Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, October 27, 2009

Parti Asuhan Sesat "Ada BENAR!"

Pas membuat keputusan untuk menutup semua pintu rundingan dan perbincangan dengan Umno berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu dibuat kerana Pas menganggap cadangan itu sebagai satu perkara yang sudah berlalu. “Kita sudah tutup buku kerana kita tidak tahu macam mana pemimpin (Umno) sekarang. Cadangan pembentukan kerajaan perpaduan dibuat ketika zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya di lobi Parlimen, sebentar tadi. Dipetik daripada kenyataan tertulis dalam siaran terkini Berita Harian, 27 Oktober 2009 jam 1459.

Siapa sebenarnya pimpinan Partai Islam SeMalaysia ini yang amat cocok ditukarkan kepada Parti Asuhan Sesat? Apakah sebenarnya matlamat akhir perjuangan PAS? Bagaimanakah sebenarnya keangka fikir pimpinan PAS?

Tulisan ini ialah hadiah Pak Sedaro kepada pemikir dan pembaco budiman, jika ado pengikut dan peraih PAS nak baco dan amati, lagilah baik. Pucuk dicito, Ulam mendatang. Jika subjek ini dijadikan Modal Dagangan Politik Kampung di Luar Kota, maka 90% warga Malaysia tidak partisan kepada mana-mana parti siasah, mula menelah...

Apakah satu DOSA BESAR mengadakan rundingan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO? Apakah PAS punyai mazhab politik di Jerussalam? Apakah PAS punyai kiblat politik di Afganisthan? Apakah PAS menafikan secara total perihal Perlembagaan Pertubuhan PAS yang dipersetujui sejak 1951?

Apakah lebih MULIA dan SUCI bercemolot siasah dengan DAP, PKR, PSM? Apakah lebih TINGGI SYURGA bawaan PAS dengan memutuskan ikatan silaturahmi sesama Muslim dan Bangsa? Apakah mesej PAS ini merupakan Agenda Sesat Politik untuk Pengurus Politik Membabi Buta?

Ramai insan dan pengikut politik parti bangsa Melayu akan membuat pusingan U, tidak lama lagi. Ini kerana mereka semakin keliru dan ragu-ragu dengan sikap aman, damai, bahagia dan sentosa. Maka, makin bertambahlah kuota rakyat yang terkorban atau dikorbankan.

Barang di ingat bahawa, alam Melayu sudah semakin dijadikan Modal Perjudian Minda oleh 20% Pengurus Politik bukan Melayu yang mendewa faham fasis, komunis, free thinker dan reformis. Apalagi dengan keangkuhan PAS memuntah kenyataan penuh murni bahawa tiada lagi rundingan bermakna manifestasi dan gerakan saraf Min Yuen Komunis, sudah BERJAYA.

Seandainya kenyataan itu bermotif TOPENG SAMARAN POLITIK, maka, PAS sudah tergelincir daripada landasan perlembagaannya sendiri. Apakah penyokong PAS atau semua ahli PAS tahu kandungan setiap baris dan ayat, Perlembagaan Pertubuhan PAS? Bagaimana lahirnya perlembagaan PAS ini? Siapa pengatur dan pemikir perlembagaan ini? Apakah pedoman asas kelahiran Perlembagaan Pertubuhan PAS 1951 ini?

Untuk rakyat awam, kesan kenyataan ini merupakan FITNAH BESAR yang bakal menjahanamkan proses Tamadun Bangsa Melayu dan Tamadun Budaya Islam di Malaysia. Seperti ingatan Al-Habib Umar bin Hafdiz, iaitulah keturunan ke 39 daripada Baginda Rasullullah, Muhammad bin Abdullah, yang sanad datuk moyangnya dari Saidina Hussin bin Ali bin Abi Talib dan Saidatina Fatimah Az-Zahrah dalam sebuah kuliahnya, berpesan kepada awam bahawa, tanda rosaknya pemikiran pembina tamadun dan pimpinan tamadun ialah apakala dihujahkan pemutusan talian persaudaraan yang nyata haq dan benar. Apalagi bila ditutup jiwa, fikir, tindakan untuk bersatu dalam perpaduan ummah dengan mencampak tohmah ala-Firaun kepada seorang yang lain.

Kisah ini diamali beberapa bulan lalu, rupanya takdir Allah memperlihatkan bahawa PAS di bawah Abdul Hadi Awang telah mengikut lantai-lantai kefakiran ilmu perpaduan tamadun. Apakah PAS perlu bersedih? Atau ahli PAS perlu BERTAUBAT?

Kepada warga Malaysia yang layak di Tanah Mengandung Perkara 153, Pak Sedaro minta kalian mulalah berfikir. Banyakkan sembahyang Sunat Awwabin, Taubat dan Tahajjuhd. Berzikirlah memohon rahmat Allah, agar tidak ditmpa BENCANA BESAR kepada Malaysia. Trajedi Jambatan Runtuh di Kuala Dipang, WAJIB dijadikan pengajaran kepada seluruh rakyat. Banyak yang tersirat pengajarannya daripada yang tersurat.

Allah masih sayangkan Malaysia untuk umat Islam dan Rakyat Raja membina Tamadun Bangsanya. Jika masih tak percaya, IKUTlah Parti Asuhan Sesat. Maka, kalian memBENARkannya.

1 comment:

  1. Saya memang sokong PAS kerana keislaman dan rata-rata sifat kemelayuannya walaupun menafikan nasionalisma.

    Tetapi kalau sudah berkerat rotan dengan UMNO yang juga Melayu dan Islam, maka timbul persoalan; apa sebenar halatuju PAS, kerana dengan DAP yang bukan Islam dan bukan Melayu dan PKR bukan Melayu, mereka intim dan bersekongkol?

    Masih lagi ramai yang taksub! Rasa saya ramai diluar sana berfikiran seperti saya.

    HatiHitam

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive