Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, October 11, 2009

Analisis Kampung N 31

Di samping memacam hal yang telah diterjemah oleh penulis-penulis sebelum ini. Ternyata, pada hemat dan bidikan Pak Sedaro, kumpulan kecil, trup gempur dan sindiket perang Pasukan Arukan Syaitan yang makin dirasuk Ifrit....Masakan, Pak Sedaro naik angin bilo nengok, BIADABNYA mereka di Sua Betong...Itulah Pak Sedaro selalu cakap bahawa Sekutu Kalian Al-Juburi Al-Liwati Al-Syaitani telah dikhianati oleh ILMU SONGSANG CIPTAAN PAS+PKR+DAP.

Dah di posan SPR, jangan bina BARONG...dijadikan juga BARONG, sampai Ketua Polis Negeri Sembilan kono jumpo dan bercakap...Namun dek BOSAR BODOBAH kalian...POKAK BADAK SUMBU, MUKO TAK MALU TOBAL GAJAH AFRIKA...inilah gamatnya...

Sibuknya lagi..buat tayangan perdana percuma di jalan dan gigi-gigi jalan...Sanggup pulak jadi ANJING MENYALAK...hingga sekali lagi banyak "piring terbang" dan "UFO" berterbangan...

Kalian kalu nak buat kerja merepet ini, bukak KOPIAH..., sobab Saudara kalian telah menjatuhkan persepsi dan nilai insan MULIA itu...

Ini antaro sobab lain, Zulkepli bungkus. Apo lagi dengan macam-macam FAKTA PALSU & REMEDI PALSU yang dilempar, dihujan dan dijaja oleh Pemidato PAS...dikepalai oleh Salahuddin Ayub, budak Pontian ini. Badrul pendek kepalai PKR...dan DAP oleh Loke.

Kepada sipolan yang dibodohkan dengan RM10, RM50, RM100 mahu pun RM1000 untuk buat pekikan, sorakan dan teriakan JALANAN sepanjang musim 7 hari kempen, juga menjadi aktor PENCACAI dan PENODA ILMU...inilah akibat jiko melanggar Adat dan Budaya Adat Perpatih. Ini Nogori Sembilan, ado aturan dan kaedah ADAB...bukan sesuko mengato ikut TOKAK...

Selamat Tinggal PAS+PKR+DAP. Esok, lusa, tulat...akan lebih ramai manusia dan insan berakal dan berilmu. Pengundi Berdaftar mengucapkan BOLEH JALAN LA...PAS+PKR+DAP. TAK BETUL PUNYA PASUKAN...PEGI JAHANAM LA KAU... Kau orang di lubuk keseronokan PAS+PKR+DAP...yang lain haprak.

Selamat Kembali BN! Esok, lusa, tulat...akan lebih ramai umat dan insan yang MULA FIKIR, bahawa NEGARA ini belum bersedia untuk digadai. Negara ini masih perlukan Pengundi Berdaftar yang BISTARI dan Hormat kepada Perlembagaan Persekutuan, masih perlu diasuh agar pimpinan BN berada pada GPS yang tepat dan benar, Untuk RAKYAT, Demi Rakyat, Oleh Rakyat.

Allah merestui Malaysia terus AMAN dan DAMAI. Moga Sejarah tertinta, hari ini...bahawa TIADA ESOK BAGIMU, LANGIT TIDAK SELALU CERAH DAN MENDUNG TIDAK BERERTI HUJAN.

Kampung N31 untuk Tan Sri Mohd Isa Dato' Abdul Samad. Allah Hu Akbar.

11 comments:

  1. Amin! Ya RobbaliAlamin! Semoga Allah makbulkan doa doa kita semua.
    Syukur Alhamdulillah! Semoga UMNO terus akan memperjuangkan masa hadapan bangsa, agama dan Negara Malaysia keseluruhannya.

    Tahniah BN dan semua! Memang orang PD cerdik! Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...rakyat dah mula menilai maner yang baik & sebaliknya....biarkan ape saje PR nak cakap pasal kemenangan malam ni...tahniahlah ye orang bagan, tak pangkah PAS bukan semestinya tak masuk syurga pun...tu semua kerja tuhan...yang paling penting, amal ibadat kita kena niat yang betul....

    jangan ikut perangai lebai kopiah, belajar agama tinggi-tinggi, senang-senang guna ayat qurran untuk kepentingan politik...sampai si kafir laknat boleh guna sesedap rasa...maruah islam telah digadai...pasni bolehlah bagi peluangan untuk baca khutbah lak ye....

    ReplyDelete
  3. syukur kehadrat Illahi Alah SWT ..

    tapi jangan cepat lah lupa diri pulak .... ni dengar cerita Selangor ada pulak yang nak letak jawatan dan melompat .... ada yang nak kena buang pasal ingkar...

    ada pulak PRK di sini silap dua sekali...... bersama lah kita menginsafkan yang telah khilaf.....

    aku dah dapat dah memang kaki kuat PKR dulu siap kawan kamcing topman lagi..... dapat dua ko orang dapat berapa?

    hahaha selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  4. Rakyat tidak selamanya menerima cramah penipuan, fitnah dan caci maki PAS-pakatan......

    Rakyat telah menguji mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, ternyata mereka hanya pandai berhujah fitnah, tetapi tidak mampu melaksanakan janji-janji merreka.

    Itulah balasan kepada pendusta......

    ReplyDelete
  5. Jangan takbur sedaro!!! Isa menang di tempat sendiri, tak sama dgn tempat lain sedaro!!! dan kalau Isa kalah, memang BANGANG bona lah UMNO/BN...jadi apo nak heran!!! tentang kedurjanaan masa kempen tu, den tengok pun samo yo..UMNO pun lahanat jugak...teruk jugak cara kempen UMNO ni...usah kutuk org lah bai!!! ekau pun serupa 2x5, 5x2,...malah lobih dasat lagi...

    Jangan ekau takbur bai!!! esok lusa nasib ekau blm tentu bai!!! sokongan di BP bukan menggambarkan keeluruhan malaya bai!!!

    ReplyDelete
  6. setakat ceramah, tokok tambah skit ayat Qurran, sebarkan fitnah dah memang itu tak dapat dipisahkan...macam ceramah pembangkang kat sebuah masjid di shah alam, kawan aku imam kat situ...

    si Badrul Amin yang bagi caramah...konon tazkirah...20 minit pertama memang cukup seronok kupasan ayat-ayat qurran & hadith dia baca, lepas dari tu, tiba-tiba naik "seh" agaknya, macam gajah naik minyak tak dapat mengawan, caci maki kerajaan BN semua keluar...semuanya tak betul melainkan PR je yang betul...dalam masjidlah dia membantai kerajaan sekarang..maki hamun semua ada...sedih mendengar ape yang berlaku..dalam masjid jugak tempat untuk lepaskan segalanya...

    ReplyDelete
  7. Pada halnya UMNO lah pemfitnah terbesar dan paling ganas di bumi malaya ini....baru ku tahu!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Di kandang PR, PR menang dgn majoriti yg kurang, di Bagan Pinang, UMNO menang bergaya 110% dari pilihanraya sebelum ni... Tahniah dari kami UMNO RASAH.

    ReplyDelete
  9. Anon 9.04,

    Siapo yg takbur, dengan memanjatkan syukur dan alhamdulillah ke hadrat Ilahi takkan la dikatakan takbur. Cubalah guna OTAK wahai sedaro. Melainkan otak sedaro nie telah dirasuk oleh Bro Anwar.

    Jgnlah nak dibandingkan UMNO & PAS apabila caci mencaci berlaku semasa kempen sebab PAS yg ISLE tu boleh mencaci inikan plak UMNO. Maksudnya parti PAS tanggung lebih banyok dosa sebab duk pakai tagline ISLE lepas tu duk maki,caci,carut dsbnya. Parti ISLE pun cam tu, inikanpula parti lain.

    ISLE,ISLE.... apo nak jadi lo dgn parti ISLE nie.

    Guano demo anon. Tokse cakap la pasal ISLE kalau hati sendiri pun berkarat.

    ReplyDelete
  10. aku tengok kurang berkokok supporter PR ni ye...agaknya ramai yang kena "angin ahmar BAgan Pinang " kot...yelah tak sangka kalah teruk, nyaris tak hilang wang pertaruhan....

    BN kena ambil iktibar dengan perkara ini...jangan jadi macam PR, sebab terlalu yakinlah PR kalah teruk...kemenangan ini akan menjadikan BN akan lebih kerja kuat untuk rakyat...jangan mudah alpa..teruskan semangat kemengan ini sebagai pemangkin PRU ke 13 nanti...

    Pimpinan lembu PR & YB-YBnya kat seluruh malaysia sedikit sebanyak dah mula goyang dengan kemenangan BN di BAgan Pinang...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive