Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, April 15, 2011

Tata Negara

Pak Sedaro amat kecil hati dan duka nestapa, bila mana ada kalangan rakyat Raja yang buta akal dan faham halusnya Bahasa Melayu. Apabila tata disama erti dengan bye-bye, selamat tinggal dan perbuatan lambaian biasa secara lazim ta-ta, makanya begitu jahil dan jahiliyyah faham ilmu bahasa Melayu.

Insaflah saudara, bahawa bahasa Melayu ialah Bahasa Lingua-Franca pada abad ke-15, ditutur secara global selama lebih 150 tahun. Akhirnya dikubur selama 446 tahun 7 hari. Bahasa Melayu amat kaya, dalam persuratan tersirat penggunaan tata, antaranya:

1. Tatanegara
2. Tatabahasa
3. Tataurus
4. Tataletak
5. Tatarakyat
6. Tatahias
7. Tatatertib
8. Tatarujuk
9. Tatasolek
10. Tata ilmu dan banyak lagi.

Gabung perkataan tata bukan melambang perbuatan selamat tinggal. Ia lebih mengarah kepada protokol, prosedur, uslub dan mauduk yang lebih terapi dan berseni. Pak Sedaro hairan, bila mana ada kalangan "intelektual" cuba mencabul nikmat dan bil-hikmah tatanegara. Ingatlah bahawa 13 Mei 1969 merupakan mesej kepada kewujudan Rukunegara dan Tatanegara.

Pak Sedaro fikir kalau ado yang gelojoh bonar hendak memperjudikan negara dengan mula menafikan Perkara 153 secara halus, mengarang penulisan baru Perkara 3, Perkara 39 dan Perkara 40 secara senyap melalui Agenda Munafiq atau mendagangkan kefahaman dengkel 90% rakyat Malaysia mengenai Gagasan 1 Malaysia. Maka, terserahlah kepada Tuhan Maha Adil untuk memberi hadiah kepada kezaliman ANDA.

Gagasan 1Malaysia ialah rencana agung yang dibentangkan kepada umat Melayu pada 1 Mei 1946 dengan Gagasan PEKEMBAR di Kelab Sultan Sulaiman dan Istana Bukit Serene. Persidangan Majlis Raja-raja Melayu pertama yang disertai bersama oleh Undang Luak Johol, Sungai Ujung, Rembau dan Jelebu merupakan persetujuan Di Raja pertama, yang namanya "Ketuanan Melayu" atau "Kedaulatan Melayu".

Mengapa darah-darah keturunan dan nasab Tuk Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Dato Maharajalela, Tok Bahaman, Mat Kilau, Dato Haji Wan Muhammad Saman, Dato Siamang Gagap, Yam Tuan Hitam, keturunan Undang-undang Luak Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol yang terawal, Tun Teja, Leftenan Adnan Saidi, dan sepatriot dengan mereka tidak "AMUK" kepada Bumi Melayu ini? Di manakah resepi tersirat 1 Malaysia yang digerak jaya oleh mereka sehingga Bumi Melayu ini merdeka pada 31 Ogos 1957?

Ingatlah bahawa penjajahan 28 Ogos 1511 sempurna pada 31 Ogos 1511. Apakah rahsia yang cuba dinukilkan oleh Almarhum Sheikh Abdullah Fahim kepada umat Melayu pada tarikh tersebut? Semoga para pencungkil ilmu falaq yang berguru dengan Sheikh Abdullah Fahim dapat menyampaikan amanah rahsia ilmu kepada umat dan rakyat Malaysia. Demi Tata Negara Malaysia.

*********

PENGUMUMAN


Perhimpunan Aman Mempertahankan Kedaulatan Islam dan Membantah Bible Bahasa Melayu anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

Masa: Selepas Solat Jumaat 15 April 2011

Tempat: Perkarangan Masjid Negara

"Bersama Pertahankan Kedaulatan Islam–Perkasakan Suara Umat Islam"

1 comment:

  1. Tukar nama UMNO dulu ke Melayu

    U=United
    M=Malay
    N=National
    O=Organisation

    Buat apa nak melalak jer

    ReplyDelete

Blog Archive