Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, April 4, 2010

Empayar Usahawan Rakyat Raja

Sesuai dengan urusan menjengah MEB, Pak Sedaro nak kongsi kemungkinan sebuah Empayar Usahawan Rakyat Raja boleh disemarak jaya dengan hemah dan bil-hikmah. Sampel yang boleh dimajukan ialah I'DA World Group Sdn. Bhd.

Siapa pun mereka, yang penting kumpulan ini dimiliki oleh anak Melayu secara Total, tanpa kepentingan partisan kepada mana-mana parti siasah. Siasatan yang Pak Sedaro lakukan, menggambar I'DA World sedang merangkak maju menuju wawasan sebagai sebuah konglomerat Melayu bertaraf dunia, berorientasi antarabangsa untuk kepentingan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair Malaysia.

Apo yang mereka buat? Mereka melabur sebanyak USD 1 Trillion dalam tiga buah projek INISIATIF SUPER MEGA dalam kelasnya. Apokah yang menjiwa semangat usaha bistari mereka?

1. Menjelas kepada ummah bahawa insan Melayu yang 449 tahun lalu telah musnah, sedang menyemarak zuk Melayu kembali, dalam gelanggang dan kamar keusahawanan tulen.

2. Memberi petunjuk bahawa pemilik khazanah bumi Allah ialah Muslim. Pemegang kunci kekayaan dunia ialah umat Muhammad yang mengakui keesaan Allah sebagai pencipta dan mengakui Nabi Muhammad Rasullulah.

3. Memberi pedoman bahawa bangsa Yahudi tidak memberi makna kepada sektoral dunia, kerana kiblat perusahaan akan beralih daripada Barat ke Timur. John Naisbitt dalam bukunya menulis pergerakan dan aliran perubahan ini, begitu juga Kenichi Ohmae dan Samuel P. Huttington.

4. Kerajaan Melayu Islam Melaka mencatat Sejarah Tamadun Bisnes paling hebat yang melampaui kehebatan sejarah Romawi dan Parsi pada 1407 hingga 1511. Maka, rujukan 5G yang dirungkai oleh Portugis dalam banyak tulisan purba akan kembali menjadi wasilah kewujudan empayar Usahawan Rakyat Raja.

Bagaimano semuanya mungkin berlaku? Apakah empayar usahawan Rakyat Raja boleh dizahirkan daripada Selimut Bersalut Kulit Babi "maknanya" Orang yang tidak bangun Solat Subuh? Atau empayar usahawan yang dicipta oleh manusia menafikan "Marilah Menuju Kejayaan" dalam rutin harian pada sebilang waktu?

Apakah mercu pimpinan Empayar Usahawan Rakyat Raja? Melihat kepada aspek-aspek khas, Pak Sedaro fikir ada baiknya, kita menjabar dan membuana fikrah dalam konteks yang lebih melangit...

1. Tibalah masanya, umat Melayu berhijrah daripada alam runcit sendiri-sendiri kepada alam runcit berpakat dan bersama. Umat Melayu kena mewujud rangkaian atau regim cartel dalam setiap sektor dan subsektor masing-masing.

2. Tibalah maso, umat Melayu bertetuang dengan bistari. Konsortium-konsortium besar mesti dibina jayakan. Jadikan I'DA World Group Sdn. Bhd. sebagai sampel yang diteladani. Bina capaian minda yang menerombos melebihi 3% kecergasan mental untuk berfikir dan bertindak. Sebagai pemula, jika kalian ke Dubai hari ini, kalian sebenarnya melihat bumi Tanah Melayu. Kerana kesan artifak dan bahan mentah di datangkan daripada bumi ini. Tinjau KLCC, KLIA, Putrajaya, maka demikianlah halnya Dubai yang dulunya, tandus dan gersang, hanya dipenuhi oleh tahi unta.

3. Tibolah maso, umat Melayu tanpa sarungan baju, topi, kasut dan perisai politik BERSATU untuk BERGERAK TANGKAS, CERGAS DAN CERDAS. Wujudkan makmal dan "clinical team" yang menjaya projek Super Mega Structure bernilai 15 digit USD atau EURO.

4. Tibolah maso, umat Melayu mewujudkan pasukan Research, Development and Implementation Council yang sifatnya begitu tuntas dalam mencerna pelbagai ilmu khasnya ilmu-ilmu sains termaju dan menerus penjelajahan ilmu Islam purba kesan daripada Perang Salib Pertama, Perang Salib Kedua dan Perang Salib Ketiga.

5. Tibolah maso, umat Melayu mewujudkan koloni jaringan Usahawan Islam secara tekal dan ampuh. Makanya, umat Melayu melalui bidang akademia, menaja semua fakulti pembangunan sosial di Universiti dan Pusat Ilmu Dunia di 156 buah negara bangsa, dengan Kerusi Tamadun Melayu dengan biaya USD 100 juta setahun.

6. Tibolah maso, Kerajaan Melayu pimpinan Barisan Nasional mendengar dengan TELINGA yang tidak POKAK, melihat dengan MATA yang tidak berkatarak, mengulas dengan TEKAK DAN LISAN yang lancar, kepada ummah khasnya Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Sabah, bahawa Kerajaan Melayu Barisan Nasional akan membina sebuah Menara Bangsa di setiap Negeri sebagai simbol dan lambang kekuatan Dunia Melayu Dunia Islam. Menara Bangsa yang dibina merupakan institusi ILMU yang berasaskan 14 kekuatan utama rumpun Bangsa Melayu. Relatifnya, ini akan menjadi TARIKAN PELANCONGAN DAN BUDAYA ILMU TERSOHOR KEPADA warga dunia dan para intelektual antarabangsa.

7. Akhirnya, sudah maso ehh...Empayar Usahawan Rakyat Raja yang wujud 10 tahun dari hari tinta ini dikarya memberi haluan perubahan radikal kepada 16.78 umat Melayu, yang mana 0.05% sahaja Mewah Kaya Raya Berada, manakala 99.5% daripadanya masih Papa Kedana...beranjak ke tahap 99.5% Pengeluar Zakat Kaya Raya Mewah Bertawassul Tinggi kepada Khaliqnya, manakala 0.05% ialah penerima zakat yang dikelas sebagai warga Marhaen Kelas Pertama.

I'DA World Group Sdn. Bhd. sedang memberi petunjuk dan pencetus kepada pelbagai kemungkinan. Pelaburan bernilai USD 1 trillion merupakan hadiah kepada ummah khasnya Rakyat Raja. Selamat Maju Jaya, moga Allah rahmati kerja buat kalian. Amin.....

3 comments:

  1. Wah terorlah bro, satu trillion ringgit, wahhhhh, wang mana mari? Dari ketiak monyetkah. Dalam sejarah melayu hingga hari ini mengapa glc atau enterpris melayu selalu rugi wang mengapa? Sebab terlalu bodohlah, itu pasai gua dengar ini dongeng, saya ketawa, mengapa? Satu lagi dongeng hangat hangat tahi ayam? Melayu mana bolih percaya, dapat wang beli mercedes dulu, rumah besar kemudian, cerai bini lama kahwin baru, beli jam mahal, kasut kulit babi, suit armani dll. Lepas 6 bulan satu tahun sudah bangkrup. Ini 1trillion ringgit punya company jual apa? Buat produk apa, Ikan kering, sistem computer baru, enjin kereta baru yg pakai air bukan minyak? Siapa mahu beli lu punya produk? Jepun, Amerika, Europa? adoi janganlah berangan angan tahi ayam, Jangan buka itu boloh punya mulut, orang nanti tak panggil boloh. Balik kampung, tanam jagung, itu dia kehandalan anda sebagai pendekar jaguh kampung. Lagi satu sotong basi buka mulut. Porrrrrrrrrah.Mau tipu siapa dengan certa gurmah ini.

    ReplyDelete
  2. wahh. anon 12:22 memang tipikal respond ala2 melayu skang ni. bukan setakat tengok melayu lain kaya, tapi tahap sampai pantang tengok melayu lain ada cita2 berjaya. syabas bro! orang lain bukak mulut jadi bodoh, ekau bukak mulut jadik genius? kah kah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. menyaksikan sendiri kerendahan hati dan budi barisan hadapan I'da World Group.. Insyaallah.. Tanah tumpah darahku bakal maju. - 'ofis orang kampung'

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive