Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 4 April - Jumlah RM108 bilion yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penangkapan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini bukannya wang yang lesap dan dibawa ke luar negara.
Sebaliknya Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ia adalah anggaran kerugian pendapatan negara akibat perlakuan jenayah yang turut melibatkan pelbagai akta di bawah SPRM, JKDM, polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurutnya, pendedahan SPRM mengenai kerugian RM108 bilion itu bukannya merujuk kepada kes JKDM sahaja tetapi turut merangkumi pelbagai kesalahan lain.
"Ingin saya jelaskan bahawa RM108 bilion itu bukanlah lesap sebaliknya nilai kerugian pendapatan yang dialami negara.
"Angka serta input yang didedahkan itu diperoleh daripada Unit Perisikan Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, akhbar melaporkan RM108 bilion hasil negara lesap setiap tahun antaranya akibat perbuatan 'tangan kotor' pegawai JKDM yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa, sebelum wang yang diterima itu kemudiannya dipindahkan ke luar negara.
SPRM turut menahan seramai 62 pegawai JKDM kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain dalam 'Operasi 3b' yang diadakan sepanjang minggu lalu.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah JKDM, Datuk Mohamed Khalid Yusof yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membenarkan siasatan dibuat oleh pegawai SPRM sejak dari awal operasi itu dijalankan.
P/S: Bagi aku KASTAM dah lepas siksa sampai hilang seorang anggotanya.Selepas ini giliran siapa pula? Adakah turut melibatkan kehilangan anggota? Akhbar-akhbar yang mengapi-apikan suasana dengan menuding jari kepada KASTAM semata-mata bagaimana pula? Tiadakah kemaafan dipinta secara terbuka? Tuan Pengarah siasatan mengapa lambat menjernihkan suasana? Tiadakah rasa kekesalan di jiwa? Orang yang membantu siasatan kehilangan nyawanya?
Lu pikirlah sendiri......

Katanya duit bersepah2 dengan jumlah RM165K ditemui.Last2 kat kat merata2 tempat dan jumlah cuma RM65K sahaja. Apa ke benda mamat pengarah SPRM yg brmuka ketat semasa PC dulu. Taulah lu nak naik pangkat, cerita mengalahkan %$#@@.Aku setuju SPRM patut meminta maaf bukan sahaja pada JKDM tetapi pada mangsa2 anaiya mrk.Bayangkan takde kes tapi cara atau perbuatan mrk memalukan mangsa boleh sampai bercerai-berai, masyarakat pandang serong, mangsa tak naik pangkat.
ReplyDeleteAku benci perasuah tapi SPRM kena pro masa buat kerja dan jgn jadi mcm Nazi/Jepun masa zaman perang paksa org ngaku.Byk yg bercerita diperlakukan ganas oleh SPRM ni.
jgn jadi bodoh...di negara maju jumlah kutipan Duti Import (Kutipan kastam) sebenarnya dan sepatutnya lebih tinggi dari CUkai Pendapatan.
ReplyDeleteMemang sebenarnya JKDM sepatutnya dapat mengutip sekurang-kurangnya RM80B utk negara tetapi kerana kebanggangan kakitangan yg makan rasuah negara yg rugi.. walaupun bukan semua yg lakukan tetapi memang jelas kerana TAUKE_TAUKE ini apabila declare cukai pendapatan utk business mereka letak harga betul tetapi bila semak declaration dgn kastam 90% kurang dari harga sebenar..
dan aku juga setuju bahawa pegawai SPRM jgn berlagak macam mereka ada semua kuasa.. kita harus mendesak supaya hanya PEGAWAI KUMPULAN A sahaja yg dibenarkan MENGAMBIL KETERANGAN bukan pegawai bawahan..
Tetapi SPRM TIDAK HARUS MINTA MAAF kepada semua pegawai JKDM yg terlibat kerana memang tugas mereka dan semua yg dipanggil ADA SEBAB nya..
KEnapa nak terjun tingkap jikalau tak bersalah?? Adakah kerana DIA tahu PELAKUAN rakan-rakan nya dan telah diugut kerana telah mendedahkan nama-nama mereka? atau telah diugut oleh TAUKE-TAUKE??
dan sesungguhnya orang SPRM tak sebodoh dan sebanggang itu nak tolak DIA..
fikir-fikir lah sendiri
Anon 2.45pm
ReplyDeleteTak kena mak bapak dan adek beradek kau boleh lah kau cakap sprm betul
Anon 2:45PM Negara maju dah lama pakai GST atau VAT. Sistem ni berkesan, dari segi teori krn cukai akan dipungut diakhir transaksi penjualan barang.Ianya lebih efisien tetapi adakah rakyat Msia bersedia atau nanti dipolitikkan.Bukan RM80B, aku rasa lebih dari tu.Sistem cukai sekarang semakin hari dan semakin pupus/turun kecuali mcm kereta.Skg ni sapa "jgn jadi bodoh?"
ReplyDeleteBiar SPRM jalankan tugas dengan betul dan telus, bkn dengan kekerasan.Kalau kena cekup dan dibantai buat report polis berkali-kali mesti takde tindakan pasai polis pun takut SPRM berdendam.Pegawai SPRM ini naik tocanglah dan bermaharajalela.
Betul kata Anon 2:58, kalau tak kena batang idung sendiri mungkin tak tahu.
Kalau teori ko kata terjun tingkap, awat terjun kat bangunan SPRM??Biar polis siasat dan tentukan sebabnya.Jangan main sekap jarang, sekejap jadi Menteri Kewangan dan kemudian jadi Menteri Undang-undang /Kesihatan.
Pegawai bawahan SPRM yang kaki soalsiasat ni paling tinggi dipolma je yg lain bekas polis, askar dan lepasan SPM je.Lagak mereka ni...ishh .
Kalau ikut logik kes rasuah bukan mcm ked dadah hukum gantung, lainlah kat China.Cukup 5 tahun lepas, takde kes mcm terbaru bekas Pengarah JPJ Kedah/Perlis tu.Mana logiknya... biar polis siasat dah jangan melatah.
Terbaru KP SPRM akui RM108B bukan khas untuk KDRM je tetapi agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.
Lihat nanti hasil siasatan polis, baru boleh kita fikirkan. Jangan tuduh sebarangan kerana orang tu dah arwah dan susah nak minta maaf tetapi boleh jumpa kat akhirat.
Alfatihah buat arwah dan semuga kebenaran akan terbukti kelak.
mula mula kata 108 billion kastam saja.
ReplyDeletebila dah kena tekan kata lain pulak.
apa sudah jadi.
awat lembik pulak