Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, February 25, 2010

Siapa PENGUNDI PRU sebenar...

Melihat kepada polemik dan berantak dalam gelanggang dan padang politik Malaysia, Pak Sedaro merasa ada baiknya masa ini, Agen-agen Politik Parti Siasah masing-masing menilai ciri-ciri sebenar siapakah pengundi mereka?

UMNO yang dilihat begitu tua, semakin tumpul dan tiada seri perjuanganNYA. Karisma UMNO semakin dimamah oleh sikap bobrok pemimpin dan ahli tangkap muat dalam UMNO.

PKR dilihat sebagai parti hilang maruah dan ahli merajuk dalam UMNO lari membina PKR.

PAS dilihat sebagai kelompok mubaligh yang lari dari UMNO untuk membentuk sebuah rumah politik baru, yang masih tiada dalam PAS ialah harga PAS sebagai sebuah institusi siasah orde-Malaysia.

Rakyat yang turun mengundi, siapa mereka yang sebenar?

1. Berapa ramai yang diberi pingat, gelaran dan anugerah oleh Raja-raja Melayu yang menunaikan amanah sebagai warganegara keluar mengundi semasa diperlukan?

2. Berapa besar pengaruh kelompok yang tidak keluar mengundi dalam mana-mana pilihanraya umum? Siapakah mereka? Benarkah 90% daripada kumpulan ini ialah kumpulan bangsawan dan elitis mahu pun borjuis yang sudah kenyang dengan makanan kekayaan dunia yang dikaut daripada rahim bumi Malaysia?

3. Berapa ramai kalangan pengundi yang dikategori sebagai Pengundi totok atau Pengundi setia untuk keluar mengundi? Latarbelakang mereka yang hingga hari ini dipercayai 70% ialah kumpulan insan di kampung dan desa, yang hidup melata "kais pagi makan tengahari, kais petang simpan untuk esok sarapan pagi!"

4. Di manakah sekolah madani yang melahirkan dan mengilang hampir 250 ribu lepasan Universiti dalam dan luar negara? Kelompok yang masih bertebaran dalam mencari sesuap nasi yang belum tentu MILIKNYA, kesan dek RAKUS, TAMAK HALOBA kumpulan pertama yang dikuda oleh manusia yang digelar Tun, Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Dato' Seri, Datuk Paduka, Dato' Seri Panglima, Datin Seri, Tengku dan sebagainya...

5. Yang lebih teruk dan memberi kesan MENYAMPAH dikalangan pengundi tegar pilihanraya ialah bila mana Wakil Calon atau Wakil Rakyat yang Menang macam sedia ada, semakin MENYOMBONG, BONGKAK, TAKBUR, RIAK, PENIPU, PEMBOHONG, PEROMPAK, PENYAMUN, PEMBELIT, kepada warga pengundi mereka sendiri...

Hingga wacana ini ditulis, Pak Sedaro tidak dapat merujuk dengan terperinci demografi sebenar Pengundi Pilihanraya di Malaysia? Ramai yang tidak keluar mengundi atau LARI semasa hari mengundi? Buat aktiviti ke luar negara konon? Atau Calon yang diletak oleh parti siasah yang berperang ialah CALON-CALON BODOH DAN BAHALOL yang tidak berada dalam pilihan rawak rakyat?

SPR punya perspektif sendiri, JASA, BTN, MKN, UMNO, PKR, PAS, DAP, MIC, MCA, yang akhirnya jika dilonggok kepada satu halaman bercetak, penuh...cerminan sebenar siapa itu Pengundi PRU masih ditongkat oleh rakyat jembel dan marhaen.

Hari ini, PM umumkan bahawa negara bebas dari kemelut ekonomi, KDNK naik pada tahap yang wajar, maka, berakhirnya "recession"...BETUL ke? Jika benar selasai musim ini, maka Mac 2010 ialah padang menanam, membaja, menyiram, memutik, membuah dan menuai? Rakyat ada 20 bulan untuk semua itu sebelum LEMBARAN RMK-10 bermula.

Apakah Pengundi PRU menjadi lega atau berasa selesa dengan epilog ini? Apakah kaum-kaum lain dari kalangan keturunan Thiong Hua, Hakka, Hailam, Fuchow dan sebagainya melihat ini sebagai FENOMENA RAZAK JUNIOR? Atau Fenomena RAHAH the return? Atau apakah Rakyat Raja melihat ini sebagai TSUNAMI Mahathir Boy? Atau apakah Yahudi, Nasrani yang kawal selia Bank Dunia, IMF melihat Malaysia sebagai The Rising Tiger and UnderDog? Atau Penjelmaan Semula Kamasutra Asia?

Pak Sedaro menelah PRU-13....hanya 60% warganegara yang layak mengundi akan KELUAR MENGUNDI, kerana mereka ini kelompok pengundi TEGAR. Orang-orang kaya yang mewah, punya duit bertepek-tepek sekadar melepak di Restoran 5 Bintang, Bercuti dan Bermain Mahjung Penyusunan, Siapa Kita Jadikan Menteri, Timbalan Menteri...Siapa yang boleh kita bayar dan beli, Siapa yang tiada harga diri dan akal budi, Siapa yang mampu JUAL NEGARA ini!

Pak Sedaro menelah, PRU-13...FELDA+RISDA+FELCRA akan berada dalam pedang dan padang retorik. Konsortium ini merupakan medan yang tipis implikasi kepemimpinan dan karisma mereka. GLC ibarat cendawan tumbuh akan menutup periuk nasi umat khasnya Rakyat Raja. Pimpinan politik yang dicetak dari rumah atau dari bilik tidur, BUKAN pilihan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Negara ini mesti dimewah bermula semalam. Runtuh sudah Kota Melaka, berdiri megah Purajaya...akan JAHANAM Putrajaya, dek kufur dan tamak holoba...maka, terbina semula KOTA SENDALOKA DAN KOTA SINGA....

AWAS...

5 comments:

  1. Assalamualaikum Uncle,

    InsyaAllah swt, jika panjang umur, sihat dan diizinkan Allah swt, Mak Cik pasti jadi pengundi PRU yang sebenar...

    ReplyDelete
  2. PM..

    Den pun akan mengundi PRU 13, jika diizinkan Allah, panjang umur serta sihat badan...sekarang ni pun dah terasa bahang PRU 13...jgn ingat kini sejuk, tapi amat "panas" dgn pelbg isu (samada UMNO/BN mahupun PR)

    yg akan menaggung adalah RAKYAT...maka den akan turun mengundi nanti..tapi BUKAN COP KERIS DAN DACING....pasti!!!

    ReplyDelete
  3. PM..

    Den pun akan mengundi PRU 13, jika diizinkan Allah, panjang umur serta sihat badan...sekarang ni pun dah terasa bahang PRU 13...jgn ingat kini sejuk, tapi amat "panas" dgn pelbg isu (samada UMNO/BN mahupun PR)

    yg akan menaggung adalah RAKYAT...maka den akan turun mengundi nanti..tapi BUKAN COP KERIS DAN DACING....pasti!!!

    ReplyDelete
  4. salam pak sedaro...
    begitu bagus dalam kupasan tentang politik..memang bagus tetapi disebelah tu tunjuk dan nampak lawak al-amen memang bodoh.
    bodoh sebab tidak tahu menilai agama dan kemulaian solat..kenapa seorang yang bijak bersastera boleh hilang nilai2 murni agama.adakah kerana sastera telah hilang peradaban tentang agama dan boleh diperlekehkan sedemikian.atau adakah kerana sastera mengajar manusia untuk tidak menilai kemurnian solat atau satera itu sendiri sudah menjauhi agama islam dengan budaya dan penghayatan sastera yang jauh tersasar dari ajaran dan tulisan sastera islam hanya yang tinggal hanya sastera yang dipenuhi bahasa melayu jati dan menjauhi ajaran islam dengan para sasterawan yang berbudaya bukan seperti orang islam lagi..adakah ini contoh yang bagus kepada anak2 muda mempermainkan perbuatan solat semata2 utk meredhakan dan mengelokkan fitnah..
    moga Allah memberi petunjuk pada anda..MATI ITU PASTI,JANGAN INGAT SEMAKIN TINGGI USIA SEMAKIN BANYAK PENGALAMAN SEMAKIN JAUH DARI MATI..TIDAK SEKALI2 DAN ALLAH TELAH BERFIRMAN BAHAWA SESIAPA YANG MENGHINA AGAMANYA ADALAH MUNAFIK..PIKIR2LAH..
    SAYA HANYA INSAN BODOH YANG TIDAK PANDAI BERKATA2 HANYA MAMPU MENGIKUT SEGALA AJARAN ALLAH TANPA PERNAH PERTIKAIKAN..

    ReplyDelete
  5. si ros ni mesti 1st time masuk blog ni. pastu nak komen cam bagus. id profile pun private. takut ler tu. tak tau sequance jalan cerita bersiri laughter tu tak payah la komen. org 1st time masuk blog kengkawan den ni mano nak paham. marah sbb rasa tersindir. paneh miang.

    ketua pemudi

    ReplyDelete

Blog Archive