Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, April 3, 2010

Darjah Fikiran Juru Komen dan Juru Ulas

Pak Sedaro amat tertarik dengan olahan dan bahasa miskin dan kufur nikmat oleh Penulis projok cetakan PKR+PAS+DAP+PRM dan juga tulisan Kelas Tinggi oleh Pemikir Jalanan yang penuh dengan kurap dan kudis.

Pak Sedaro juga berterima kasih kerana dalam tempelan yang dianjurkan oleh Komentar Miskin Pembangkang, masih ramai Ahli Ilmu Hujah, Ahli Fikir Rakyat Raja yang bistari dan punya faham kupasan yang mapan dan tuntas. Maka, banyak jua lah, perkongsian dan jalinan rangkaian ilmu yang berjaya diikat rapikan. Tahniah kalian.

Pak Sedaro melihat darjah fikiran juru komen dan juru ulas, pembaco yang kononnya Pejuang Bangso khasnya daripada pasukan PKR+PAS+DAP+PRM amat daif dan merempat. Tiada langsung nilai ilmu yang bistari, sesuai dengan tuntutan "ILMU".

Kalian lebih gemar berbicara dan beretorika dalam isme-isme politik kampung dan kandang "shit" kalian. Jauh daripada berfikir secara kritikal dan analatikal, bagaimana untuk BERSATU MEMBINA TAMADUN NEGARA BANGSA. Acapkali kalian meneropong isu untuk disensasi dan didebat secara "keterbalikan" yang akhir memerangkap fikrah kalian, yang LOMPONG, LEWEH, BEWEH, SEWEL. Hatta, kalian komentar "memberi" tamparan langsung kepada CiFuT BABI dengan jelas, bahawa sesungguhnya Anwar Ibrahim ini PESALAH dan BERSALAH, yang hari ini dibuktikan di Parlimen. Hari ini, Anwar Ibrahim terpaksa mengemis ehsan Yahudi untuk menidakkan kesalahan, kesilapan dan khilaf yang dilakukan oleh dia sendiri 15 tahun lalu.

Oleh kerana Juru komen, juru ulas dan juru cakap pasukan PKR+PAS+DAP+PRM begitu cetek keilmuan dalam bidang penulisan separa ilmiah mahu pun ilmiah, maka, pilihan kalian lebih bercorak "serangan isu secara sembrono dan hemtam kromo"....Sedarkah kalian, bahawa akal dan jiwa fikir kalianlah yang MEROSAK lajnah Bangsa Melayu. Kalian telah diindoktinasi ala-Fasis dan Nazi, yang diselindung oleh muka berkerut dan simpati PKR.

Kalian daripada UMNO+MCA+MIC+PPP juga tidak bijak BERHUJAH, khasnya dalam memperdebat perihal ehwal ekonomi dan perkembangan sosio budaya politik, tanahair. Ramai yang masuk, tidak beri komentar BIJAKSANA dan BIJAKSINI. Seraya demikianlah, puak-puak angkatan Retorika Politik PKR+PAS+DAP+PRM begitu seronok memberi cerita-cerita karut-marut yang berasaskan kitab-kitab terbitan 1997.

Semasa Mogok dan Perarakan Besar di Baling yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim, isme-isme Komunis mula ditanam. Ini semua berlaku selepas 1969. Sejak 13 Mei 1969 hingga 31 Mei 1999, terdapat lebih 250 perarakan kecil dan besar yang dijayakan oleh kumpulan Min-Yuen [dalang] yang bertopeng keturunan masing-masing.

Namun, hari ini...umat Melayu khasnya Rakyat Raja, semakin seronok dibuai gelombang mimpi indah dan fatamorgana, baik kalangan BN mahu pun Pemisah BN [PKR+PAS+DAP]. Rakyat secara umumnya, baru 35% menikmati nilai Merdeka, kerana beroleh peluang ke Universiti. Saban tahun 600 ribu akan bergraduat, namun Nilai dan Darjah Fikrah Analitikal dan Kritikal begitu daif.

Apakah parti siasah, hari ini melorong kekuatan rakyat yang "Ikut saja" atau Yes-Sir dalam parti? Atau mengizinkan kalangan profesional dan cerdik pandai menjadi bahan jajaan dan picisan api oleh Pembangkang?

3 April 2020, merupakan satu tarikh yang pasti datang. Namun tidak pasti lagi untuk SIAPA dan diwarisi kepada SIAPA? Apakah negara ini akan MERDEKA dalam GELAP atau MERDEKA TERANG-BENDERANG? Apakah negara ini merdeka dengan air mata dan keringat Bendera Merah Putih dan Biru secara kolektif atau sebagai BONEKA yang dituil oleh Yahudi Laknattullah?

Sedarlah pasukan komentar yang daif fikir, bahawa kalian sering tersasar dan tidak memenuhi NILAI ilmu dalam berhujah...Apakah orang seperti ANDA diperlukan pada 3 April 2020?

Waima sejauh mana pun perjuangan Rakyat Raja...hanya beberapa de-facto sahaja penentu KETERBILANGAN BANGSA 2020:

1. Nilai pemilikan aset dan ekuiti sebenar Rakyat Raja pada tahun 2020? Jika melepasi 50% secara keseluruhan dalam semua industri perusahaan dan keusahawanan, maka Malaysia ialah Tanah Melayu.

2. Nilai perpaduan dan perkongsian bistari di kalangan Ahli Sarjana pada tahun 2020?

3. Kadar Celik Huruf, Faham Perlembagaan Persekutuan, Kebolehan bertutur dan fasih membaca, menulis dan mengira dalam Bahasa Melayu meningkat dari kedudukan semasa 78.6% kepada 99%, bermakna Malaysia ialah Tanah Melayu dan Bumi Anak Bangsa Malaysia.

Hari ini, ramai yang sanggup memperdagang tubuh. Maka, itulah analogi sebuah Tanahair. Hari ini, kita sibuk mendagang MARUAH TANAHAIR dengan bersandiwara di pentas-pentas YAHUDI. Masing-masing tunjuk terror. Rupanya yang sedang terjual di depan mata, ialah anak bangsa yang BUTA. Anak keturunan yang TIDAK punya daya dan nafsu juang membela BANGSA.

Kalian di luar sana, tak perlu menelah umur Pak Sedaro kerana kalian terlalu jauh di belakang usia. Pak Sedaro terjarah daripada kitab Anti-Terrorist and Crisis Management yang dikarang oleh Sir Gerald Templer 1956, yang tidak pernah dibaca oleh kalian semua. Pak Sedaro terlipat dalam lipatan karung Burhanuddin Al Helmi, Ishak Muhammad, Fatimah Hashim, Ibu Zain, Zaharah Nawawi, Haji Saleh Haji Osman, Zainal Abidin Ahmad dan Abuya Hamka.

Sesungguhnya, pembaco pakatan PKR+PAS+DAP+PRM, kalian harus kenal dan bacolah "Nole Metanggare", "My Journey in India", "The Quientessaintial Man", Hikayat Abdullah Mushyi, Tufat Al-Nafis, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu, Ihya Ulumuddin Berjilid Penuh, dan Kerajaan Melayu Champa, Kerajaan Kedah Purba Tua, Kerajaan Islam Melaka, Kerajaan Pateh Gajah Mada, Kerajaan Perpatih Pinang Nan Sebatang dan Kerajaan Melayu Johor-Riau. Kenalkan diri kalian dalam kitab-kitab muktabbar yang disusun oleh 4 Imam Ahli Sunnah Wal-Jaamah, dan 25 Ilmuan Islam yang ditentukan kebajikan kepada kita, bila mana kita mendalaminya.

Kepada Juru Komen, Juru Ulas dan Juru Retorika Upahan Pembangkang...selamat DATANG ke Alam Buana, Kita jengkal "topi Benggala"....14 Februari 1511 telah berakhir.

3 comments:

  1. aku cucu mamak kuttyApril 3, 2010 at 9:50 PM

    aku tak pikir pak sedaro ni ilmu nya tinggi ...setinggi melangit...beratus2 buku telah dibaca dan ditelaahi...ramai ilmuan dan pemikir yg amat2 di kenali....ke4 empat mazhab telah di kaji...tadi ilmu tinggi melangit...kini tambah melaut...mcm kelihatan lebih hebat dari2 profeser2 dan sarjana2 di seluruh dunia sekarang klu digabungkan pun...mungkin tak setanding dgn pak sedaro ni...mungkin juga lebih dari imam hebat yg terdahulu...mungkin juga klu nak di bandingkan pak sedaro ni dgn ulama besar al imam yusuf qardawi...mungkin yusuf qardawi tu cuma org yg baru nak belajar baca muqaddam aje agaknya...hebat sungguh pak sedaro ni...sungguh beruntung agaknya negara malaysia ini punya seorang ilmuan dan ahli pemikir yg begitu hebat sekali...mungki8n tiada tanding nya di dunia....seperti katak yg sedang berada di atas pokok kelapa yg tinggi ...sedang khyal ditiup angin sepoi2 bahasa...melihat ke bawah dan berkata2 pada dirinya....kahkahkah...aku lah yg berada paling tinggi sekali diatas...takde sape2 yg dapat mengatasi aku....kata sikatak tadi....awas awas awas aduhai sikatak...tiupan angin tu membuat kamu terlena...jgn sampai kamu terjatuh ke bawah wahai si katak....berdebub nanti kamu jatuh kebawah...kini kamu sedang di buai mimpi2 indah...bila dah jatuh nanti baru mimpi tu tak seindah lagi....kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Tak payahlah ulas lagi Cucu Mamah Kutty...

    Semakin terserlah kebanggangan kamu tu...

    Hatihitam

    ReplyDelete
  3. cmk 9:50

    ekau kiro ekau melalut panjang2 tu nampak berilmu ko? straight to the point dah la. nak tunjuk bangang pun agak2 la. buang maso. buek ponoh page yo.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive