Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, April 15, 2010

Bilo rakyat jadi biol & keliru...

Lambakan barangan di pasaran selalunya dilakukan untuk menjatuhkan harga satu-satu barangan. Tujuannya ialah untuk memonopoli dan pada masa yang sama mematikan pesaing-pesaing bagi sesuatu produk. Ia selalu dimainkan oleh kumpulan yang dinamakan 'cartel'. Secara ringkasnya, ia bermaksud jahat dan tiada maksud lain.

Kaedah ini sedang cuba diaplikasi oleh pihak pembangkang dalam pasaran politik. Betul atau tidak, benar atau fitnah bukan isunya. Apa yang penting bagi mereka ialah suasana keliru dan ragu di kalangan rakyat dapat dikekalkan. Kaedah ini amat berkesan untuk menjatuhkan lawan. Ia memang selalu digunakan oleh pemabuk kuasa seperti Hitler atau Yahudi.

Kini trend lambakan isu dalam pasaran sedang berleluasa. Lambakan isu ini pada mulanya akan dimuntahkan di dewan imuniti, iaitu di Dewan Rakyat. Rasionalnya mudah. Tiada siapa boleh saman kalau pengucapan dilakukan di dalam dewan rakyat. Sebut dan tuduhlah apa pun yang anda suka dalam dewan rakyat. Mahkamah tak boleh buat apa. Cara untuk sabitkan saman hanya dengan membuat cabaran supaya tuduhan tersebut diulang di luar dewan.

Selalunya mereka takkan ulang di luar dewan. Mereka hanya ingin melambakkan isu saja. Selepas isu dilambak dalam Dewan Rakyat, isu ini akan menjadi perbahasan rakyat. Betul atau tidak, tidak penting bagi mereka. Mereka hanya mahu isu-isu yang dilambakkan akan menjadi polimik dan perbincangan rakyat. Cukuplah. Bila dah jadi isu rakyat, siapa yang boleh saman si pengucap di Dewan Rakyat?

Tengoklah isu-isu yang dilambak di Dewan Rakyat. Isu Apco, isu Yahudi dalam PDRM, tanya PM dengan soalan yang memerangkap, "Bila kaum Cina dan India boleh menikmati taraf seperti mana bumiputera?"

Isu-isu ini semuanya penuh dengan maksud jahat yang tersirat, iaitu untuk mewujudkan kekeliruan dan polimik dalam masyarakat. Selepas jadi polimik rakyat, maka mereka pun lepas tangan. Tiada tanggungjawab langsung terhadap apa yang diucapkan.

Kalau setiap kali penggal dewan bersidang, dapat lambak dua tiga isu separuh masak pun sudah memadai untuk mengekalkan momentum kekeliruan dan keraguan dalam pemikiran rakyat.

Inilah trend dan budaya baru pembangkang sesi 2008-2013.

Mereka sudah lari dari fungsi ‘check & balance’ dan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab. Mereka hanya berfungsi sebagai pembangkang yang hanya tahu memikirkan bagaimana untuk merosakkan kredibiliti pemerintah yang ada. Hujah tidak lagi bersandarkan fakta yang benar dan berwibawa untuk memastikan kerajaan membuat sesuatu yang betul untuk rakyat.

Rakyat harus membetulkan keadaan ini, jika mereka mahu nasib mereka diperjuangkan oleh pemerintah dan pada masa yang sama dipantau secara dekat oleh pembangkang.

Rakyat harus mengeluarkan diri dan pemikiran mereka dari keadaan yang terlalu mudah dimanipulasi dan diperkotak-katikkan oleh pembangkang. Bila pembangkang, terutama bapa propaganda no 1, Anwar Ibrahim melambakkan isu untuk dilelong, rakyat tanpa berfikir panjang terus membeli.

Tidak dapat dihitung lagi berapa banyak rakyat telah terbeli barangan tiruan atau palsu hasil lelongan Jurulelong tak bertauliah, Anwar Ibrahim.

Berapa banyak belian hasil lelongan Anwar ini dibawa balik, dipakai dan ada yang dimakan oleh anak dan ahli keluarga? Berapa ramai ahli keluarga si pembeli bodoh ini sudah termakan makanan beracun dan barangan palsu yang tidak halal yang dijaja oleh Anwar?

Terbayang senyum ‘tongging’ Anwar bila dia tengok rakyat berebut-rebut membeli barangan palsunya setiap kali dia melambakkannya di pasaran.

Sumber: Kepal Nasi Kepal Beras

5 comments:

  1. APCO+UMNO=APNO=MELAYU BARUA=MELAYU BIOL

    ReplyDelete
  2. Yang MP2 PKR yg keluar PKR tu apo kurang eh...bukan nak bahas mslh rakyat tapi buat cerita2 tak masuk akal...lps tu sonyap!!! itu cerito basi lah...sajo nak gempak yo...

    yg menjadi persoalan ialah, kenapo MP2 PKR ni keluar PKR sblm sidang dewan rakyat bermula???? kenapa mrk tak keluar lagi slps sidang tamat???
    ini satu kemusykilan yg luar biaso!!

    sobab eh...najib snggup beli katak puru ni semato2 nak bikin gempak pasal isu 16 Sept dan isu Tuya...itu jer isu yg MP katak puru ni kata isu besar yg menggegar malaya...tapi apo bendo eh isu ni...tak menggegar pun?

    namun najib rugi besar melabur pd katak puru ni tapi tak jalan jugak..PKR masih utuh dan kuat jugak tak hancur pun!!! rugi lah najib, tak berbaloi boli katak puru...ingat dgn isu molotup cam tu rakyat pun marah PKR..tapi tak ado apa2 pun...kelakar lagi adalah....!!! rugi sidang dewan bersidang hanya nak cerita kisah basi...dan rakyat juga tertipu dgn katak2 puru ni....ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  3. Hubin jangan tak hubin Paneh Miang oooi. Islah ke teori Kartel la pulakkk, haa haa haa. Jangan ekau jadi Pujangga Bahasa tingkatan 6 Pak Sedaro sudahlah!

    ReplyDelete
  4. hompuk yg ko cerito tu bekas mp pkr. produk pkr mmg mcm tu sumo hampeh. mp bn tak main kotor mcm pkr. hahaha.

    ReplyDelete
  5. Punah! Harakahdaily hentam Zaid Ibrahim! baca sini:

    http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/harakahdaily-hentam-zaid-ibrahim-calon.html

    ReplyDelete

Blog Archive