Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, January 28, 2009

Strategi "Creative Destruction" Anwar Ibrahim

1. Seorang intelektual yang pernah terlibat dalam menyusun atur strategi politik (maaf tidak ingat namanya) pernah menyatakan "Anwar mengharapkan melalui apa yang dinamakannya kini sebagai "creative destruction" untuk menyerang kerajaan secara halus".

2. Teorinya mudah untuk difikirkan. Seandainya rakyat terpengaruh dan terjejas dengan teruk, maka sudah tentulah kebencian terhadap kerajaan yang memerintah semakin berleluasa.

3. Semua sedia maklum bahawa media arus perdana tidak lagi menjadi pilihan terutama dikalangan generasi muda.

4. Dalam masa yang sama, isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan nepotisme disebar luaskan oleh penyokong Anwar melalui medium siber dan medium rasmi parti pembangkang.

5. Jika diimbas kembali, strategi yang sama telah digunakan Anwar dalam percubaannya menjatuhkan Tun Mahathir suatu ketika dahulu.

6. Satu plot susunan strategi berasaskan idea Anwar di Pulau Sibu, Johor semasa beliau masih dalam Umno telah digunakan kembali.

7. Kaedah yang digunakan ialah menyerang peribadi para pemimpin Umno, dimomokkan secara berterusan serta berulang, menyebabkan sedikit sebanyak rakyat akan terpengaruh dan percaya dengan dakyah yang disebarkan.

8. Segala sistem, corak pentadbiran kerajaan, kehakiman dan sistem keselamatan yang dahulunya didokong dan disokong Anwar selama 16 tahun dalam kerajaan, kini tidak lagi baik pada pandangannya.

9. Apabila Anwar mengatakan semua perkara itu buruk (termasuk Najib yang dahulunya sealiran dengan Anwar dalam Team Wawasan), secara tidak langsung sebenarnya turut melibatkan kita sebagai rakyat biasa.

10. Adakah kita selama ini hidup dalam sistem yang sebegitu buruk?

11. Mungkinkah sistem yang sebegitu korup dan tidak adil ini boleh menjamin keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati selama ini?

12. Sekiranya anda berani berkata benar dalam menjawab persoalan ini, maka anda sebenarnya tergolong dikalangan mereka yang rasional.

13. Selama ini rakyat Malaysia hidup aman dalam sebuah sistem yang terjamin.

14. Mungkin ada kekurangannya yang perlu diperbaiki, namun ia masih tetap sistem yang stabil setakat ini.

15. Cuma yang tidak stabil hanyalah Brader Anwar Bin Ibrahim serta juaknya sahaja kerana sistem sedia ada telah menyekat perjalanannya yang terlalu laju ke mercu kuasa selama ini.

16. Kepada mereka yang mengikuti perkembangan politik Malaysia hanya selepas 2 September 1998, mungkin kurang memahami apa yang saya perkatakan.

17. Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan kini adalah menggunakan kembali 'flooding strategy' bagi menyelesaikan kemelut yang melanda politik tanahair.

18. Kalau tak faham..tanya Tun Mahathir!

3 comments:

  1. Hanya DR Mahathir lebih mengetahui peribadi Anwar.

    http://jentayubaka.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. 16. Kepada mereka yang mengikuti perkembangan politik Malaysia hanya selepas 2 September 1998, mungkin kurang memahami apa yang saya perkatakan.

    Tuan,
    Demikianlah juga kajian saya. Kebanyakan yang terlibat dalam menyebarkan dakyah kelemahan kerajaan yang memerintah ialah mereka yang mula mengambil tahu hal ehwal masyarakat sekeliling selepas 2 September 1998. Justeru, banyak perkara yang mereka kurang faham. Mereka belajar sejarah tetapi tidak sampai ke dasar.

    Orang ramai melihat mereka ini golongan bijak tetapi terlupa bahawa golongan ini sebenarnya cuma pandai mencari kelemahan orang. Mereka sangat kreatif dalam melihat kesilapan orang lain. Mereka bercakap seolah-olah dunia ini penuh dengan kesempurnaan.

    Mereka lupa bahawa hanya 'Maha Pencipta' yang bersifat sempurna. Bukankah Pencipta tidak boleh serupa dengan makhluk?

    Penjelasan tuan memang bernas. Tahniah.

    ReplyDelete
  3. benar kata paneh dan demang lebar daun. generasi yg membicara politik selepas 2/9/98 hanyalah generasi yg kenal anwar melalui internet. kasihan sungguh.

    ReplyDelete

Blog Archive