Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, April 22, 2011

Masjid Lebih Mulia

Pak Sedaro ingin benar berkongsi pengetahuan kecil semasa berpeluang ziarah Almarhum Sheikh Ahmad Deedat pada tahun 1995, semasa rombongan kami melawat Afrika Selatan. Juga berkunjung ke Kota Purba Andalusia dan perkarangan Masjid yang kini "transform" sebagai sebuah Gereja Baptis di Peranchis dan Jerman.

Antara perkara Mulia sebuah masjid pada zaman kehebatan dan keagungan Ilmu ISLAM ialah:

1. Wujud asrama dalam kawasan awam masjid untuk kegunaan musafir, mu'alaf, perawi hadis, fakir miskin yang berkhidmat kepada rakyat.

2. Wujud hospital untuk merawat pesakit serta-merta. Manakala, di sebahagian lokasi di Andalusia, Masjid menawarkan perkhidmatan perubatan dan klinikal.

3. Khutub Khanah masjid merupakan pilihan orang ramai untuk berhimpun dan menelaah ilmu baik dunia mahu pun akhirat.

4. Masjid menjadi Call Center kepada maklumat dan pengumuman awam.

5. Masjid menjadi laman musyawarah oleh pemimpin masyarakat sosial yang tidak berpaksi kepada parti siasah dan kepentingan politik.

6. Masjid menjadi pusat pengkaderan anak-anak kecil, dengan wujudnya maahad tahfiz, kursus dan latihan bersifat spiritual.

7. Masjid menjadi rumah perhimpunan rakyat Islam dan bukan Islam di samping pusat Terapi minda oleh pesakit-pesakit mental secara berkala, dengan latihan dan amalan yang dinamakan NLP Rawatan Islam.

Apa yang dibentang kepada pembaca ialah perolehan pengalaman yang hari ini dimanipulasi sepenuhnya oleh Gereja dan kalangan paderi-paderi di markas biara mereka. Hari ini, apa yang disantun oleh kalangan Kristian ialah "cetakan dan cedukan pendekatan sufi dan guru-guru sufi di zaman KEGEMILANGAN empayar Islam".

Apakah JAKIM sedar kesilapan dan kekurangan yang berlaku? Apakah para MUFTI peka, khilaf yang menjadi "kacang lupakan kulit"?

Paderi atau gereja hanyalah boneka dan permainan mata kasar. Rahsia di sebalik protokol Zionis ke 16 hingga 24 menjadi anutan dan resepi KEUNTUNGAN mereka. Ramai anak rakyat RAJA sudah alpa. Bacalah Mastika Mei 2011, Kelab GAY di Kuala Lumpur makin menjadi-jadi. Andai satu malam yang hening, secara tiba-tiba disambar halilintar, siapakah yang BAKAL disesali?

Ruangan Mastika Mei 2011 tentang nama-nama Jin, maka, jauhkan rupanya Al-Anwar ialah nama Jin yang begitu sekali sifatnya, samalah dengan pemakai nama tersebut. Taubatlah, tukarkanlah nama, kalau anak anda di namakan dengan Anwar. Anwar ialah nama JIN KAFIR yang perangai semulajadinya seperti Anwar Ibrahim. Bacalah Mastika Mei 2011.

Sebab itulah, nak namakan anak jadikanlah Masjid sebagai wahana pilihan dan pusat rujukan.

Allah Hu Akbar.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive