Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, October 4, 2009

PRK N31: "Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada calon Pas..."


Lokasi: Restoran Kak Mah Port Dickson
Tarikh: Bersamaan hari penamaan calon PRK N31
Masa: Lebih kurang jam 6 pagi

Seorang pemuda yang baru selesai bersarapan, sedang berjalan ke ruangan solat yang disediakan di restoran berkenaan. Sebaik tiba di ruangan solat, kelihatan 6 orang lelaki yang memakai baju serta vest berlogokan parti Pas sedang mengerjakan solat bersama beberapa orang awam yang lain. Salah seorang daripada 6 orang Pas itu sedang mengimami solat subuh.

Disebabkan ruangan solat yang disediakan agak terhad, maka pemuda tersebut terpaksa menunggu di luar sementara menantikan jemaah selesai menunaikan solat. Sementara menunggu, pemuda tersebut mendengar dan menghayati surah yang dibaca oleh imam. Namun ketika di rakaat kedua, sebaik selesai imam membacakan doa Qunut, pemuda tersebut mendengar imam Pas berkenaan menyambung doa dalam bahasa Melayu yang berbunyi lebih kurang begini;

"Ya Allah, selamatkanlah calon Pas di Bagan Pinang. Berikanlah kemenangan kepada calon Pas. Hancurkanlah Umno...bla...bla...bla".

Pemuda berkenaan termasuk beberapa orang awam yang menjadi makmum kelihatan terkejut. Mereka kemudiannya berniat mufarakah dan solat bersendirian. Sebaik solat itu selesai, pemuda itu melihat salah seorang makmum daripada kumpulan Pas tersebut telah bertindak menegur imam,

"Kau tak boleh buat macam tu. Kita sekarang di tempat awam. Kalau sesama kita saja takpelah kalau kau nak baca doa dalam bahasa Melayu lepas Qunut tu."

"Siapa kata tak boleh...bla...bla...bla..."

Kumpulan Pas itu dilihat mula berbalah (bak kata orang negori begoghok) sesama sendiri. Pemuda itu lekas-lekas mengambil wudhu', mengerjakan solat subuh serta berlalu dari situ meninggalkan sekumpulan ahli Pas yang masih bertekak sesama mereka.

NASIB KAU LA YEH!

16 comments:

  1. Tak pelik, dah byk kali dengar cerita camni... menyamakan Islam = PAS dan PAS = Islam, mengagungkan Nik Aziz umpama Nabi.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Paneh,

    Kesian, inilah akibatnya bila berAmal tanpa berIlmu. Pada jangka mereka PAS adalah Islam dan ikut apa sahaja dibuat PAS itu sudah jadi amal ibadat.

    Sedih..Waliyazubillah janganlah terjadi pada anak cucu cicit kita. Semoga Allah swt akan selamatkan pemuda-pemuda itu dari terus tersasar dari ajaran suci Islam yang sebenarnya.


    Semuga juga Nik Aziz, Hadi Awang, Ustaz Nash dan Panglima SALAHudin tahu apa yang sedang berlaku dan membuat sesuatu mengenainya dengan SEGERA!!!! Soal solat bukan soal main-main. Tak payahlah dihuraikan lagi di sini, Mak Cik jangka kita semua pun dah maklum.

    ReplyDelete
  3. salam.

    Yang lebih pelik bila surah al-baqarah ayat yang menjelas status mereka hari sudah menjadi kapiaq sudah tidak diguna pakai isi pengajarannya lagi.

    Inilah haiwan-haiwan yang bijak mempergunakan kalam allah untuk kepentingan politik dajal mereka.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Inilah terjadi kalau imam terlalu taksub pada Pas. Bila ada imam sokong UMNO, depa pakat tak datang masjid. Depa solat dgn puak2 depa kat surau Pas. Tapi org UMNO tak pula buat mcm tu. Turn imam pro Pas, elok je kami ikut jadi makmum.

    Tapi sampai baca doa nak bagi hancur UMNO kenapa? Takkan tak tahu tak boleh doakan kehancuran sesama Islam? UMNO pun Islam juga. Tak betul la macam tu.

    Muslimin-

    ReplyDelete
  5. Ala...kan sekarang ni masa kempen PRK B.P...ini adolah antaro kisah fitnah dan memburukan PAS la...apo lagi...UMNO tak do kojo lain, kecuali memburukan org lain dan memfitnah org lain (PAS) di B.P...tengok yo lah berito TV, TV 1, TV 3, Bernama, Awani..Utusan, NST.....tak do kojo lain, memburukan PAS yo lah kojo ekau...meluat oghang dengar berita TV...macamlah org ni sumo bangang2 belaka....

    Bilo lah UMNO/BN nak berubah...perangai lamo dio tak habih2...meluat...

    ReplyDelete
  6. ye ke, macam parti orang kaoir je, Tolong jangan mempermainkan ugama Islam.

    ReplyDelete
  7. Salam semua,

    Ini adalah kisah benar yang dialami sendiri oleh warga Paneh Miang. Kami bukan macam komplot pembangkang yang sesuka hati memfitnah sana sini sepertimana yang sering dizikirkan dalam kempen ceramah mereka di Bagan Pinang.

    Kepada yang berhasrat nak berjumpa dan berdebat dengan kami, mai la di Bangi Kopitiam. Kami ada di sana pada waktu2 tertentu sepanjang tempoh kempen PRK N31.

    ReplyDelete
  8. Paneh...

    Sudah la ko...apa yg tak dibuat oleh UMNO dan UMNO akan buat apo sajo...kadang2 sampai tak dapek dijangkau oleh akal dek kerana canggihnya perancangan UMNO ni...

    UMNO memang sudah byk kelentong ...awak boleh lah cakap apo sajo...ya..!! ada yg percaya..tapi ramai juga yg tak percaya...seolah2 apa yg anda katakan, hanya mainan saja...anda boleh berkata apa2 saja..tapi banyak org buat tak tahu saja...cakap la apa anda nak cakap, tapi org buat tak kisah jer...apa susah!!! hak org nak memilih adalah hak mutlak seseorg....UMNO nak kempen terlalak2 dlm TV ke, akhbar ke, blog ke..apa ke...org buat tak kisah jer...buat bodo jer...lantak kau lah...apa nak heran bai!!! dah kojo UMNO cam ni...
    (den tahu Kopitiam Bangi tu bai...!!! dulu den ponah belaja kek situ la...Taman Tenaga...kan dokek tu...!! dulu la..)

    Ok..kau buleh tulis apo sajo...penyokong ekau akan suka sakan lah..sebeb mrk dungu dak tak kritikal!!! tp ramai org kini amat kritikal bai...!!!

    ReplyDelete
  9. Salam, perkara macam ini terus berlaku dikalangan Imam-Imam PAS khawarij bila doa qunut dibacakan...... mereka akan menambah dengan perkataan laknat, hancur, musnah memohon bala kepada orang Melayu Islam sendiri..... itulah PAS khawarij.........

    ReplyDelete
  10. Salam Paneh miang, kini baru ku sedari apa yg ada elok dikekalkan,
    aku dah malas nak jadi pengikut 2 politik puak2 pembangkang ni, banyak cakap dari kerja!!!!!!
    Pengalaman menyokong pembangkang selama 1o tahun mengikut pemerhatian aku, kebanyakan pemimpin pembangkang banyak bercerita dari bekerja, pandai bermain emosi kosong, menghentam berlebihan, terlalu banyak kebencian yg ditanamkan oleh mereka impak dan Bahayanya sampai kita boleh mendoakan bangsa seislam kita jahanam...Anyway goodluck pada BN for this election.

    ReplyDelete
  11. pm - yang pahit nak telan kenyataan itu akan sentiasa menyangkal sambil memfitnah dibawah naungan anonymous :-) saya tau lama dah ni; di Teregganu pun sama jugak..

    ReplyDelete
  12. jika orang PAS-PUS-POOIII....
    MGUNAKAN DOA KUNUT....
    marilah ISLAM MUSLIM..
    Mgunakan sbahyang istihara mintak
    ptunjok...anacam?????

    ReplyDelete
  13. salam..

    dear anon..

    mungkin ada benarnya crite nie.. wallahi.. saya pernah ke Perak beberapa tahun lepas.. tak sampai beberapa meter dari sebuah masjid besar dari ipoh.. ada sebuah surah.. a.k.a markas PAS kawasan tu.. saya pernah melalui kawasan tu.. dan masa alhamdulillah tengah sembahyang berjemaah rupanya kat surau tu.. walaupun sebelahnya masjid besar beratap biru..!! tapi paling menyedihkan.. dah laa tak jauh dari masjid.. Apalah salahnya kalau diimarah kan masjid tu.. Didepan imam ada pulak lambang parti... bulan yang sebesar-besar nya dihadapan imam.. lagak seolah-olah menyembah bulan dihadapan.. dan lagi pernah saya mengikut ceramah pas di stadium bola sepak kota bharu.. dengan sekali lafaz dengan penuh khusyuk dan tawadduk.. mursyidul am PAS memohon doa dengan disambut "amin" oleh penyokong PAS sambil gelak ketawa.. yang mana doanya masih saya ingat sampai kehari ini.. "ya'allah kau matikanlah mereka-mereka yang tak menyokong PAS buat beratkan BUMI aje. (sia-sia).. subhanallah.. terkejut se..!! fikir-fikirkan lah.. solat dipersenda.. doa dipersenda.. islam dijual..

    ReplyDelete
  14. Dan cerita2 seperti ini amat berat untuk diterima dan ditelan oleh penyokong PAS walaupun sekiranya cerita tersebut adalah benar...

    ReplyDelete
  15. ihatenickname-bumihijau said...

    Saya setuju dgn anda.....

    Saya dulu banyak juga follow ceramah PAS & PKR,melalui ceramah mereka saya amati bahawa kebanyakan mesej2 yg disampaikan berbau nafsu
    dan kutuk mengutuk, sehingga semua yg dibuat oleh suatu pihak dianggap salah.
    PAS merasakan bahawa hanya mereka sahaja yg islam...sehingga menganggap islam dari parti yg berlianan ideologi tidak betul.
    Dulu ada seorang Uztaz Rock dari PAS, yg ceramahnya banyak menhentam kerajaan dan artis2, alih2 dia pon hanyut jugak
    bila masuk kedunia hiburan, mesej yg saya nak sampaikan ini bahawa tidak ada suatu yg sempurna, kita hanya manusia biasa,
    so jangan rasa diri kita seperti malaikat dan menganggap org lain syaitan, kerana mungkin org lain yg dihina itu lebih mulia

    ReplyDelete

Blog Archive