Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, April 8, 2010

IFC menjadi Realiti!

Pagi semalam 7 April 2010 jam 1230, makhluk yang namanya Koh Tsu Koon mengumumkan penubuhan atau pewujudan Inter-Faith Commission. Penyelaras IFC ialah Dato' Illani Ishak. Manusia paling awal memberi maklumbalas ialah Reverend Thomas Philips. Malam tadi semua siaran berita memaklumkan kejayaan KTK ini. Ini ialah kejayaan Gerakan dalam Gerakan Menafikan Perkara 3, Perkara 4, Perkara 10 dan Perkara 11 dalam Perlembagaan. Juga Gerakan Cubaan menafikan Kuasa-kuasa Raja Melayu dan Institusi Pemerintahan Beraja Kerajaan Melayu. Juga Gerakan memusat kekuatan IFC untuk melenyapkan Perkara 153 secara terancang, mungkin!

Pak Sedaro tak peduli pusing apa pun ikhtiar KTK selepas ini. Yang menjadi dagangan hari ini, ialah WIBAWA Perkara 160, iaitu tafsiran Melayu. Inter-Faith Commission ini kemungkinan besar tidak ada penyertaan daripada JAKIM, tapi akan ada faham "Muslim Liberal" yang mengatakan selagi sedikit tidak memabukkan, hanya ambil rasa, TIDAK HARAM. Ada keupayaan, Kapal Kemerdekaan 53 tahun akan KARAM. Ada tendensi, BN akan MUSNAH dijilat api kemarahan Rakyat Raja yang faham makna secara "insani adabi" tentang Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair Melayu ini.

Perkara 3, Ugama bagi Persekutuan. 3(1), Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

3(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri iru, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui olehMajlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

3(3) Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam dalam Negeri itu.

3(4) Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurang kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

3(5) Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklahmenjadi Ketua ugama Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Ptrajaya; dan bagi maksud ini Parlimenboleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Aging mengenai perkara-perkara berhuung dengan ugama Islam.

Perkara 11. Kebebasan ugama

11(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.

11(3) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak-
(a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri;
(b) menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairat; dan
(c) memperolehi dan mempunyai serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang

Nampaknya, penubuhan IFC telah "mereban" Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks apa, ditaja IFC ini? Apakah cita-cita dan wawasan IFC? IFC bukan perjuangan wasilah inter-agama, IFC sudah memberi BAU perjuangan korupsi faham Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan kepada usaha dakyah orientalis, liberalis, pluralis, cauvanis, oportunis, fasis, anamism, komunis, sosialis, free-thinkers yang kini bergentayangan dan berpeleseran dalam alam Bumi Melayu Islam di Malaysia.

Apakah Koh Tsu Koon tidak dinasihat oleh Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman tentang kedudukan Perlembagaan Persekutuan? Terang dan jelas, hukumnya dalam Perlembagaan, bahawa IFC tidak boleh wujud di Malaysia, kerana 11(3)(a) memberi definisi jelas, mengurus hal-ehwal ugamanya SENDIRI. Bukan secara Pakatan "Smart-PArtnership" IFC berperanan seperti Religion Commission Dialogue!

Nampaknya Majlis Raja-Raja Melayu amat wajar mengambil tindakan proaktif dan mengguna prerogatif Raja-Raja Melayu sebagai termaktub dalam Perlembagaan untuk membatalkan apa-apa jua Inisiatif Berunsur Inter-Faith bermula daripada semalam hinggalah tiupan Sangkakala Pertama.

Implikasi penubuhan IFC ialah:

1. Rakyat Raja mula mengikis perasaan tentang sejarah keagungan bangsanya, keperluan Agama Islam, kehendak berada dalam kerukunan bahawa Kepercayaan kepada Tuhan...tidak Mustahak.

2. Maka, bak cendawanlah gerakan Liberalis Agama Islam, seperti SIS, kelompok Melayu Freemason yang bercambah biak, kelompok Melayu Yahudi, Melayu Free-Thinker, Melayu Majusi, Melayu Nasrani, Melayu Animisme, yang akhirnya Malaysia ini menjadi KORBAN IFC.

3. Maka, BN atau PAS atau siapa sahaja yang namanya Melayu, akan hanya menjadi BARUA dan PARIA kepada kelompok-kelompok Ahli Neraka. Perlembagaan Persekutuan menjadi bahan lelucon dan insurans nyawa yang sudah tiada makna. Malaysia dilanda Amargendon atau Avatar, dalam skrip-skrip Universal Studio.

Pak Sedaro fikir Koh Tsu Koon kena dirujuk kepada Parlimen dan Perdana Menteri. Hari ini, PM di Vietnam, TPM di France...Siapa PM di Malaysia? Koh Tsu Koon ke? Rais Yatim ke? Hishammudin ke? Atau ketiadaan PM dan TPM kali ini, maka, DYMM Yang di-Pertuan Agong mencemar duli memantau perjalanan juak-juak dan memanda Menteri-menteri?

Ingat sikit IFC member, P.153 menyata dengan jelas soal kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain. Jangan menjemput Angin Semboyan Gunung Jerai, Angin Nafiri Gunung Stong, Angin Merah Gunung Ledang, Angin Setiawan Gunung Angsi. Kumpulan Fisabilillah ini, turun tidak berlabel, tidak bertanda dan tidak dijemput. Mereka ini Tetamu Allah, Tuhan Maha Esa lagi Maha Agong.

Moga Allah berikan peluang berfikir 1001 kali kepada IFC untuk meneruskan cita-cita kufur mereka.

1 comment:

  1. Tahniah Pak Sedaro@ cicit Kamat, gerakan kita telah berjaya, Bersatu kita Bersatu

    ReplyDelete

Blog Archive