Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, April 20, 2011

Gereja ajak Melayu gaduh...

Kronologi ancaman Gereja untuk menghapuskan kedudukan istimewa Islam di Malaysia:-

1. Isu Artikel 121(1A) ekoran insiden kematian Muhammad Abdullah Moorthy dengan mengutarakan idea liberalisme bagi dijadikan kesempatan golongan bukan Islam untuk melemahkan kedudukan Islam dengan mencabar kuasa Mahkamah Syariah.

2. Penubuhan Inter Faith Council (IFC) yang dipelopori DAP dan PKR untuk menjejaskan kedaulatan Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3).

3. Isu murtad yang dimainkan golongan Muslim liberal melalui kerjasama NGO bukan Islam dengan menggunakan saluran undang-undang untuk memudahkan proses penukaran agama serta mencabar peruntukan undang-undang syarak dan sivil. Golongan ini disokong Majlis Peguam.

4. Penentangan terhadap konsep pelaksanaan syariat Islam dengan menolak pelaksanaan syariat Islam oleh parti DAP dan kebanyakan pemimpin dalam PKR.

5. Gerakan Feminisme Sisters In Islam dilihat menggunakan jaringan ahli politik, penggubal undang-undang dan media untuk menentang penggubalan Rang Undang-Undang Kekeluargaan (Wilayah Persekutuan, 2005)

6. Reformasi Kurikulum Institusi Pendidikan Islam mendakwa kononnya kurikulum pendidikan Islam yang ada sekarang kononnya bersifat jumud dan tidak relevan dengan zaman.

7. Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh buletin tersebut, tetapi kini diberi lesen besar pula oleh Najib kepada puak kristian menggunakan nama Allah dalam bible bahasa Melayu.


Adakah pemimpin Melayu di Malaysia hari ini masih tidak sedar akan ANCAMAN fahaman pluralisme/liberalisme yang diperjuangkan gereja serta penganut kristian terhadap Aqidah dan kedudukan Islam di Malaysia?

Jelas wujud agenda terancang gereja dalam cubaan untuk menidakkan kedudukan istimewa Islam di negara ini.

Ada pepatah Melayu menyebut, "Mata lebih besar daripada Akal", TAPI "Semua pemimpin Melayu Malaysia ni buta ke apa?"

5 comments:

  1. tu la deh. bilo si paneh ni becerito pasal ado agenda nak hancur an islam kek negaro ni, takdo lak sorg melayu pun nak cakap komen sokong ko apo ko. bab namo Allah dan agamo islam pun melayu ni susah nak besatu suara, sobab tu kafir laknat, cinopex dan kap lam ya nga ni sonang amik kesempatan. tokan melayu sano sini.

    bondo ni semuo belaku sobab melayu tak besatu. simple as that. tak yo paham lae???

    ReplyDelete
  2. TOK PERDANO 2:58

    (DEN ULANG BALIK POSTING DEN KEK BAWAH TU...MALEH NAK TULIS BONDO SAMO...)

    ...................................

    MACAMNO MELAYU NAK BERSATU, NAK IKAT RAPI, NAK KUEK...SOBAB EH, HARI2 MASUK UTUSAN, TV, KUTUK MELAYU...

    TAK DO CITO LAIN, KUTUK MOLAYU, FITNAH MOLAYU VIDEO SEKS LA, LIWAT LA...

    APO BONDO EH!! MELAYU UMNO KUTUK MELAYU PAS, MELAYU PKR...TAK DO RENTI EH DOH...

    NAK SATU MACAMANO, HARI2 KUTUK ORG MELAYU..SESAMO MELAYU FITNAH GILO2...INI BULEH MENYEMAI KEBENCIAN ANTARO SESAMO MELAYU...

    MELUAT DEN...

    KOK NAK BERSATU, KENAPO AJAK PAS YO...PKR MACAMANO? TAK AJAK KO?

    NI, TAK DO CITO LAIN, KUTUK FITNAH BONDO TAK ELOK...HARI2...

    LUPO AN LA NAK BERSATU...

    MAMPUSH LA..

    ReplyDelete
  3. boto jugaklah kato si anon tu..melayu samo melayu (islam) bertelagah, puak bangso lain bersorak..samo2 lah kito bangso melayu kembali bersatu biar kukuh bangso kito x kiro lah apo parti sekalipun. maso tu nanti puak2 kapir ni x berani nak amik kesempatan...

    ReplyDelete
  4. Kami cuma mahu kebebasan beragama, tidak pernah sekali mahu menggugat kedudukan org2 melayu.

    ReplyDelete
  5. boleh kebebasan beragama tu anon 543pm. dalam perlembagaan pun tak halang orang bukan islam mengamalkan agama mereka. cuma ia tak boleh bertentangan atau bercanggah dengan agama islam sendiri sebagai agama persekutuan malaysia.

    ada peraturan dan enakmen yang perlu dipatuhi seperti larangan penggunaan perkataan Allah dll kepada bukan Islam yang dah sedia termaktub dalam undang-undang.

    selagi tak kacau kesucian islam di negara ni, atau cuba menghasut orang islam ke agama anda, maka tiada siapa rasanya nak halang anda amalkan agama anda. lagipun tak pernah pula kerajaan malaysia halang agama lain diamalkan di negara ni. cuma ada batas dan peraturan yang perlu dipatuhi apabila anda tinggal dalam sebuah negara islam.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive