Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, April 30, 2011

Transformasi POLITIK

Perlukah ummah Melayu mengadakan Pelan Transformasi POLITIK? Atau lebih tepat TRANSFORMASI UMAT MELAYU ISLAM?

Perbincangan mendalam Pak Sedaro bersama guru-guru Majlis Perundingan Melayu mencetuskan beberapa subjek besar yang perlu dibahaskan melalui blog Paneh Miang ini, antaranya:

1. Model Transformasi Ekonomi Umat Melayu ISLAM?

2. Model Transformasi Politik Umat Melayu ISLAM?

3. Model Transformasi Negara Umat Melayu ISLAM?

4. Model Transformasi Sosial Umat Melayu ISLAM?

5. Model Transformasi Belia Melayu ISLAM?

Bila mana dibahas secara lebih terperinci, perkara 2 merupakan induk kepada keadaan geo-politik Umat Melayu. Sudah dikenalpasti bahawa umat Melayu berpecah kepada 5 kumpulan faham siasah. UMNO, PAS, PKR, KITA, BEBAS. UMNO dan PAS boleh dikelas sebagai Melayu ISLAM, PKR dikelas sebagai MELAYU PLURAL, KITA sebagai MELAYU ELITIS LIBERAL dan BEBAS sebagai MELAYU ALAM SENDIRIAN BERHAD. Selebihnya sebagai Oh...I...C & No...Action...Talk...Only...

Acapkali dilihat bahawa UMNO amat tertinggal daripada perspektif transformasi politik, kerana hebahan Haprak Daily lebih mulia dan mendewa-dewa kehebatan PAS ciptaan manusia kultus Syiah, Qadariah, Jabariah dan Muktazilah. Tahniah UMNO kerana sudah tertinggal 100 tiang di belakang PAS, PKR, KITA dan BEBAS.

Acapkali diperhati bahawa perang siber UMNO tidak kena sasaran di hadapan. Apakah guru politik UMNO tidak mengajar kaedah menenang tepat ke sasaran untuk mendapat skor bull-eye?

Meneropong kelompongan dan kelopongan perang suci Umat Melayu Islam di Bumi Melayu, Pak Sedaro fikir beberapa tindakan bil-hikmah WAJIB dimulakan sejak semalam:

1. Iktiraf semua kelompok Ilmuan Islam daripada Bangsa Teras dan Kaum-kaum Lain, yang menerbitkan semua madrasah di seluruh Negara.

2. Iktiraf semua bekas pejuang Malayan Union, Pasukan 136, Pasukan MPAJA yang telah taubat nasuha dan kini menjadi rakyat SEJATI, TAAT dan SETIA kepada kedaulatan Melayu, semua bekas perajurit pangkat rendah dan pegawai, semua bekas Polis sesuai dengan usia pasukan 210 tahun.

3. Iktiraf semua anak keturunan pahlawan Melayu seperti Megat Terawis, Dol Said, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Maharajalela, Laksamana Bentan, Tun Tuah, Tun Jebat, Tun Kasturi, Tun Lekiu, Tun Lekir, Rentap, Mat Salleh Pahlawan Sabah, Dato' Siamang Gagap, dan sebagainya.

4. Semua Veteran Melayu yang masih hidup dan mengetahui asal-usul perjalanan perjuangan umat Melayu sejak 1940 dihimpun semula di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan diadakan pengkisahan semula di PICC, Putrajaya kepada anak-anak muda Melayu dan rakyat Malaysia.

5. UMNO dan PAS khususnya kena jemput pelukis bendera PEKEMBAR, pembina jata negara, penulis perlembagaan UMNO dan PAS (kerana ia adalah insan yang sama), perintis jalan-jalan perjuangan umat Melayu sejak 1 April 1946.

6. Tahniah balai PAS kerana semua makmal perang politik PAS sudah ada WiFi. UMNO masih syok di kedai kopi main dam haji.

7. Tahniah balai PAS kerana sudah memiliki Data Maklumat Pengundi berasaskan DUN dan PARLIMEN. UMNO masih dok mencari di pokok getah dan perigi buta.

8. Tahniah balai PAS kerana sudah menjalan Program Transformasi Organisasi meniru bahan rujukan UMNO yang dicuri sejak 1955. Bahan Transformasi Organisasi PAS kita lebih canggih daripada UMNO, kerana pemberi maklumat mereka di bawah kesenangan Resolusi 13. UMNO masih dimurung oleh Tsunami 12, tak kebah-kebah.

9. Tahniah PAS kerana sudah SEDAR bahawa PKR ialah Freemason memperjuang Pluralisme dan Liberalisme. Sedar bahawa DAP ialah Komunis yang dibutakan oleh Nizar Jamaluddin di Perak (selama 10 bulan). Akui bahawa PAS punya perlembagaan yang disunting daripada Perlembagaan Ibu dan Bapanya iaitu PEKEMBAR 1 April 1946. Tahniah dan Syabas PAS.

Perlukah Model Transformasi Politik UMNO+PAS menjadi bahan Sejarah PRU-13? Atau Kerajaan UMNO yang diiktiraf dengan kehadiran Sheikh Dr. Abdul Rahman ibni Abdul Aziz As-Sudaisi, Imam Besar Masjidil Haram, cukup memberi gambaran bahawa Bumi Melayu ini dimuliakan oleh pemimpin-pemimpin Melayu Islam yang diangkat Allah jua.

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum, sehinggalah mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." - Ar-Ra'd 13:11.

Tranformasi perlu dalam ILMU, SIKAP, ADAB & AKHLAK, DISIPLIN dan ILTIZAM.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive