Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, October 24, 2009

Marhaban Hafszach & Kapal Layour & Suku-Sakat 1/3 !

Kepada Hafszach yang Suku Akal, Suku Adab dan Suku Alim...Kepada Harszach dan kuncu karib
Hafszach

"Wahai ahli / penyokong UMNO..!!Kalau dikaji dan diperhalusi semula sejarah kemerdekaan Malaya betul2, baru kalian semuaakan nampak sebenarnya bukan para ulama2 dan org melayu dahulu serta pemimpin pembangkang sekarang ni yang sial sebenarnya UMNO yang Sial sbb jd Baruah British..

Jgn lagi buta sejarah wahai UMNO.. mari cabar aku ttg konsep Jus Soli kalau Ahli dan penyokong UMNO berani.. jaga mulut ahli UMNO semua..!! senang2 nak kata sial kat para ulama kita..!!"

2 Perenggan di atas ini, dipetik dari tulisan insan yang belum cukup Haul dan Nisab iaitulah HAFSZACH...Jika dia perempuan, boleh dikelas sebagai Lesbian. Jika dia Lelaki, boleh dikelas sebagai Gay. Ini kerana skema penulisan dan rangka ilmu yang cuba ditransformasi dalam istilah "BRAIN WASH" amat KUFUR nilai ADAB dan ILMU Duniawi dan Ukhrawi-Nya.

Hafszach ini mungkin hidup dalam GUA TEMPURUNG atau GUA NIAH. Mungkin juga hidup di bawah air dalam alam ATLANTIS, semasa semua peristiwa yang diwiridkan oleh-Nya.Hafszach ini seperti manusia yang secara sendiriNYA menafikan kemuliaan Bangsa dan Tamadun yang dibina sejak awal oleh Tun Perpatih Pinang Sebatang dan Tun Alang Temenggung.

Ketahuilah wahai HAfszach yang BODOH sejarah, dan JAHIL nilai sejarah bahawa sipolan-sipolan yang Hafszach sebutkan untuk dinyatakan sebagai UMNO ditahan British, tidak pernah wujud sebelum 1946. Semua pejuang dan ulama besar Islam berketurunan dan darah Melayu, jika disenarai panjang ada sekitar 856 orang yang dalam kelompok ini, mereka juga WaliYullah, Para Syuhada, Para Tabien yang dihormati oleh Ilmuan Islam sezaman dengan mereka.

Tokoh-tokoh Melayu selepas 1946 yang ditahan dan ditangkap tanpa bicara oleh British pula terdiri daripada 1000 orang yang semuanya telah dicatat dalam Sejarah Malaysia sebagai Pejuang Fahaman Kanan, mahu pun Fahaman Kiri, Kaum Tua mahu pun Kaum Muda. Hafszach ini merupakan antara CALON Pilihan Menteri untuk menikmati Alam di Kemunting kerana semakin banyak melakukan penyelewengan ILMU SEJARAH MALAYSIA HARAM... sejak Perlembagaan Persekutuan 1957 mula ditulis pada 1948.

Benar dalam sempadan bumi Malaysia bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah Undang-Undang Tertinggi. Sedarkah Hafszach bahawa penulisan undang-undang ini mematuhi aturan penulisan Perlembagaan Madinah dan Perjanjian Hudaibiyah. Sedarkah Hafszach bahawa penulisan Perlembagaan Persekutuan telah dirujuk kembali kepada Ijtimak Ulama' Kebangsaan pada Sidang 1950-1956 sebelum dibentang kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Sedarkah Hafszach bahawa Ustaz Ahmad Fuad, Sheikh Fahim, Ustaz Ahmad Badawi dan 25 orang lagi, Pemikir Besar Islam ketika itu telah memberi persetujuan kepada GAZET/WARTA Perlembagaan Persekutuan 1957. Bertanyalah Hafszach kepada Tuan Guru, Tan Sri Hassan As-Shaari yang dipilih khas oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-HAj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Al-Haj dengan perkenan DYMM Tuanku Abdul Rahman, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama? Apakah rahsia di sebalik pemerintahan semasa itu. Kenapa diperkumandang AZAN semasa itu?

Hafszach yang KUFUR NIKMAT, jika kalian tidak bersyukur dengan ilmu dan perhiasan dunia yang ada dengan saudara, maka layaklah saudara menggugurkan diri sebagai PEJUANG seperti yang diigau oleh saudara! Ingatlah amaran kami yang bertitah bagi pihak keturunan Pemimpin Era pertama sejak 1876 hingga hari ini, yang mana darah kependekaran, keperwiraan, kepahlawanan yang masih MENGALIR dan MERESAP dalam batang tubuh ini.

Pak Sedaro berpesan kepada Hafszach dan rakan sekuncu yang SETUJU dengan wadah fikiran sepertinya....eloklah bertaubat selagi PINTU TAUBAT masih TERBUKA luas untuk KALIAN.

Pak Sedaro memperturun komentar dalam tulisan terdahulu, khusus kepada Hafszach...yang semakin diaibkan oleh Ilmunya sendiri. Melihat kepada sambutan oleh Kapal Layour dan mungkin lebih ramai rakan ikutan seperti mereka...Pak Sedaro terpanggil dan diseru untuk menajamkan tulisan ini agar dapat dibaca oleh sekalian umat Malaysia dalam Negara dan Luar Negara.

Menyingkap tabir kedengkelan pengikut massa yang kononnya PENYOKONG ULAMA' atau Pejuang Ulama'...terserlah karya dan penceritaan dalam akhbar tabloid kalian yang semakin menyatakan kebenaran penulisan yang pernah terlahir dalam Paneh ini. Apalagi bila mana diperjelaskan perihal tokoh atau insan ilmuan Islam berketurunan Melayu yang begitu ramai berguru di Makkah dulu. Sedarkah kalian bahawa kumpulan ini merupakan pencipta kepada pelbagai sejarah Rakyat Raja, yang dikepalai oleh jurit-jurit tanpa nama "Unsung Hero". Kalian tidak pernah ambil tahu bagaimana sejarah kewujudan Kerajaan Di Raja Kedah, Kerajaan Di Raja Perlis? Apalagi dalamnya Kerajaan Di Raja Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu dan Pahang? 235 orang tokoh...almarhum Ulama' yang pernah berguru di Makkah, merupakan pengkarya tersembunyi yang kini didodoi bersama oleh parti siasah Melayu. UMNO tertubuh juga atas nasihat kumpulan ulama' yang menentang Inggeris sepenuh hati. Penggerak UMNO ialah kumpulan Rakyat Raja berpendidikan Inggeris sebagai medium paling halus dan strategik.

Hafszach, Kapal Layour, Datu Sulaiman dan ramai lagi, pembaco Paneh yang membutuhi perimbangan ideologi siasah PAS+PKR+DAP.....bacalah secara mendalam tentang ulama' silam. Bukan baco setakat tulisan dalam Harakah dan Buletin Adil sahaja.

Nampaknya kumpulan Benteng PAS+PKR+DAP sudah iktiraf Cicit Kamat, Paneh, Sojuk, Gedoyok sebagai penulis TERHEBAT dalam persada maya. Alhamdulillah...Moga Allah sentiasa memberi rahmat dan hidayah untuk pasukan PANEH MIANG menerus aspirasi Alif, Ba', Ta'...

Moga roh semua Ulama' Melayu silam yang menjadi idola Rakyat Raja dan Malaysia kini, dipusatkan dalam kalangan ahli Jannah, Al-Fatihah.

15 comments:

  1. Dulu Bangsa Arab pun tak de apa2 Hak keistimewaan..
    Mereka hidup macam binatang..

    Tapi bila Allah menurunkan Rasul dari kalangan mereka ( Muhamad Bin Abdullah ) yang menyebarkan agama islam maka mereka telah menjadi suatu bangsa yang hebat sehinggakan berjaya mengatasi segala kehebatan bangsa lain ketika itu..

    Dunia terlalu kagum dgn segala ketamadunan yang di bawa oleh islam sehinggakan mereka mengiktiraf bahawa tiada suatu pun tamadun di dunia ini yg dpt mengatasi sejarah ketamadunan islam pd ketika itu.. kerana tamadun islam bukan hanya berdasarkan kebendaan tetapi merangkumi akidah dan segala aspek kehidupan..

    Apakah UMNO cuma ingin bangunkan ketamadunan bangsa meLAYU ini dgn kebendaan serta menidakkan akidah kpd yg maha esa.. tamadun apa yg cuba dipromosi oleh UMNO.. sedangkan dunia dan manusia kini serba kacau bilau akidat daripada ketamadunan yg tidan seimbang diantara kebendaan dan akidah..

    Persoalannya..!!

    Apakah dgn adanya banyak masjid itu melambangkan kuatnya agama islam di dalam sesebuah negara..??

    Adakah dgn UMNO mengadakan pertandingan musabaqah al-quran itu menandakan islam telah ditegakkan..??

    Bagaimana umat islam ingin bersatu..

    Apakah mungkin umat islam akan bersatu dgn sebahagiannya menuntut agar agama islam dilaksanakan sepenuhnya termasuk di dalam bidang pentadbiran negara sedangkan sebahagian yg lain hanya mahu mengguna pakai islam hanya di dalam hal2 ibadah sahaja..

    Bagaimanakah caranya UMNO dgn PAS dapat disatukan..??

    Apakah UMNO sanggup meninggalkan anutan Fahaman Assobiyah mereka yg terang2 dilaknat oleh Allah dan Rasulnya..

    Apakah UMNO rela sepenuh hati untuk meninggalkan kecintaan mereka terhadap perundangan negara yg dicipta oleh Load Reid ( seorang berbangsa yahudi )..?

    Apakah UMNO sanggup menerima pakai segala perundangan Allah dan Rasulnya tanpa sebarang alasan dan tentangan..?

    Apakah UMNO sanggup meninggalkan segala kemewahan kebendaan, pangkat dan bintang2 kebesaran serta meletakkan taraf mereka hanya sebagai penjaga amanah Allah terhadap kebajikan rakyat di bawah mereka..??

    Apakah UMNO sanggup menanggung kerugian dari segi hasil mahsyul dan cukai dgn mengharamkan segala bentuk hasil perjudian, arak dan hiburan songsang yg ditaja oleh agen2 manson yahudi dlm negara kita..??

    Apakah UMNO sanggup serta merelakan diri mereka dan ahli keluarga mereka diadili serta dihukum menurut Hukum2 Allah..?

    Sedangkan PAS ingin menuntut agar agama islam dilaksakan sepenuhnya tanpa sebarang kompromi baik dari segi kehidupan mahu pun pentadbiran negara ( Politik )

    Persoalannya kita selaku manusia2 yg berbangsa melayu, berakal serta beragama islam adakah tergamak kita mendahulukan bangsa melayu melebihi agama Allah..?

    Apakah tergamak kita melihat UMNO yg menyintai Perundangan ciptaan yahudi itu bersatu dgn PAS yang istiqomah dgn perundangan Allah..

    Kerosakan apakah yg sedang kita usahakan..??

    Apakah mencampurkan fahaman assobiyah, perundangan ciptaan yahudi yg dibawa oleh UMNO dgn perundangan Allah yg dijunjung oleh PAS itu bisa menyelamat dan membahagiakan semua org2 melayu..

    Fikirkanlah, kita sebenarnya berada di dua persimpangan..!!

    1 ) Pas bergabung dgn UMNO tanpa sebarang syarat - Melayu akan menang tapi islam akan tergadai kerana mencampur-adukkan yg haq ( hukum Allah ) dgn yg bathil ( assobiyah dan perundangan ciptaan yahudi ).

    2 ) UMNO menerima perjuangan PAS kerana Allah - islam akan menang kerana UMNO dan PAS sama2 akan mendaulatkan Hukum Allah di dalam segala kehidupan baik sosial mahu pun politik..

    Pilihlah dgn iman bukannya dgn akal semata2..

    Sebenarnya kita menjemput bala dari Allah jika mencampur-adukkan yang Haq ( Hukum Allah ) dengan yang Bathil ( Assobiyah dan Perlembagaan Ciptaan Yahudi ).

    ReplyDelete
  2. Hafszach. Nama pun susah nak sebut umpama nama yahudi je yg susah nak eja. Takde modal dah ke asik komen yang sama. Cuba lagi ya.

    ReplyDelete
  3. Saudara Hafszach...

    Pak Sedaro anjurkan saudara tambah lagi ilmu dengan membaca kitab-kitab terdahulu, yang ditulis oleh Imam Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi dalam bab Pentadbiran Negara dan Tamadun.

    Juga, dalami penerangan dalam Ihya Ulumuddin, karya Imam Al-Ghazali. Fahami semula kaedah dan pesanan, Utusan Rasmi Saidina Ali bin Abi Talib kepada Gabenor Mesir.

    Saudara Hafszach, melihat persepktif tamadun dalam gelas lutsinar, yang sezaman dalam konteks Hafszach, sudah dimamah bumi. Hanya tinggal kesan SEJARAH. Gelas Tamadun Malaysia diwarnai oleh Sawo Mateng, Hitam Legam, Putih Kapur, Kuning Langsat dan macam-macam bau, ada yang suka setanggi, colok sebagainya.

    Saudara kena berguru semula, jumpolah Sheikh Muhammad Fuad Al-Maliki, untuk uzlah. Atau Sheikh Murtaza bin Sheikh Ahmad. Atau Sheikh Azhar yang masih hidup jika tak sudi dengan At-Tantawi. Atau berguru dengan Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Atau DYMM Raja Perlis yang sanadnya dari keturunan Muhammad bin Abdullah.

    Baru nanti, saudara jawab sendiri semua soalan yang terbit atau yang mungkin boleh diterbit secara lebih AMAN dan DAMAI.

    Banyak lagi kitab PURBA yang belum saudara telaah. Pak Sedaro ingin berpesan BERGURULAH DULU SOAL BERKERAJAAN DALAM TANAH MELAYU INI, BARU KITA DEBAT SOAL DUNIA YANG LEBIH AGUNG.

    PAS & UMNO telah LAMA damai & sepakat. Yang belum ialah kuncu-kuncu yang hilang dayung dan kemudi.

    ReplyDelete
  4. pi mai pi mai dok sebut pasal perundangan yang digubal oleh lord reid. yang teman sekatil hangpa bertuankan yahudi tu apa halnya? hujah mai nak dengaq sikit.

    kama ttdi

    ReplyDelete
  5. hafszach,

    ""Fikirkanlah, kita sebenarnya berada di dua persimpangan..!!

    1 ) Pas bergabung dgn UMNO tanpa sebarang syarat - Melayu akan menang tapi islam akan tergadai kerana mencampur-adukkan yg haq ( hukum Allah ) dgn yg bathil ( assobiyah dan perundangan ciptaan yahudi ).

    2 ) UMNO menerima perjuangan PAS kerana Allah - islam akan menang kerana UMNO dan PAS sama2 akan mendaulatkan Hukum Allah di dalam segala kehidupan baik sosial mahu pun politik..""

    Sikit je,
    ape PAS sekarang bergabung dengan mereka yang memperjuangkan Haq?
    atau
    bergabung dengan mereka yang lebih teruk?

    ReplyDelete
  6. kok dah barua tu barua yo...barua umno

    ReplyDelete
  7. omak kau kek ateh ni merupakan bukti pencacai pembangkang yg tak mampu berhujah tapi cuma handal menafi. kakakaka. kesian..

    ReplyDelete
  8. eh... apo namo budak tu? cencurut? hangover? hang kebun?

    aku pon maleh nk komen byk2 pasal si polan hafszach yg umpama yahudi mabuk ni...

    apo lak yg di tidakkan akidah yg Esa nye?

    sape yg assobiyah ni? aku pn xpaham.. org sambut baik perpaduan Melayu, nik aziz lak yg tak mau..

    bab perlembagaan yahudi tu dah di jawab la hafszach oi...
    ko xreti baca ke?

    tah... kadang2 aku pelik pon ada..

    penipu.. pembohong.. pemecah umah tu gak yg disokong dek mamat si agen yahudi xberbayo ni..

    lantak ko la jang...
    kt web leh la ko ckp mcm hero...

    ReplyDelete
  9. suka sungguh saya pasal komen anda untuk PTPTN sbg biasiswa sepenuhnya. sebenarnya mmg kami menantikan ianya bertukar menjadi biasiswa, dan betul kalau pemuda umno ambil tanggungjawab memperjuangkannya, mmg tak mustahil sokongan kembali kepada umno. arghhh kenapa diaorg tak buat??

    ReplyDelete
  10. kalau bondo tu isik tombolok kau, kau sokong.. kalau untungkan org lain tp xuntung kan kau, kau kutuk...
    kalau PTPTN jd biasiswa nnt tmbh maleh la budak2 melayu nk blaja... budak cino ngan india gak tau hargai peluang yg dapek nnt...

    bayar cukai xnak, sumo nk subsidi, barang naik bising, xdapek bonus bising... kojo maleh..!!

    apo la nk jadi melayu ni...

    ReplyDelete
  11. sudahlah,

    PAS sendiri pun tak konfiden dengan Islam, nak bangunkan negara Islam Konon..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  12. hafszach : maksud eh huruf z separuh yo. tu lah sobab eh dengan ilmu yang dangkal, tolur separuh masak, buah bacang lisut, nak digulai tak masam, nak dibuek kerabu, pait plak tu, jadi biarkan dio dengan dunio dio. kok dio nak terojun, bori dio buah labu.
    he he he

    ReplyDelete
  13. Kena ulas sikit dgn Hafszach, terus korang jadi bingai tension emosi tak tentu hala. Ini baru Hafszach, dulu pun dah KO kena dgn hompuk. podah dey dasar melayu subsidi lombu kerajaan bagi puek. Ekau botak nak gigi palsu ka rambu palsu?(subsidi beb)!

    ReplyDelete
  14. den raso laa dio ni baru nak isi borang daftar mengundi..dah cakap camni..tu baru isi namo jo kat borang tu..kiro eh budak baru nak menyarap lagi ni..tak po laa..

    ReplyDelete
  15. bia la dio.. bkn paham bahaso pun.. baru nk cerai susu tu..

    den nak mesin rambut subsidi.. leh bkk kedai gunting rambut..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive