Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, April 7, 2010

PKR DILEMMA [1]

Perkenalan Pak Sedaro dengan Master-mind caucas PKR ialah pada tahun 1981. Beberapa pertemuan berunsur "perjumpaan atau rehlah keluarga diadakan setiap bulan di istana impian Anwar Ibrahim ini". Banyaklah kisah dan cerita yang dikongsi bersama, baik yang benar, palsu, direka cipta dan direka kaya untuk membolehkan masyarakat percaya, taksub dan yakin dengan Anwar Ibrahim. Sehinggalah misi Menolak Pelawaan PAS menjadi ahli dan pejuang totok telah ditolak mentah-mentah, dan menerima jemputan UMNO yang ditawar khusus oleh TDM kepada Anwar Ibrahim.

The Eldest dalam pakatan semasa tersebut, amat bersetuju dengan kemasukan Anwar Ibrahim dengan beberapa pendekatan yang boleh memberi impak kepada kesatuan dan kesentosaan rumpun Bangsa Melayu. Sekitar 1982 hingga 1985, peranan Anwar Ibrahim ialah menyemai semangat kePersekutuan "Federalisme" di kalangan kenalan, kawan, rakan, sahabat dan lawan, iaitu semasa Anwar diangkat sebagai Menteri Pelancongan, Belia dan Sukan.

Dalam diam, Anwar Ibrahim telah pasang keinginan yang tinggi untuk mendominasi BN melalui UMNO. Selepas secara halus dia disarung jersi Menteri Pendidikan Malaysia, dia memperkenal model 3M, walhal yang sebenarnya dicetus oleh Jemaah Pemikir Kementerian Pelajaran sendiri, yang mana salah seorang ilmuan yang terlibat ialah Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Prof. Al-Attas bersama Prof. Di Raja Ungku Aziz dan Prof. Dr. Syed Hussin Al-Attas [kekanda Prof. Naquib] ketika itu merupakan The Eldest yang menjadi Pakar Rujuk oleh TDM dan Anwar Ibrahim.

Namun, ilham dan kasaf sebagai Perdana Menteri yang Allah kurniakan kepada TDM, telah membolehkan beliau untuk tidak bersetuju menempatkan Anwar sebagai Menteri Pertahanan mahu pun Menteri Dalam Negeri. Inilah dua jawatan SENIOR yang tidak pernah dinikmati oleh Anwar. Alhamdulillah, kalau tidak "DAH LAMA MELINGKUP KITA!".

Oleh kerana ghairah dan gelojohnya, Anwar sanggup menjadi Raja Mendaliar dengan membina Team Wawasan dalam UMNO. Akhirnya dia pulun hingga tak boleh angkat dagu Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Anwar sudah mencapai tahap 2nd in command dalam pentadbiran Negara. Jawatan Timbalan Perdana Menteri diidam Anwar pada usia 45 tahun. Di samping itu, dia diberi mandat beberapa ketika sebagai Menteri Kewangan. Pada masa inilah, Anwar mengeluarkan kuku helang, dan taring dracula yang menjilat dan meludah Maruah Bangsa Melayu.

Abrar International berdaftar di US dipanggil pulang, dan menubuhkan syarikat dengan berdaftar di Kota Bahru. Ada 19 buah syarikat kroni dan proxy Anwar Ibrahim yang tumbuh bak cendewan selepas hujan. Dalam kegawatan pada 1989, maka terbitlah Institut Kajian Dasar berpangkalan di Bangsar. Inilah "think-tank" UMNO yang dimanipulasi dan dieksploitasi dengan halus oleh Anwar Ibrahim bersama orang kanannya Kamaruddin Jaafar untuk dijadikan kambing hitam. Akibatnya, apabila Anwar diterajang, maka langsung IKD menjadi PKR secara automatis.

Anwar Ibrahim sebenarnya telah menjarah kerusi Perdana Menteri sejak dia mula diterima dalam UMNO. Muka baik dengan senyuman meleret, namun nafsu rakusnya telah digambar oleh Zahrain MP Bayan Baru sebagai manusia bernafsu raksasa dan berjiwa iblis. Tahun 1997 tidak dapat disangkal, 150 afidavit yang membolehkan Malaysia terjual kepada kumpulan Al-Gore dan APCO yang disewa beli oleh Anwar pada 1995, semasa mengasah parang sebagai Menteri Kewangan. Justeru, Anwar lah manusia yang hakikat sebenarnya telah membawa masuk peralatan dan logistik CIA dan MOSSAD ke Bumi Tanah Melayu hari ini. Inilah yang TDM marah benar dengan Anwar, kerana bernafsu dengan jawatan Perdana Menteri, Anwar sanggup gadai body dan insurans tanahair ini.

Rancangan gerakan Anti Mahathir sudah dimulakan pada 10 Januari 1996, dan ia bermula daripada kumpulan penjawat awam JUSA C ke atas yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim ini pandai auta, dia boleh berkhutbah di mimbar masjid dan berikan lintasan ayat-ayat Quran sebagai bahan penyamaran dan sandiwara untuk MENANG Politik Melayu yang belum matang dan masak.

Tragedi 1997 menyaksikan Anwar diterajang keluar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan semua jawatan politik serta kerajaan dan segala yang berkaitan dengan nama, jasad dan jiwa Anwar Ibrahim, telah dilucutkan tanpa kompromi. Kesannya, 30 minit selepas peristiwa tersebut, maka 10 ribu manusia "SIMPATI ANWAR" sanggup berkumpul dan bergentayangan di jalanan. Manusia yang banyak mengetahui episod dan epilog Anwar Ibrahim dan TDM ialah MP Pasir Mas, Ibrahim Ali.

Secara tidak sedar dan dalam awasan, Anwar Ibrahim telah 13 tahun disogok oleh kumpulan Yahudi yang hari ini memberikan dia peluang di pelbagai platform antarabangsa. APCO yang heboh digempar dalam Parlimen itu, realitinya 2/3 daripada mereka adalah RAKAN RAPAT Anwar.

Gamaknya kapal karam PKR ini akan bersambung .... kalau dah terlalu panjang ANTI-KLIMAKS pulak...baru terasa nak....dah londeh.

5 comments:

  1. Practically the whole country is trying to nail him down. But he is a licik man. You should know his guru. Israel. The whole world can't pin down Isreel fot its atrocities.

    He is using reverse psychological warfare. BN says that he is zionist. Behind the scene BN is working with the bogeyman. Now APCO seems to loom larger and everywhere.

    He is a desperate man willing to spill out the beans and turn coat of his comrade-in arms and connections. His zionist comrades have labelled him as cameleon meaning that he is of no use to them anymore. Mossad will be after him and that would be his grand finale.

    In the meantime he keeps BN busy with the shadowy APCO and the former to loose some votes at Hulu Selangor.

    ReplyDelete
  2. Apo yg ekau meraban ni pak sedar lah. Kalau dah UMNO lantik APCO, ngaku ajelah ngok.

    ReplyDelete
  3. aku cucu mamak kuttyApril 7, 2010 at 4:20 PM

    pak sedaro ni bloger upahan yg otaknya makin sewel....mcm org yg dah gila isim....lagi banyak ilmu2 marapu dan mereka lagi bertambah2 sewelnya pak sedaro ni....ye mcm rais yatim juga,bila nak ckp2 satu2 benda tu....dia melalut2 dulu....lepas tu hujung2nya vbaru le dia sampaikan maksud nya....kiah kah kah...mcm pak sedaro ni kononnya org yg ilmu nya melaut dan melangit...org lain kononnya tak setaraf dgn ilmu dia.....kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Saya minta maaf. Saya selalu perhatikan komentar cucu mamak kutty banyak muncul dalam tulisan yang ditulis oleh Cicit Kamat. Saya tak peduli pun siapa Cicit Kamat ini.

    Bila mana, saya menganalisa karya Cicit Kamat, banyak fakta yang tepat dan benar. Saya pujilah Cicit Kamat ini, kerana seorang penulis kaya jargon dan menguasai bahasa Melayu Latin dengan baik.

    Saya agak kasihan melihat kalangan komentar yang tandus idea untuk mengkritik. Cucu Mamak Kutty, misalnya sering menggunakan bahasa pasar berulangan yang akhirnya MENJELASKAN IDENTITINYA yang lemah, dayus dan sifar pengetahuan.

    Saya tidak mengatakan Cicit Kamat ini "hebat" tulisannya, tapi apa yang dihidang kepada minda pembaca ialah sebuah Nilai Isi Hujah yang objektif, tepat dan berkesan, dengan genre penulisan Cicit Kamat yang begitu dalam perbahasaan Melayu, apa yang saya kelaskan dalam Darjah Kelima Bahasa Melayu Latin.

    Mungkin juga, kefahaman ilmu mantiknya yang melangkaui zaman dan petak fikir pembaca laman Paneh Miang ini.

    Syabas CiCit Kamat atau Pak Sedaro, Teruskan menulis dengan Bahan-bahan Hujahan yang Mendalam dan Jitu sifatnya.

    Saya teringat pesan orang tua-tua di kampung di Pengkalan Hulu, "nak kenal manusia, kenal daripada bahasa, nak kenal akal, kenal daripada makna ilmu, nak kenal insan berakal, kenal daripada ilmu, budi dan bakti"....

    Teruskan Paneh Miang. Anda berada dalam Kelas Ilmu Tersendiri.

    ReplyDelete
  5. Aku ingat cicit komut ni mmg bingai atau sewel, adakah pulak ditulisnya anonymous tapi gaya bahasa cicit komut. Hai ado juga manusia mcm ni.

    ReplyDelete

Blog Archive