Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, July 7, 2009

Lion Shit

Singapura adalah sebuah negara republik dan turut dilabelkan sebagai Negara Blok Komunis. Singapura yang mengamalkan sistem pemerintahan residen, turut diiktiraf antara negara yang dikategorikan maju di dunia. Namun begitu, kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa bangsa Melayu di Singapura sangat daif dalam pelbagai aspek kehidupan. Penindasan hak orang-orang Melayu di negara itu cukup menyedihkan, ditambah lagi dengan masalah keruntuhan akhlak dikalangan generasi mudanya.

Melayu Singapura ditindas mindanya melalui kaedah psikologi yang menyebabkan orang Melayu di negara itu sukar bersatu bagi menuntut hak mereka. Minda keseluruhan rakyatnya dikongkong oleh kerajaan yang memerintah sehingga pembangkang turut dihalang untuk menyuarakan bantahan. Pembangkang di Singapura tidak langsung dibenarkan berdemonstrasi, apatah lagi melakukan siri ceramah menghentam kerajaan (SANGAT BERBEZA DENGAN KEBEBASAN YANG DIBERIKAN KEPADA PARTI PEMBANGKANG DI MALAYSIA); itupun kerajaan persekutuan Malaysia masih dituduh zalim dan kejam.

Bagi kaum Cina di Singapura, perkara seumpama itu tidak mendatangkan masalah kerana mereka merupakan kaum majoriti serta kaum yang menguasai kerajaan di Singapura. Di bawah Lee Kuan Yew dan Lee Hsien Loong, kerajaan Singapura begitu licik dalam usaha untuk memecah belahkan orang Melayu di negara itu. Komposisi penduduk di semua daerah di Singapura akan dipastikan bahawa kaum Cina yang menguasai penempatan sebanyak 70%, diikuti oleh Melayu 25% dan kaum-kaum lain 5%. Ini sangat berbeza dengan Malaysia di mana negara ini masih wujud kawasan yang dikenali sebagai kawasan Cina seperti di Petaling Jaya, kawasan India seperti di Brickfields dan kawasan Melayu seperti di Gombak. Namun fenomena seumpama itu tidak wujud di Singapura. Kerajaan di negara Republik itu tidak membenarkan sesuatu penempatan itu diduduki oleh orang Melayu sepenuhnya. Mereka memberikan justifikasi bahawa susunan penduduk seumpama itu adalah perlu di Singapura kerana rakyat di sana terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Hakikatnya, ia merupakan kaedah licik agar bangsa Melayu di negara itu sukar untuk bersatu bagi menuntut hak mereka.


Jika dibincangkan mengenai bangsa Melayu di Malaysia, secara automatik kita juga akan membincangkan mengenai Islam kerana lazimnya, sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Melayu itu adalah Islam. Orang Melayu di Malaysia tidak perlu bertanya agama seseorang itu jika ingin singgah makan di kedai atau makan di rumah individu yang sama bangsa dengannya. Lazimnya orang Melayu akan terus makan di kedai tanpa banyak soal jika kelihatan pemiliknya seperti orang Melayu. Namun fenomena ini sangat berbeza di Singapura kerana orang Melayu, khususnya umat Islam di sana akan berhati-hati untuk makan sembarangan walaupun makanan itu disediakan oleh orang Melayu sendiri. Anda juga dengan mudahnya boleh menyaksikan betapa ramainya orang Melayu dengan selambanya makan tengahari pada bulan Ramadhan di Woodland, Singapura.

Melayu Singapura terbahagi kepada dua iaitu Melayu Islam dan Melayu Kristian. Fahaman Interfaith Commission (IFC) sudah menular dengan pesatnya di negara itu sehinggakan kebanyakan Melayu di sana menganggap bahawa semua agama adalah sama yang kononnya tetap menggalakkan kebaikan. Penekanan fahaman sebegini oleh kerajaan Singapura telah menyebabkan bangsa Melayu di sana menjadi keliru serta berpecah dari segi fahaman agama yang sekaligus merugikan agama Islam itu sendiri. Orang Melayu tidak mampu bersatu di Singapura disebabkan perbezaan agama ini dan jika bersatu pun, pasti mereka tidak tahu apa yang perlu mereka perjuangkan. Menteri Melayu terakhir yang turut dicetak wajahnya di wang kertas dollar Singapura ialah Yusof Ishak dan sehingga kini tiada lagi Melayu yang diberi peluang bersama kaum lain untuk mentadbir kerajaan.

Adakah Malaysia akan mengikut jejak Singapura sekiranya kuasa politik kerajaan negeri mahupun persekutuan, bukan lagi milik orang-orang Melayu?

7 comments:

  1. UMNO suka bercakap seperti itu...sedangkan hakikatnya adalah UMNO itu yg takut kehilangan kuasa!!!Mereka takut bila kehilangan kuasa, mereka akan diperlihatkan dgn jelas semua penyelewengan maha besar mereka selama memerintah...full stop..

    ReplyDelete
  2. kepada anonymous,.
    saya xtau anda ni Melayu atau bukan Melayu..atau mungkin saudara Melayu Islam atau Melayu Kristian??!atau Melayu Tanpa Agama??
    tetapi anda menulis menggunakan emosi yg berkiblatkan nafsu gajah semata2..

    Sahabat,,
    Saudara mmbuat kenyataan seolah2 tiada penyelewengan di dlm parti2 lain selain drpd UMNO..



    "Sedangkan hakikatnya adalah UMNO itu yg takut kehilangan kuasa!!!...."

    Bagi saya UMNO tak perlu takut akan kehilangan kuasa..sepatutnya orng Melayu itu sendiri yg perlu takut jika UMNO kehilangan kuasa..

    Kerana apa?kerana UMNO(parti melayu) adalah parti majoriti dlm Barisan Nasional,merangkak kerajaan malaysia yg ada skrng..

    Jika UMNO tumbang,apa saudara yakin PKR dapat menjaga hak dan keistimewaan org melayu?
    Atau tuan hamba yakin PAS dpat membina TAMADUN ISLAM di Malaysia ni?tak payah beri cth lain...
    parti2 pembangkang ni hnya byk Retorik semata2...Pas sudah mempermain2kan agamanya..

    Cthnya di Perak,.."Kau lompat kat aku,HALAL..tapi aku lompat kat kau..HARAM.."
    wow!kitab ape yg pemimpin anda baca yg menyatakan bhwa satu perbuatan yg sama dapt memberi dua hukum yg berbeza??

    jadi,
    bagi saya ape yg Paneh cuba sampaikan ada betulnya..Melayu kena bersatu...

    kerana ape?kerana MELAYU takkan hilang di DUNIA...

    ReplyDelete
  3. Salam PM,

    Atwa,

    Anon kek ateh sekali ni kito nak cari salah dio pun tak guno.. salah-menyalah ni adalah politik yang tidak baik.. apo kata kito berpolitik secara positif tanpa cari salah orang lain demi kemajuan agama & ekonomi dan bangsa kita.. InsyAllah dengan permulaan sebegini kito dapek tonjolkan politik yang baik berlandaskan Islam..

    Kita doakan sajalah anon diatas dapat memberi sumbangan untuk memajukan Islam dan memelihara bangsa kita yang semestinya Islam..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  4. mungkin bila nanti....!

    agak2nya anon yg kek atas tu mengharapkan bumi malaysia ni jadi seperti s'pore barulah nak melayu tu bersatu. mungkin bila melayu hanya pada nama tidak pada ruhnya barulah nak sedar. atau bila m'sia dah jadi cam iraq, palestin, afghanistan dll yg seangkatan barulah kata UMNO tu betul. agaknya lah....!

    takyah pergi jauh2lah, dlm m'sia ni pun dah ada negeri yg umpamanya, tgk saja penang. apa sudah jd melayu disana? mana tamadun islam yg hebat nak dibina? jgn pulak menafikan dgn mengatakan semua itu sebab UMNO punya pasal. kita nak berbicara ttg penyatuan melayu dan islam. agak2 kalo melayu islam bersatu di penang blh ambil alih org melayu islam jd ketua menteri tak? blh tak DAP bg kat PAS laluan utk jadi ketua menteri? kata pakatan, apsal PAS tak mintak utk jd KM disana utk membela islam? semua persoalan ni bunyinya lucu dan mustahil tapi itulah gambaran kpd kerajaan pakatan ni....

    entahlah. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. Saudara Jejak Tuah ni betul ke tak ni????
    Anda persoalkan Melayu Penang? Usahlah anda bersandiwara pulak...kan UMNO perintah Penang bersama BN dlm masa yg cukup lama....apa yg dibuek eh kat Penang tu...macam2 alasan UMNO/BN nak lepaskan diri tak mau btgjwb kat melayu penang..semuanya salah melayu penang saja??? awak buat apa????

    Sebenarnya...terus terang aku kata...aku tak benci nama UMNO tp aku sgt2 benci pemimpin UMNO yg sgt teruk, menjadikan jawatan sbg kuasa utk kepentingan diri...cukup meluat org tengok...bukan benci tak tenitu arah bro!!! bg aku kalau daku undi UMNO bila dia menang dan berkuasa, maka dia akan melakukan rasuah, penyelewengan, slh guna kuasa..akhirnya dia kaya dan senang..tp org yg undi dia tetap tak berubah...dapat apa cam tu???? dan sudah pasti kita yg undi UMNO akan kena dosa sekali...sebab kita menyokong dia utk melakukan kemungkaran....lbh baik tak undi UMNO....

    ReplyDelete
  6. Singapore has an inferiority complex because the 'big brothers' Malaysia and Indonesia are very competitive.

    ReplyDelete
  7. salam..

    pening betul ambo.. hok ni kato gitu.. hok tu kato gini.. lamo doh ambo dok klate.. mace-mace tok guru buat kat sana..ada usrah.. ado khatib baco khutbah.. tak pakai teks pun..

    isle tetap jale jah sana.. membangun bersama isle.

    dah lama jugok ambo duk negeri sembile.. jare-jare skali balik kelate.. skali balik terkejut jugok tengok pembangune kelate.. meme pesat membangun rumput dan lale.. tok reti nok pikir doh..!!

    apakah isle hanya semaye.. dan jugok apa isle hanya politik.. kehidupe tak penting.. jauh ambo cari pitih wak balik ke kampung halame.. kampung halame ado kedai make jah.. nak kijo gomen pun payah ambo tak dok ore dale.. balik dengar khutbah jumaat pun tok ime dok kata kraja'e BN kraja'e kafir.. balik smaye raya pun tok ime dok kata gitu jugok.. kekade ambo pikir lagu nie ko isle di klate.. di serembe tok ime dok kecek pembangune agama, bangsa dan negaro..

    tok reti weh..!! politik untuk isle.. isle untuk politik.. hok mano so nih..!!!

    bilo time pilihanrayo.. paling ambo takut nok balik.. srupo nak perang.. ado hok kecek kuat.. ado hok paka smutar.. srupo samseng duk nepik tepi jale.. takut weh ambo.. pekong batu kena keta ambo.. pecah cermin ambo.. tengok bendera hija.. pah guano..!! isle ko nie.. alik sana pulok tenang.. nak gi pun sene.. tapi kalu gi pulok kena kutuk srupo wak saloh besar.. kata ko ambo org kafir.. sebab gi make mee kedai kak yah.. kedai kak yah cat biru.. pelik betul ambo.. bak po tak tukar bendera kleta dari merah jadi ija..

    pelik.. pelik.. pelik..

    ReplyDelete

Blog Archive