Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, October 12, 2009

Meneropong Bajet 2010

Hujung bulan Oktober ini, YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan akan membentang Belanjawan Tahun 2010, di samping melapor Kewangan Berakhir 2009 kepada umum.

Pembentangan Belanjawan ini mamatuhi peruntukan dalam Rang Undang-Undang bagi memperuntuk dan mengumpuk sejumlah Wang untuk di Belanja dan di Urus oleh Kerajaan Malaysia demi Kepentingan Rakyat dan Negara.

Apakah resepi tahun depan? Apakah preskripsi Ubat Batuk kepada Rakyat? Apakah preskripsi Ubat Pening kepada Warga Jembel? Apakah preskripsi Ubat Kembung kepada Warga Marhain? Apakah preskripsi Ubat Lelah kepada Warga Madani? Apakah preskripsi Ubat Buasir kepada Warga Elitis & Bangsawan? Apakah preskripsi Ubat Resdung kepada Warga Dewata Kaya?

Pak Sedaro, melihat tahun 2010, bakal menerbitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM 310 billion, yang boleh mungkin memberi galakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 2.5% hingga 3.5%. Pak Sedaro, meneropong tahun 2010 suku pertama sebagai Tahun Memanas Enjin Lotus DS Najib...yang amat perlu merancak kelangsungan ekonomi dan dunia keusahawanan NEGARA.

EKUINAS ditubuhkan. Khabarnya Menteri jaga EPU, sedang kaji semula isu-isu polemik dan temberang Sistem Pengurusan Inisiatif berbentuk Kewangan dan Geran Kewangan kepada Umat Melayu yang berniaga, tinggi dan rendah, tunggang terbalik, dek hentaman tsunami kewangan Dunia ciptaan NASRANI DAN YAHUDI.

Pada bacaan senteng Pak Sedaro, Bajet 2010 bakal memberi de facto baru kepada folio Pengurusan Strategik Kewangan dan Keusahawanan Negara. Khasnya dalam bidang seperti Nanoteknologi, Teknologi Aeroangkasa, Teknologi Animasi, Bioteknologi Berasas Sumber Komoditi Kelapa Sawit/Getah/Koko/Kopi/Kenaf/Kelapa, Teknologi Kesihatan dan Pelancongan Kesihatan, Teknologi Pembinaan dan Pengurusan Teknologi Penyenggaraan Fasiliti, Teknologi Kejuruteraan Maritim dan Pelabuhan Berskala Kecil dan Sederhana serta Pelabuhan Barter Trade Port, Sistem Pengangkutan Awam khasnya KTM, LRT-Star, LRT-Putra, ERL dan Perkhidmatan Bas Perantara Berhubungan Antara Stesen di samping paling mustahak ialah Kemaskini Agenda Pelajaran Peringkat Asas, Rendah, Menengah dan Pengajian Tinggi hingga Kesarjanaan Doktor Falsafah, Teknologi dan Anatomi Forensik Pelbagai Kategori dan Disiplin Ilmu Forensik secara Mencapah, Pendekatan HANRUH dalam Pengkayaan Modal Insan anak Malaysia keseluruhan.

Walaupun tidak semua tepat, ada potensi bidang-bidang ini merupakan Bidang Pilihan Pengurusan Kabinet 1 Malaysia. Pembaca budiman yang suka dan sayang BN, mahu pun yang benci dan jijik dengan BN. Kalian pada akhirnya menerima juga tempias atau pun bau kentut , limpahan ekonomi dalam mana-mana Bajet yang dikhas saban tahun. Namun dalam kunjungan tahun 2010 ini, Pak Sedaro menjangkakan kalian sebagai Rakyat akan mendapat lebih nikmat atas sifat Adijagat 1 Malaysia.

Paling lekeh, Pak Sedaro jangko, Rakyat punya merasai kesan aliran dan bah ekonomi menjelang bulan Mei 2010, dengan pelbagai program dan aturan karya 1 Malaysia. Mungkin juga kepada kelompok masyarakat tertentu dan khas, mereka ini menerima kesan paling optimum dan mewah. Mungkin juga sebilangan kecil akan TERUS menangis, merintih dan merenggek kerana di ANAK TIRIkan, kata mereka.

Pokok pangkalnya, apakah Rakyat Malaysia khasnya Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Pribumi Sabah sedang berfikir untuk memaju bangsa dan negara? Apakah kumpulan ini, masih inferiority complex "rendah diri melampau" yang amat sangat? Atau apakah tiada program yang difikir strategik oleh kelompok insan cerdik-pandai, lahir daripada kalangan mereka? Kenapa kalian membisu? Ada akal tak berfikir? Ada mulut ditampal rapat? Ada mata dipejam padat? Ada telinga disumbat ketat? Ada nafsu di kasi mati?

Banyak perkara yang cuba diwayangi oleh GLC, yang rakyat tidak ambil peduli. Antaranya, bil elektrik, kini dimasuk dalam sampul surat yang cantik rupawan? Kertas untuk bil IWK, begitu tebal? Senggaraan Lampu-lampu isyarat di jalan, makin di abai? Penurapan jalan utama yang disub kontraktor oleh GLC, tidak diambil kisah? Program tertentu dikongkong oleh GLC tertentu? Barisan tauke-tauke TELUNJUK LURUS, KELINGKING BERKAIT makin beranak pinak dalam GLC? Pedagogi perbankan yang diterajui oleh "mungkin asalnya" Rakyat Raja seperti Celupan Emas di Tengah Larva Berapi...Proses LANUN di Bank masih belum beres?

Ini antara stigma dan rasa hati rakyat setelah hampir 19 tahun, sejak 1990...masih belum diselesai secara bil-hikmah oleh Kerajaan Malaysia. Marilah kita persoalkan Bajet 2010:-

1. Siapa akan kaya?
2. Berapa peratus Rakyat Jembel dan Marhain akan terbela dan diselesai masalah semasa?
3. Berapa peratus Rakyat Jembel dan Marhain akan dapat nikmat pelajaran, ekonomi dan kekayaan sosial?
4. Berapa peratus Rakyat Jembel dan Marhain akan peroleh rumah, insurans kesihatan, pengangkutan awam baik dan berkesan, penyampaian maklumat dan saluran bantuan yang tepat dan benar?
5. Berapa peratus Warga Madani akan terus terhimpit dengan sistem meritokrasi Metropolitan Kuala Lumpur?
6. Berapa peratus Warga Madani akan terus MISKIN dalam BANDAR?
7. Berapa peratus Warga Jembel, Marhain dan Madani akan MEREMPAT DAN PARIA dalam negara sendiri?
8. Siapa kalangan elitis dan bangsawan dapat KAUT HASIL NEGARA?
9. Siapa kalangan Dewata Kaya akan terus RAKUS MEROMPAK TITIK PELUH rakyat?

Posan Pak Sedaro kepada barisan pemikir yang mereka ini punya Driver sendiri, Kenderaan bukan sendiri punya, elaun dituntut berkodi-kodi, lebihan gaji bulanan pun boleh beli tiket satu kali UMRAH, tak payah sibuk terkejar-kejar macam warga Jembel/Marhain/Madani, tak payah pulun makan di rumah sebab banyak LEMBU DAN BARUA bayar makan minum di kaki lima, restoran, hotel dalam negeri, hotel dalam negara dan hotel luar negara, kekadang maintenance rumah pun ada LAHABAU yang bayar...! Kalian kena ingat 25.9 juta rakyat makin PENING LALAT, ibarat LANGAU di kala ini. Kalian kena fikir 25.9 juta rakyat jika berdoa dalam konteks insan dizalimi tak kira baik Islam mahupun belum Islam, maka kalian yang sejemput ini akan JAHANAM. Kalian kena waspada 25.9 juta rakyat ini ialah pembekal kepada kerja buat kalian, andai terdetik "AKU HARAMKAN REZEKIKU DIMAKAN OLEH PEGAWAI/MANUSIA YANG DIBAYAR GAJI MELALUI SKRIP KERAJAAN MALAYSIA KERANA ZALIMNYA MEREKA" nescaya kalian yang MELALUN ..., jawabla sendiri ...Pak Sedaro tak payah kupas la, sendiri mau ingat. Kalu tak mati-mati, ok lah.

Ingatlah Kerajaan BN, Bajet 2010 ialah permulaan yang baik dan berkesan kepada Fakulti Pengurusan Kewangan Negara untuk masa depan PRU-13.

7 comments:

  1. Tinjauan yg menarik, teropong yg dharap memberi impak samarata 1Malaysia..

    ReplyDelete
  2. Yang untung kroni besar dan tauke2 di kelliling pinggang UMNO/BN yg sedang terjelir2 lidah menanti makanan enak yg bakal disumbat olh umno/bn ke mulut mereka...maka kekenyangan mereka, dan maka melarat lah rakyat miskin, namun cukai tetap dikutip sama rata samada miskin atau kaya!!!!!!

    tiada apa yg buleh dibanggakan!!!!!

    ReplyDelete
  3. ano bingai atas ni mesti tak pernah bayar cukai. sbb tu tak tau beza cukai antara orang berpendapatan besar dan kecil. rascal.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  4. Cukai??? semua org bayar cukai, bayar semua jenis perkhidmatan, bayar semua jenis charge bulanan, bayar semua jenis cukai wajib, road tax (tanah, pintu, dll)...soalnya adakah semua rakyat malaya semuanya korporat yg mesti bayar cukai korporat???? cukai korporat utk korporat, mrk byr jugak sbg tgjwb kpd negara sama lah dgn rakyat marhaen yg bayar jugak cukai spt income tax, dsb....semua kena cukai, tinggal lagi besar atau kecik saja, dan banyak atau sikit jer : yg penting semua rakyat tak terlepas dr membayar cukai, sbg tgjwb bersama membangun negara...
    Tapi mslhnya wang2 cukai ini yg terkumpul sebanyak itu disalah gunakan.....ingat!!! sesuatu kerajaan adalah pemegang amanah rakyat sbg pengutip dan pemegang dana awam terbesar negara di dunia....ko sendiri ko tak faham pak bak????

    biasanya wang sebanyak itu lah yg disalahgunakan olh org berkuasa!!! siapa yg berkuasa? jawabnya UMNO/BN...

    ReplyDelete
  5. iyo lah pak hompuk..
    org UMNO/BN semuo eh jahat,
    org2 PAS, PKR DAP jugak baik, maksum, hebat..
    UMNO/BN tak buleh terimo kekalahan,
    PAS & PR menerimo keklahan dengan hati terbuko,
    UMNO jahat, gengster,
    PAS baik, berbudi bahasa, bersopan santun.
    UMNO tak Islam, PAS Islam..
    marilah rakyat dunio masuk PAS, pasal PAS tu Islam.. PAS bagus menggunokan sepenuhnya Islam dalam pentadbiran..
    PAS baguih.. DAP ngn PKR pun tunduk kepado PAS atas kegomilangan pemerintahan PAS...

    tapi heran majoriti rakyat tak plak nak pilih PR ni,
    buto ko rakyat ni, bangang ko? takdo akal ko?

    wallahulam..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  6. Rakyat bukan tak nak pilih PR sekarang Pak Puk, tapi mereka akan pilih PR masa PRU 13 nanti..den optimis...cayo lah cakap den Pak Puk!!!!

    ReplyDelete
  7. betul tu pak puk,

    PR pun skarang amat comorlang dalam mentadbir negeri.. tengok kek selangor, perak & penang.. aman damai ajo pemerintahan diorang..
    suko betul den nengok diorang memorintah.. macam pemerintahan khalifah umar dizaman kegemilangan Islam dulu..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive