Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, March 9, 2013

Manifesto Seorang Tan Sri

Manifesto bukan janji yang perlu ditunaikan! Andai kata jadi calon nanti, saya dah siapkan manifesto yang saya tak akan risau pun sama ada nak buat atau tidak, nak kasi atau tidak. Kepada semua rakyat negeri Belalang Kunyit, saya dah siapkan manifesto seperti ini...itupun kalau parti cendawan kukur saya menang;

1) Sepasang lembu jantan dan betina untuk dibela bagi keluarga dari golongan petani dan peladang. 

2) Membina lebih banyak kandang lembu, kambing dan kandang kuda serta pemberian percuma kereta kuda untuk penduduk kampung. 

3) Membina di setiap kampung, taman dan pekan loji air.

4) Sarapan pagi dan makan tengahari percuma untuk rakyat berpendapatan bawah RM4,000 per satu keluarga. 

5) Setiap ibu yang melahirkan anak akan diberi bantuan RM2,000 bagi setiap kelahiran sehingga anak ke 12.

6) Cuti untuk suami menjaga isteri bersalin selama sebulan tanpa rekod sehingga anak ke 12. 

7) Elaun warga emas sebanyak RM1,000 sebulan, ibu tunggal RM1,500 dan bapa tunggal RM1,500. 

8) Anak yatim akan menerima bantuan sebanyak RM500 seorang. 

9) Elaun membaiki kenderaan sebanyak RM1,000 setahun (kalau ada 3 kereta akan dapat RM3,000). 

10 ) Masuk stadium FREE. 

11 ) Menghapuskan bayaran parkir, bayaran masuk tandas awam dan segala jenis perkhidmatan atas nama awam.

12 ) Lelaki bujang dapat China Doll free. 

Jangan marah kalau saya tidak tunaikan kerana manifesto itu bukan janji kerana berterus terang itu lebih baik.  

Selaku calon Menteri Besar negeri Belalang Kunyit merangkap bakal ADUN Kelicap Sagu...undilah parti Cendawan Kukur kita. Negara kita negara berkebajikan dan demi rakan pakatan, Hudud wajib kita ketepikan serta pemimpin agong yang meliwat China Doll, wajar kita jadikan Perdana Menteri. 

Yang benar, 

Tan Sri Kolid Berahim (bukan nama sebenar). 

 ~Kredit kepada Saudara Abnor Hamizam.~

2 comments:

  1. Kalau inilah Manifesto PANEH, walaupun tak mampu ditunaikan, sei akan sokong dan bagi undi kek PANEH.

    Tapi poit yang ke 12 tu sei tolak topilah.. kih..kih..kih..

    ReplyDelete
  2. haha..nice bro..geli pulak hati aku membacanya...hehe..

    ReplyDelete

Blog Archive