Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, April 11, 2010

Kelab Ahli UMNO Bacul

1. Ada 2 perkara yang berlaku 2-3 hari ini yang menarik minat kami. Sebelum kami jelaskan, eloklah kita baca dulu kata-kata Najib di bawah ini;

"Pencapaian Umno lebih enam dekad penubuhannya bukanlah kejayaan kecil atau enteng. Ia tidak terhenti setakat memperoleh kemerdekaan, malah telah berjaya mengisi kemerdekaan dengan prestasi rekod yang sangat cemerlang. Oleh itu, ahli-ahli Umno tidak harus apologetik dalam berhadapan dengan retorik dan tohmahan parti-parti pembangkang." - Mohd Najib Tun Razak, 24 Mac 2009.

2. Kami di Paneh Miang ingin mengucapkan TAHNIAHLAH kepada Noh Omar atas kejayaan beliau menempatkan diri menyertai KAUB (Kelab Ahli Umno Bacul). Eloklah Hishamuddin yang 'berani' menyarung semula keris, serta suka menggoyangkan kaki sambil memberi amaran tu, diangkat menjadi Presiden KAUB dengan disertai Noh Omar sebagai Timbalan Presiden KAUB. Jangan lupa ajak sekali Nazri, Zahid Hamidi dan KJ untuk bersama menyertai KAUB!

3. Perkara kedua yang ingin disentuh adalah berkenaan perletakan ahli MIC sebagai calon BN di PRK Hulu Selangor. Kami berpandangan bahawa Umno perlu menuntut timbal balas (win-win situation) dalam meneruskan amalan perkongsian kuasa dikalangan parti komponen BN.

4. Kami tidak pasti apakah strategi BN dalam meletakkan ahli MIC sebagai calon PRK Hulu Selangor. Namun, Umno sebagai parti tunjang dalam Barisan Nasional, sepatutnya mendesak Samy Vellu berundur daripada jawatan presiden sekiranya beliau berkeras mahukan ahli MIC diletakkan sebagai calon di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Sementelah umum maklum bahawa kaum India di negara ini terang-terangan telah menolak MIC selagi Samy Vellu kekal di kerusi presiden.

5. Sudah terlalu lama Umno bertolak ansur dengan MIC atas nama kesepakatan dalam BN walaupun hakikatnya tiada satu pun kawasan majoriti kaum India di negara ini.

6. Bukan saja Umno yang harus berubah, tetapi parti komponen juga perlu melakukan perubahan besar-besaran dalam parti masing-masing. Jangan hanya tahu meminta-minta hak orang lain sedangkan bukan bumiputra sendiri masih lagi berkira untuk berkongsi hak mereka bersama kaum pribumi.

7. Berkompromi pun ada batasnya...

9 comments:

  1. Nice fill someone in on and this post helped me alot in my college assignement. Thank you as your information.

    ReplyDelete
  2. memang Kaub.cuba kalau mereka ckp pasal bangsa kita dan kita suruh minta maaf,ada depa kisah?ini suma syg kat jawatan le..pelik gak,org melayu ni sikit2 minta maaf.org pijak kepala kita,kita jugak minta maaf,org sepak kita kiri kanan,kita jugak yg perlu minta maaf sedangkan depa bukan hormati sifat kita yg lembik camtu.lagi naik kepala ada lah.bila pak menteri ni ckp bkan main berdegar2 tp pengecut rupanya.memang mereka patut masuk ahli KAUB.

    ReplyDelete
  3. Good post and this mail helped me alot in my college assignement. Thank you seeking your information.

    ReplyDelete
  4. Genial fill someone in on and this mail helped me alot in my college assignement. Thank you for your information.

    ReplyDelete
  5. Memohon ma'af tu bagus dan sangat-sangat di tuntut dalam Islam tetapi jika melibatkan maruah dan prinsip perjuangan maka di tuntut pula kita mempertahankan sehingga ke akhir hayat . Tok Bahaman , Tok Janggut , Mat Kilau dan pejuang-pejuang melayu tidak pernah meminta ma'af pada penjajah kerana mempertahankan agama , bangsa dan tanah air . Kata pepatah lama ' orang yang pengecut akan mengalami seribu kematian.' . Almarhum Tengku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn yang meninggal pun tidak pernah meminta ma'af kerana tidak menganggotai UMNO baru !

    ReplyDelete
  6. hii lain macam paneh ari

    ReplyDelete
  7. Salam sedaro den Paneh Miang,

    UMNO bepogang togoh pado slogan DULU, KINI dan SELAMAnya. Itu pasal la Hulu Selangor bagi kek MIC. DULU bagi kek MIC, KINI bagi kek MIC. OLeh sobab itulah SELAMANYA lah Hulu Selangor dibagi kek MIC. Dah jadi milik kekal dah. Bukan hak milik bebas lagi.

    Betuah la MIC. Ado namo takdo ahli pun dapek kusi.

    ReplyDelete
  8. UMNO+APCO = UMPCO = PENGKHIANAT NEGARO. POGI JAHANAM SEMUA LAGI BAGUS.

    ReplyDelete

Blog Archive