Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, February 10, 2010

Zambry Menang! PAS Dendam? Rakyat Penin!

Pak Sedaro terpanggil untuk melihat dalam kacamata berbeza perihal keputusan mahkamah Rayuan, dengan kemenangan kepada Zambry Kadir. Keputusan dibaca bahawa lantikan Zambry menjawat Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak mematuhi Perlembagaan.

Alhamdulillah, akhirnya kedudukan Menteri Besar yang SAH telah dinukil oleh Mahkamah. Inilah kuasa penghakiman dunia yang penuh sarat dengan HUJAH PENDAKWAAN DAN PEMBELAAN. Berita ini memberikan perspektif positif kepada kerancakan dan kemajuan sektoral ekonomi Negara khasnya di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Nizar yang mengidam kedudukan Menteri Besar akan terus berdengung dengan situasi ini. PAS akan terus mainkan api politik runcit yang mendewa pelbagai sandirawara.

Pak Sedaro fikir, yang menjadi bebanan sosial ialah RAKYAT PERAK, khasnya para pengundi Perak. Salah anak Perak juga yang undi memberi kemenangan kepada PAS-DAP-PKR pada 8 Mac 2008. Hari ini, ADUN PKR&DAP yang isytihar sebagai BEBAS kerana tidak mahu berpayung di bawah gelodak PKR-PAS-DAP, merupakan liabiliti kepada BN.

Liabiliti ini merupakan "BIAWAK HIDUP" kepada BN sebenarnya. Rakyat makin penin.

Pak Sedaro nak posan kepada Wakil Rakyat BN:

1. Negeri Perak punyai kedaulatan KESULTANAN MELAYU yang amat kukuh dalam hati, fikir, sanubari dan jiwa Rakyat Raja Perak.

2. Negeri Perak punyai kedudukan ibarat "telur di hujung tanduk" untuk BN.

3. Teknik dan taktik pimpinan Zambry mesti boleh mengubah kedudukan semasa kepada kedudukan yang lebih baik dan tuntas. ADUN Manong, ADUN Nazri Ismail, ADUN tertentu yang lain, MESTI dipakai dan diterima guna NASIHAT mereka.

4. Zambry Kadir kena ajak kumpulan pemikir ekonomi dan politik untuk MANTAP Perak dan BN, khasnya UMNO.

5. Zambry tidak boleh LUPA jasa buat dan khidmat bakti kumpulan "HARIMAU BERJUANG" yang sentiasa menangkis, menepis dan menyangkal...preskripsi BURUK BN dan UMNO sebagainya, di kalangan rakyat Perak.

6. Zambry kena bangunkan pulau-pulau tertentu sebagai Pusat Pelancongan dan ekonomi Bertaraf DUNIA.

7. Zambry kena RAJIN ke HUT Pelandok, HUT Ulu Kinta, HUT 4 RAMD untuk mengetahui secara langsung tanpa saringan, pelbagai keperluan dan kehendak Rakyat.

Kiranya, Zambry Kadir GAGAL setelah diangkat sebagai YAB MB berasas keputusan Mahkamah, Perak akan TUMPAS pada PRU-13.

Pak Sedaro posan "jangan MONANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI".

5 comments:

  1. Salam bro, rakyat perak tak pening pun. kami biasa je kat sini, sebuk carik makan untuk anak bini. yang pening hanya budak PR je. sakit hati derang meluak2. Rakyat Perak meluat dgn gelagat2 PR nih bukan penin!

    ReplyDelete
  2. Salam Pak sodaro,ha ni anak buah nak cakap pulak.semua bab diateh den setuju tp bab Adun Manong dan adun Dato Nazri ni yg den tak berapo setuju.
    Adun manong dan Adun Manjoi ni rato-rato org dah menyampah tahap max.bak kato org mengabihkan boreh yo kalo tak silap den dah nak masuk onam ponggal tp ontah apo yg dah dibuek ee kek kawasan masing-masing den pun tak tau.cam tu yo dari dulu.

    pada pondapek den elok lah diganti ngan yg baru yg lobih mudo dan bertonago dan yg berpelajaran tinggi golap mcm Dr Zamri pun tak po asalkan melayu dan islam tp bukan puak-puak yg suko tidor baring kek ateh jalan tu.

    ReplyDelete
  3. Lontong bersorak tando ada pak bolang
    Chikah mengenyeh hari dah malam
    Eloklah ungko yang monang
    Dah lamo boruk meraung pagi & malam

    ReplyDelete
  4. Tak perlu nak menunjuk pandai dan tak perlu mengajar seolah-olah Zambery terlalu bodoh.

    ReplyDelete
  5. Bang, Gomen BN tak kukuh, 28 vs 28 plus 3 bebas. Yg bebas akan jadi kaduk naik junjong, "katak akan kuda MB", ADUN2 lain akan meluat & sakit hati ...

    ReplyDelete

Blog Archive