Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, March 21, 2013

13 HADIAH untuk rakyat Selangor...CAYALAH Pakatan!!















12 comments:

  1. Wahai Saudaraku, perhatikanlah :

    Sebelum Pakatan menerajui Malaysia, -

    a ) Kedai arak sudah berada di mana-mana dan arak boleh dijual kepada sesiapa pun.

    b ) Masalah air juga melibatkan Pahang. Malahan Perlis dan Sabah juga mengalami masalah air bersih.

    c ) BN juga tidak memenuhi SEMUA manifesto pilihanrayanya. Ada juga yang gagal dilaksanakan.

    d ) Daging babi juga boleh dijual dimana-mana dalam negeri BN.

    dan lain-lain lagi.

    Hujah Saudara maka itu tidak berasas.

    NAMUN, kenapa Saudara tidak membeberkan hakikat bahawa -

    a ) di Kelantan, penjualan arak dan tempat perjudian adalah terhad mengikut undang-undang.

    b ) Simpanan rizab negeri bertambah di Selangor dan Pulau Pinang selepas PR mengambil alih kuasa.

    Di Selangor, kerajaan PR berjaya menambah rizab negeri kepada RM2.5 bilion walaupun hanya setakat 5 tahun memerintah. Ini walaupun selepas kerajaan negeri PR Selangor menghabiskan beberapa ratus juta ringgit untuk kemaslahatan rakyat.

    Berbeza dengan BN. Dibawah BN, rizab negeri Selangor hanya RM400 juta selepas berpuluh-puluh tahun memerintah Selangor.

    Persoalannya - dimanakah hasil kekayaan Selangor pergi ?

    Dan lain-lain lagi.

    Jika Saudara adalah seorang yang mengaku Muslim, ketahuilah bahawa Allah melarang kita dari menyembunyikan kebenaran; dari mencampur-adukkan kebenaran dengan kebatilan ; dari menyebarkan kebohongan dan fitnah ; dari menyebabkan masyarakat huru-hara dengan kata-kata kebencian.

    Lihatlah betapa indahnya Islam itu.

    Bermuhasabahlah wahai Saudaraku. Dunia ini adalah sekejap sahaja. Di akhirat nanti, kita akan dipertanggungjawabkan
    diatas segala perbuatan kita.

    Apakah jawaban Saudara di hadapan Allah nanti ?

    Salim Salam

    ReplyDelete
  2. Bro atas ni tak baca laporan audit agaknya. Figure haprakdaily yg dia percaya. Apa la nasib. Tambah rizab negeri tp belanja defisit. Apalah nasib. Tambah rizab negeri tetapi belanja pengurusan melampau2. Apalah nasib.

    ReplyDelete
  3. Wahai Saudara Anonymous

    Saya berdasarkan kepada maklumat Audit Negara.

    Itu satu.

    Yang kedua, belanja defisit tidak menafikan bahawa rizab bertambah. Hakikatnya rizab bertambah dibawah Pakatan tetapi kejang semasa dibawah BN.

    Sila terangkan kepada kami semua - mana satukah negeri dibawah BN yang tidak mengalami defisit ? Pahang ? Sabah ? Johor ? Melaka ?

    Hakikatnya ialah kerajaan Selangor berjaya menambah rizab negeri dan sekali gus membelanjakan ratusan juta ringgit untuk program-program rakyat seperti menyempurnakan projek rumah terbengkalai yang hancur luluh semasa pemerintahan BN.

    Jadi apa masalahnya ? Macam saya katakan - berikan nama satu sahaja negeri BN yang tak ada defisit, rizab meningkat dan berjaya membelanjakan ratusan jutaan ringgit demi kemaslahatan rakyat ?

    Satu sahaja.

    Salim Salam

    ReplyDelete
  4. 1.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati
    beberapa kelemahan dalam aspek
    pelaksanaan program yang perlu ditangani seperti berikut:
    1.2.1. Pusat Perkhidmatan Pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
    tidak menjual produk Negeri Selangor.
    1.2.2. Pusat Perkhidmatan Pelancong di Menara Jam Besar, Dataran Shah Alam belum
    beroperasi semasa lawatan Audit pada bulan November 2010 sungguhpun telah siap diubah
    suai untuk tujuan ini pada bulan Mac 2010.
    1.2.3. Penyalahgunaan visual billboard pelancongan di Daerah Hulu Selangor.
    1.2.4. Maklumat pelancongan tidak disediakan sebagaimana kehendak PIP.
    1.2.5. Kontrak penajaan program acara yang dijalankan tidak disediakan. Pengurus acara
    dilantik melalui surat pelantikan tanpa menyatakan syarat dan terma yang perlu dipatuhi oleh
    mereka serta balasan kepada Tourism Selangor.
    1.2.6. Penajaan melebihi peruntukan.
    INTISARI LAPORAN xii
    1.2.7. Dua unit chalet di Hutan Lipur Kancing, Daerah Hulu Selangor dalam keadaan terbiar
    dan tidak disenggarakan.
    1.2.8. Jambatan yang dibina merentangi sungai yang menjadi laluan utama ke kawasan
    perkelahan Taman Rekreasi Sungai Congkak di Daerah Hulu Langat telah rosak dan belum
    dibaiki.
    1.2.9. Rumah Rehat GAP di Bukit Fraser tidak digunakan dan telah terbiar selama 2 tahun.
    1.2.10. Peruntukan pembangunan pelancongan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri
    Selangor berjumlah RM1.02 juta bagi tahun 2008 dan 2009 untuk kerja menaik taraf 5
    produk pelancongan tidak dibelanjakan pada tahun berkenaan.
    1.3. Bagi memastikan pengurusan program pelancongan dapat dilaksanakan dengan
    cekap, pihak UPEN dan Tourism Selangor disyorkan supaya mengambil langkah berikut:
    1.3.1. Mengadakan promosi yang lebih agresif bagi menarik pelancong dari lebih banyak
    negara di Benua Afrika, Benua Amerika serta kepulauan Pasifik.
    1.3.2. Menyenggarakan produk pelancongan seperti kemudahan di taman rekreasi, rumah
    rehat/rumah peranginan dengan baik untuk menggalak dan memastikan keselesaan
    pengunjung.
    1.3.3. Menyegerakan operasi Pusat Perkhidmatan Pelancong iaitu berbincang dengan
    Majlis Bandaraya Shah Alam serta Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
    untuk mendapatkan risalah dan sumber maklumat yang berkaitan.
    1.3.4. Mengambil tindakan segera menyediakan dokumen perjanjian dengan pihak
    Malaysia Airport Berhad bagi merealisasikan aktiviti penjualan cenderahati yang terdiri
    daripada produk Negeri Selangor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan
    Low Cost Carrier Terminal (LCCT).

    ReplyDelete
  5. 3.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober hingga Disember 2010 mendapati
    beberapa kelemahan yang diperhatikan antaranya seperti berikut:
    3.2.1. Kontraktor tidak melaksanakan kerja/perkhidmatan mengikut arahan/peraturan yang
    ditetapkan.
    3.2.2. Peningkatan belanja bagi kerja/perkhidmatan penyenggaraan Kompleks Bangunan
    Ibu Pejabat SUK.
    3.2.3. Perjanjian kontrak yang dipinda belum ditandatangani.
    3.3. Bagi memastikan pengurusan perolehan telah dirancang dan dilaksanakan dengan
    teratur dan berhemat, Pejabat SUK disyorkan supaya mengambil langkah berikut:
    3.3.1. Mengadakan pemantauan yang lebih berkesan terhadap prestasi kerja/perkhidmatan
    kontraktor yang dilantik untuk memastikan kerja/perkhidmatan yang dilaksanakan mengikut
    arahan/peraturan yang ditetapkan. Ini bertujuan untuk memastikan penghuni kompleks dapat
    bekerja dalam keadaan yang selesa dan selamat.
    3.3.2. Dokumen perjanjian kontrak perlu disediakan dan ditandatangani terlebih dahulu bagi
    memastikan kepentingan Kerajaan Negeri terjamin.

    ReplyDelete
  6. 4.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2010
    mendapati secara keseluruhannya pengurusan peruntukan Perbelanjaan Am/Luar Jangka
    B29 dan P29 adalah kurang memuaskan. Sungguhpun peruntukan yang dibelanjakan telah
    diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri dan dibelanjakan berdasarkan kelulusan yang
    diberikan serta prestasi perbelanjaan yang baik tetapi terdapat beberapa kelemahan yang
    perlu diberi perhatian bagi meningkatkan kecekapan pengurusan peruntukan dan xv
    perbelanjaan di bawah maksud tersebut. Antara kelemahan yang diperhatikan adalah seperti
    berikut:
    4.2.1. Maksud Perbelanjaan kedua-dua peruntukan B29 dan P29 tidak jelas.
    4.2.2. Kawalan perbelanjaan tidak memuaskan.
    4.2.3. Bayaran yang kurang teratur.
    4.2.4. Perancangan perbelanjaan yang kurang cekap.
    4.2.5. Garis panduan untuk sumbangan kepada institusi/badan bukan Kerajaan dan sekolah
    tidak disediakan.

    ReplyDelete
  7. 5.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati
    secara keseluruhannya JPNS telah menjalankan tanggungjawab untuk menjaga
    keselamatan HPL di Negeri Selangor dengan pelaksanaan dasar pengurusan hutan secara
    berkekalan, namun pengurusan HPL boleh dipertingkatkan. Antara kelemahan yang ditemui
    adalah seperti berikut:
    5.2.1. Rancangan Kerja HPL (RKHPL) belum dilaksanakan dengan sempurna kerana
    belum diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
    5.2.2. Kecurian kayu bakau berlaku.
    5.2.3. HPL dimusnahkan akibat takungan air laut dan pelepasan air buangan kolam
    ternakan udang.
    5.2.4. Terdapat pencemaran sampah dan minyak.
    5.2.5. Aktiviti tanpa permit penggunaan yang sah terjadi dalam kawasan HSK.
    5.2.6. Kadar royalti kayu jaras tidak disemak semula.

    ReplyDelete
  8. 6.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati
    pada keseluruhannya pelaksanaan Projek Menaik Taraf Jalan Klang Lama, Daerah Petaling
    telah mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu meningkatkan keselamatan dan keselesaan
    pemanduan serta mengurangkan masa perjalanan dan kesesakan jalan raya.
    Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang boleh diambil tindakan
    penambahbaikan bagi projek ini dan projek lain di masa akan datang seperti berikut:
    6.2.1. Prestasi projek tidak memuaskan kerana projek lewat siap selama 23 bulan.
    6.2.2. Prestasi kewangan kontraktor yang dilantik kurang memuaskan kerana Penyata
    Kewangan kontraktor bagi tempoh pelaksanaan projek mencatat kerugian.
    6.2.3. Projek tidak memenuhi kriteria perolehan secara rundingan terus justeru tidak
    ekonomi.
    6.2.4. Kualiti kerja tidak memuaskan. Antara kerja yang dimaksudkan adalah:
    6.2.4.1. Pemasangan U-drain yang tidak kemas.
    6.2.4.2. Pembinaan struktur manhole tidak mengikut lukisan pembinaan.
    6.2.4.3. Pembinaan laluan pejalan kaki tidak mengikut spesifikasi dan kualiti kerja rendah.
    6.2.4.4. Pemasangan concrete kerb inlet tidak mengikut lukisan pembinaan.
    6.2.4.5. Lokasi pemasangan tiang lampu jalan tidak sesuai dan pemasangan tiang lampu
    isyarat tidak kukuh.
    6.2.4.6. Guardrail gagal menghalang pengguna dari objek fizikal di tepi jalan kerana
    pemasangannya tidak mengikut spesifikasi.
    6.2.4.7. Perhentian bas dibina berhampiran persimpangan. xviii
    6.2.4.8. Kerja penyambungan longkang di lokasi permulaan kerja menaik taraf tidak
    sempurna.
    6.2.4.9. Penutup manhole rendah dari permukaan jalan dan kebuk injap tidak ditutup.
    6.2.4.10. Sisa bahan binaan ditinggalkan di tapak bina.
    6.2.4.11. Penyediaan kemudahan jalan tidak memuaskan di mana pembahagi jalan,
    jejantas dan laluan pejalan kaki tidak dibina.
    6.2.5. Peruntukan asal projek terlalu tinggi berbanding kos projek.

    ReplyDelete
  9. Masa BN pegang selangor dulu pun kedudukan KUMPULAN WANG DISATUKAN sentiasa meningkat setiap tahun dengan kadar peningkatan purata 22.5% setahun. Pembangkang ambil alih apa yang telah BN bina..senang la cakap. Penang dan Selangor memang dari dulu kantung kerajaan negeri sentiasa meningkat sebab tu adalah 2 negeri terkaya BN dulu. So anon atas sekali tu tak payah la nak cong. Budak2 boleh la tipu. Asas dah ada...so senang la teruskan kerja.

    Yang bab kelantan yang dah 23 tahun bawah pas tak maju2 tu tak nak cerita pulak.

    ReplyDelete
  10. Baki tunai dalam bank, dalam perjalanan dan wang tunai dalam tangan untuk negeri Selangor masa diterajui BN 2007/2008 = RM776.44/RM733.64 juta.

    Tapi bawah pembangkang hingga 2011 hanya tinggal RM390.89 juta saja. SO mana pegi duit hilang lebih RM300 juta dalam tangan tu? Songlap beli bas dan trak jelajah anwar ka? Atau tampung kos sara hidup si aljuburi?

    Pelaburan Saham Dan Dividen Yang Diterima oleh kerajaan selangor Tahun 2007 dan 2008 = 7,300, tapi pada 2009 = 0 (kosong). Mana pegi duit? Songlap lagi ka?

    Lain kali baca laporan audit betul2. Bukan laporan haprakdaily or keldaiandaily.

    ReplyDelete
  11. ado la...negeri bawah bn yang ada defisit tapi rizab meningkat dan berjaya membelanjakan ratusan jutaan ringgit demi kemaslahatan rakyat ialah NEGERI SEMBILAN!

    ReplyDelete
  12. Bila baca penulisan nie berulang kali... saya jadi hormat dengan pendirian awak...
    tak keterlaluan saya kata, walaupun banyak blogger kita dah semakin
    kurang sopan.. tapi awak tetap dengan pendirian awak yg sederhana..
    dari peminat blog awak ;)

    Feel free to surf to my web page ... Rahsia Hebat Diranjang

    ReplyDelete

Blog Archive