Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, April 12, 2011

BN Pilah Versi BARU

Pelan Transformasi Barisan Nasional Kuala Pilah ialah sebuah Agenda Agung yang menjadi sumpah taat setia setiap insan kepimpinan dan perajurit Barisan Nasional. Makna Barisan Nasional di Kuala Pilah ialah UMNO, MCA, MIC, PPP dan GERAKAN.

Kundasang ialah pusat pemikir kepada kalangan insan yang sedar dan insaf akan makna Gagasan 1 Malaysia, Transformasi 1 Wilayah Melayu dan Perjalanan patriot yang tidak didendang dalam iltizam mewujudkan kekuatan fikiran, kekuatan ilmu, kekuatan perpaduan, kekuatan penerimaan dan kekuatan berpersatuan berpaksi Perlembagaan Persekutuan 1957. BN Kuala Pilah versi baru merupakan Agenda Tsunami Biru Kuala Pilah.

Persoalan seterusnya:

1. Apakah titik benyek perubahan ini boleh dikongsi secara bil-hikmah oleh 5 orang wakil rakyat Melayu yang lain?

2. Apakah pertimbangan politik dan kebangkitan faham sosial berteras Perlembagaan Persekutuan dalam alam BN Kuala Pilah dapat disemarak dengan komitmen sebulat suara dan sebulat hati, bak kata pepatah "Bulat Air kerana pembentung, Bulat Manusia kerana muafakat." Marbahan BN Pilah ke atas keinsafan dan sifat tawaduk barisan pemimpin veteran, baru dan lama, tua dan muda, agar bumi Melayu adat Perpatih di Kuala Pilah sentiasa aman dan damai.

Bagaimana pula BN-BN Parlimen lain yang banyak, apa respond BN Seremban, BN Rembau, BN Telok Kemang, BN Jempol, BN Rasah, BN Jelebu, BN Tampin, BN Pekan, BN Pagoh, BN Sembrong, BN Semporna, BN Bagan Datok?

Iltizam 1 Malaysia ialah Gagasan kesan daripada cengkaman peristiwa pembubaran Malayan Union 1 Julai 1946. 1 Malaysia telah lama berlaku. Hari ini indoktrinasi Gagasan 1 Malaysia dijamak untuk jamahan setiap warganegara Malaysia.

Taubatlah wahai pemimpin BN mahu pun bukan BN yang masih menyalak ibarat anjing menyalak bukit. 1 Malaysia ialah resepi awal pimpinan Onn Jaafar yang ditempa oleh Tunku Abdul Rahman Putra, digilap oleh Abdul Razak Hussein, dirapi oleh Hussein Onn, dimakmur oleh Mahathir Mohamad, dibaja oleh Abdullah Ahmad Badawi dan kini dioreintasi semula oleh Najib Abdul Razak.

Siapakah yang bakal melabur tsunami transformasi selepas PRU-13 berpaksi Gagasan 1 Malaysia pra-Wawasan 2020? Apakah Muhyiddin Yassin beregu terbaik Najib Abdul Razak? Apakah pilihan BN di Sarawak selepas Sumpah Kundasang 11 April 2011 menjadi kenyataan? Apakah Taib Mahmud ikhlas undur diri? BN Sarawak perlu Transformasi Tsunami 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive