Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, February 6, 2009

Masterplan: Siapa Main Siapa?

1. Kadangkala aku rasa sedih, geram, kecewa dan nak tertawa pun ada semasa membaca blog yang mengulas mengenai senario yang berlaku di Perak.

2. Di pihak penyokong pembangkang kebanyakannya melahirkan rasa marah dan tidak puas hati.

3. Bermacam tuduhan dilemparkan kepada BN.

4. Hatta sanggup menyamakan BN dengan Yahudi dan Nazi. Astaghfirullah.

5. Sebelum ini penyokong pembangkang meraikan Nasarudin yang melompat masuk PKR serta mempertahankan Jamaluddin dan Osman yang kononnya dituduh rasuah disebabkan angkara sabotaj oleh BN.

6. Tetapi kini penyokong pembangkang sendiri mempersoalkan lompat parti, menuduh Nasarudin sebagai katak, menuduh Jamaluddin dan Osman kaki rasuah seks, mula mempersoalkan Adun yang dipilih dikalangan posmen serta mengutuk Hee Yit Foong sebagai OKU yang tak sedar diri.

7. Padahal sebelum ini tak pulak kecoh.

8. Dan timbul pula cerita kononnya BN telah merasuah tiga Adun tersebut.

9. Namun mereka terlupa bahawa MP BN sebelum ini juga pernah ditawarkan sejumlah wang antara RM5 juta ke RM20 juta oleh Brader Anwar Bin Ibrahim untuk melompat parti menyertai pembangkang.

10. Di pihak penyokong kerajaan pula sebelum ini turut mempertikaikan lompatan yang dibuat oleh Nasarudin.

11. Tetapi kini kebanyakannya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi dan berterima kasih pula kepada Sultan Perak.

12. Secara peribadi aku tetap menekankan bahawa seseorang yang melompat parti adalah individu yang tidak berprinsip dan perkara prinsip ini tidak boleh dikompromi.

13. Namun aku juga difahamkan bahawa Jamaluddin dan Osman sebenarnya tidaklah melompat parti, tetapi dibuang sendiri oleh PKR.

14. Aku sebenarnya melihat perkara yang berlaku di Perak ini tidak lebih daripada satu strategi politik.

15. Di sini aku ingin berkongsi ANALISIS berdasarkan pengamatan aku terhadap senario yang berlaku di Perak kini.

16. Pertama - aku merasakan kemasukan Nasarudin ke dalam PKR adalah dirancang. Tujuannya adalah untuk mengalihkan perhatian team PR terhadap perbincangan sulit yang berlaku antara BN dengan Jamaluddin, Osman dan Yit Foong.

17. Lompatan Nasarudin ini juga adalah untuk meng'halal'kan penyingkiran Tajol Rosli secara halus sebagai Pengerusi BN Perak yang khabarnya tidaklah begitu disukai ramai.

18. Sebaik sahaja Najib menjadi Pengerusi BN Perak, maka perancangan asal mula direalisasikan iaitu tiga Adun PR menjadi Adun bebas dan Nasarudin kembali semula ke pangkuan UMNO untuk menyokong BN bagi membentuk kerajaan campuran di Perak.

19. Pada peringkat ini, hatta Brader Anwar Bin Ibrahim yang dikatakan handal berpolitik sekalipun pasti tidak berupaya mengesannya dan apabila PR mula menyedari akan bahaya yang dihadapi, maka ia sudahpun terlambat.

20. Kedua - aku berpendapat bahawa senario yang berlaku di Perak ini adalah disebabkan kesepakatan antara Hadi Awang dan Paklah dalam pertemuan mereka sebelum ini.

21. Kemungkinan besar Nizar telah mengadu kepada Hadi Awang berkenaan tekanan yang dihadapinya semasa menerajui kerajaan Perak akibat dikongkong oleh geng DAP dan PKR.

22. Maka mereka telah membuat satu rancangan bagi mencari jalan keluar agar Melayu dapat terus berkuasa di Perak dengan cara mempengaruhi Adun PKR agar menjadi Bebas dan menyokong BN di dewan undangan negeri.

23. Adakah ini semua merupakan masterplan antara Paklah, Najib, Hadi dan Nizar untuk mengaburi DAP dan PKR?

24. Walaupun aku merasakan teori kedua ini agak mustahil untuk berlaku, tetapi aku tidak boleh menolak hakikat bahawa segalanya berkemungkinan.

25. It's to good to be true.

26. Jadi siapa yang mainkan siapa sebenarnya?

27. Dan siapakah yang sebenarnya menjadi mastermind dalam peralihan kuasa di Perak?

28. Creative Destruction Strategy makan tuan?

29. Pinjam ayat Nabil...Lu pikir la sendiri!

6 comments:

  1. ENTAH LAH...POLITIK NI BANYAK SANGAT MUSLIHAT NYA..
    WALAUPUN CARA PENGAMBIL ALIHAN PERAK MELALUI LOMPAT PARTI NAMUN IANYA BAGUS UNTUK MENYELAMATKAN TANAH MELAYU DARI KUASA CENGKAMAN CINA KOMUNIS.

    NIZAR MENGAMOK PADA BANG NUAR NYA...
    http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/kau-tipu-aku-anwar.html

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...
    Adun Behrang dan Changkat Jering 2 pada hakikat memang dibuang oleh PKR kerana isu rasuah mereka.
    Klau kes nak selamatkan melayu aku rasa ade betul jgk analisis ko. sebelum ni Anuar pun dah canang nk pegang kabinet tapi tak jadi sebab xde yang lompat parti. tetapi
    citer yang aku dengar, dah ramai wakil rakyat bukan melayu nak lompat parti jadi geng anuar . tetapi hasil perbincangan anuar dan hadi plan nak takluk malaysia dibatalkan kerana takut bukan melayu lebih ramai di kabinet baru. jadi kerjasama anuar, hadi dengan paklah juga tidak mustahil untuk selamatkan melayu di perak. jika betul, ia perkembangan bagus untuk politik melayu. jika sebaliknya, nasib kita la kot.

    ReplyDelete
  3. Salam Sdr,

    Saya setuju ini. Parkara 16-19 adalah seperti yg saya tulis dlm posting saya diblog 'bERANIKAN hATI'

    Perkara lain terutama 20 saya tak setuju dgn adanya penglibatan Pak Lah.

    Perkara 21 -23 saya tak setuju kerana Nizar memang enggan lepaskan jawatan dan sekarang ini membangkitkan kemarahan rakyat untuk cetus rusuhan dan berontak kepada Sultan. Tindakan sama Sultan juga nampak luar dari kawalan.

    ReplyDelete
  4. Pembetulan;
    Perkara 21 -23 saya tak setuju kerana Nizar memang enggan lepaskan jawatan dan sekarang ini membangkitkan kemarahan rakyat untuk cetus rusuhan dan berontak kepada Sultan. Tindakan SAMAN Sultan juga nampak luar dari kawalan dan nampak kesungguhan untuk tidak lepas jawatan.

    ReplyDelete
  5. menarik analisis ko ni paneh. bagi kami peralihan kuasa di perak adalah sebagai kemenangan moral kpd bn. mgkn bn akan lebih bersemangat selepas ini di bawah najib utk menentang mat jubur n d geng. kami setuju dgn beranihati bahawa perkara 20-23 itu tak mgkn berlaku. sbb kami curiga akan kemampuan paklah, hadi dan nizar dlm merencanakan strategi.

    satriamuda ko tak pegi solat jumaat ke? posting jam 1.30pm? ke ko ada di oversea?

    ReplyDelete
  6. Ini yang dikatakan politik dua kali lima. Macam lawan bola, kalau menang pengadil bagus dan kalau kalah pengadil kayu!.

    Kalau Sultan kekalkan MB tu, Daulat Tuanku, bila Sultan lantik MB baru, Sultan tak adil.

    Inilah dunia kita. Penuh dengan manusia hipokrit.

    ReplyDelete

Blog Archive