Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, April 16, 2011

Keputusan PALOI Najib

Pendekatan BODOH Najib ancaman kepada tanahair Bumi Melayu ialah:

1. Kompromi dengan SIB di Sarawak.

2. Halalkan sebaran Al-Kitab Injil Bahasa Melayu. Sedar atau tidak di Petaling Jaya setiap hari bermula daripada keputusan BODOH membenarkan sebaran Injil Bahasa Melayu, tidak kurang 25 orang insan Melayu dipesong akidah dan bertauhidkan faham trinity, iaitu Jesus "Nabi Isa anak Allah". Marilah umat Islam yang masih TAAT kepada iqtikad Ahlul Sunnah WalJamaah dan faham ilmu Agama Islam, berdoa agar kumpulan manusia murtad ini kembali taubat nasuha dan bertasyahud.

3. Tidak konsisten kepada keputusan Taib Mahmud untuk nasihatkan dia berhenti berpolitik dan undur diri semasa "peak" dalam keadaaan terhormat. Jangan nanti retak menanti belah.

4. Petugas politiking BN sudah makin mual di Sarawak kerana tidak cukup persediaan logistik dan mental fitness. Perbezaan "school of thought" ahli politik BN memberi kesan merencam kepada petugas politik. Apakah penasihat strategi perang saraf Najib tak beri nasihat yang tepat.

5. Sarawak mempunyai pengundi majoriti keturunan Cina seramai 303 ribu pengundi berdaftar. Siapa sebenarnya di bawah pemerintahan Taib Mahmud? Kalangan kaum Cina keturunan Foo Chow di Sarikei, Miri, Bintulu, Sibu merupakan proksi dan rakan karib Taib Mahmud. Apakah peranan kelompok Foo Chow di Satuk, Kapit, Bau, Betong, Lawas pula? Siapa BODOH akan siapa di Sarawak?

6. Pasukan penentang BN terdiri daripada PAS, DAP, PKR dan sekutunya akan menang kerana bantahan dan sabotaj pengundi BN sahaja. NAJIB pulang berkampung di Mines, Serdang untuk acara MIC yang diketuai oleh G.Palanivel jam 2030 malam. Apakah Najib yakin, Taib Mahmud dan isteri muda boleh senyum hari ini dan merayakan kemenangan tipis BN di Sarawak?

7. Tipis dalam ertikata bukan undi. Tetapi kepercayaan, keyakinan janji manis Taib Mahmud, pembangunan retorika politiking miskin calon-calon BN tertentu. Jika NAJIB masih tidak pintar, maka, ulangan keputusan BODOH dan ucapan BODOH akan terus berlaku tanpa ditegur oleh Veteran BN/UMNO. Ingatlah bukan Raja Petra yang sedang mencuci lantai-lantai politik BN tetapi rakyat kerana PRU-13 ialah petanda Tsunami Transformasi 13 Najib & Muhyiddin berjaya.

3 comments:

  1. duduklah dikerusi Perdana Menteri dan cuba raih dan cari startegi puaskan kehendak semua orang dgn cara paling berhikmah ...

    ReplyDelete
  2. memang bn tak perfect, tapi pakatan lebih menjahanamkan..
    kalau ditakdir bn kalah hari ni pun,tengoklah nanti election akan datang belum tentu pakatan menang..
    pakatan bukan tahu mentadbir pun..memang mereka ni bangang sejak azali..ko tengok je la kat parlimen aksi yb pakatan tu..semua cam sial

    ReplyDelete
  3. Bab Injil dalam Bahasa Melayu ini amat sensitif tapi pada zaman cyber ni kalau tak ada kitab ditangan pun mereka boleh layari Internet. Jadi tak banyak yang DS Najib boleh lakukan. Pokok pangkalnya kita sendiri mesti mentarbiyah anak anak sejak kecil pada AQIDAH yang sebenarnya. InsyaAllah jika DALAMAN KUAT, pergi ke mana pun pegang kitab Injil atau VEDA pun tak akan menjadi apa apa....percayalah.

    Aqidah diQALBUN bukan diTANGAN...

    ReplyDelete

Blog Archive