete
  7. Dari dulu kini DSAI memang hebat bukan kerana boronang kek Tobek Godang atau berakit mengelilingi dunia Bro.... cerita lipat belakang yang dilalui dari dulu hingga kini den raso banyak yang tak boto eh kerana nak menogakkan bonang basah,ghamai mengatokan ieyo ialah dari kalangan yang iman tipis mudah menfitnah dan menerima fitnah

    ReplyDelete

Blog Archive