Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, February 25, 2010

Model Ekonomi BARU MALAYSIA

Melihat kepada permintaan kupasan minda, Pak Sedaro tercari-cari di mana fundamental Model Ekonomi Baru, dalam instrumen Kerajaan 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Kisah Maya Karin menjadi tumpuan umum. Siapa Maya Karin ini? Kalau namanya Rosmah Mansor macamana pula? Banyak polemik soldadu sosial yang akan mengkecamuk asas-asas MEB, ...

Apakah kesan yang bakal hadir, jika dibenarkan lambungan harga petrol di pasaran domestik? Apakah kesan langsung kepada Model Ekonomi Baru yang dicanang memberi High Income Economy, Ekonomi Berpendapatan Tinggi=Ekonomi Berkos Tinggi. Tiada dalam sejarah ketamadunan bangsa Maju, bila mana High Income Economy=Lower Costing/Expenditure Economy...Ada pula melaun yang syor ikut kaedah IMF?

Halooo, dalam struktur ekonomi Malaysia kita tidak pernah IKUT PETUNJUK YAHUDI, NASRANI DAN MAJUSI. DEB 1970, DPN 1990 merupakan kelangsungan yang disepakati oleh Jumhur Ulamak Ekonomi Malaysia. Hari ini Model Ekonomi 2010, setelah 30 tahun DEB berlangsung...kedudukan Rakyat Raja masih di bawah 15% milikan ekuiti dan syarikat baik besar mahu pun kecil. Di mana SILAPNYA? Bukan Kerajaan yang SILAP. YANG PALING DURJANA ialah sipolan-sipolan yang dikayakan oleh KERAJAAN TIDAK ADA ADAB DAN MARUAH DIRI UNTUK MENYUMBANG DAN MELABUR KEMBALI KEPADA PROSES PENERUSAN GENERASI RAKYAT RAJA BARU....

Ramai yang tergolong dalam kedudukan ini, lebih-lebih lagi GERABAK yang dilahirkan dari Alma-mater MYCOBA....Penulis skrip paling licik di zamanNYA ialah Anwar CIFUT sendiri masa pegang Menteri Kewangan...

Apa pun yang dirisaukan oleh rakyat tentang Model Ekonomi Baru, bukan perkara utama yang WAJIB dirisau berlebihan. Subjek paling PUNDAK ialah bagaimana dalam ekonomi semasa kita hendak mudik dan berbangga dengan kedudukan selepas Oktober 2010? Selagi perkara 153 masih kekal dalam Perlembagaan Persekutuan, selagi itulah apa pun kedudukan ekonomi Rakyat Raja diperlindung.

Perkara yang pasti akan terus meningkat ialah:

1. Harga Petrol dan Gas di pasaran dunia, mempengaruhi harga domestik tanahair.

2. Kos Perubatan dan Rawatan Klinikal serta penyakit kronik akan terus meningkat. Maka, mulalah berfikir untuk kebaikan keluarga, dengan memiliki Medical Card seperti Prudential BSN Takaful misalnya.

3. Harga bahan mentah untuk pembinaan akan meningkat secara sekata dengan harga petrol.

4. Kos sara hidup dan perbelanjaan mengurus isi rumah akan meningkat 60% daripada kedudukan semasa.

APAKAH YANG WAJAR KERAJAAN MALAYSIA LAKSANAKAN:

1. Cepat-cepatlah cari DUIT untuk merancak pembangunan di Malaysia.

2. Jika ada BON KERAJAAN PERSEKUTUAN yang terpaksa di jual, JUALkan untuk dapat Mudah Tunai.

3. Projek-projek Raksasa mesti diatur secara strategik. Misalnya Projek di Tanah Enstek dan Tanah Felda Sendayan di NS? Projek Wilayah Iskandar? Projek Naik Taraf Pelabuhan Kelang misalnya? Projek Pembinaan Lebuhraya Laluan Pantai dari Pontian hingga ke Lumut? Projek Scenic Bridge dikembalikan agar keadaan ekonomi 85% orang Melayu di Johor kembali segar? Projek Terowong Multipurpose hubungan Seberang Prai dan Pulau Pinang? Projek Keretapi Laju dan Landasan Berkembar Utara-Selatan diperhebat dan dicepat? Projek LRT-MONOREL di Melaka? Projek LRT-MONOREL dalam Lembah Kelang Utara,Selatan, Timur dan Barat ditingkat dan digiatkan? Projek jajaran bertingkat di laluan kritikal dalam bandar-bandar tertentu di Majukan? Projek Pengindahan Negara, dengan mewujudkan YAYASAN LANDSKAP MALAYSIA. Berilah Tun Abdullah Badawi sebagai Pengerusi...dan projek indah negara ini diberikan dana RM10 billion untuk gerakan gempur 1Malaysia Indah di MATA, INDAH di HATI?

4. Negara memerlukan RM350 billion untuk RMK-10, dan Rakyat akan maju serta AMAN DAMAI.

5. Pencacai politik hari ini perlu dibayar GAJI sebagai UPAH PROFESIONAL mereka, maknanya mereka ini boleh dikenakan hukuman mahkamah jika menjadi PEROSAK NEGARA...barulah kita melihat Kuasa-Kuasa Benar ...Kuasa Eksekutif, Kuasa Perundangan dan Kuasa Kehakiman.

Cukup la...untuk memecah kristal minda kalian.

3 comments:

  1. DIA KALU KERAJAAN MAO CARI ITU DUIT DIA KASI NAIK HARGA.

    ReplyDelete
  2. Takyah sembang cito ekonomilah Cicit Komat, MCA tunjuk perasaan tentang sobat amacam UMNO dan Perkasa punya pendirian? Tak start nyalak lagi ko? atau nak tunggu anak Rombau juga.

    ReplyDelete
  3. kalau kali nie ekonomi meleset dlm tempoh yg panjang...projek mega melambak2..nk bt mcm mana,gaji kakitangan dh top up byk,harga brg makin meninggi..instrumen kurang kan kos idup tak ada pun...guna tambahan duit utk lwn hrga brg...harga minyak makin naik..duit abis begitu aje la..projek membazirpn bnyak juga

    ReplyDelete

Blog Archive