Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, April 17, 2011

Ketua Puteri Seremban REPUT

Akta 668 begitu kasih dan sayang kepada generasi belia. Persatuan Belia Dinamik Barat dari Daerah Seremban telah berpaling tadah, seolah tidak yakin dan percaya kepada Akta 668. Amukan pengerusi persatuan belia yang baru berusia 4 tahun ini begitu REPUT sikapnya dan keputusan pengurusannya.

Siapakah Wan Salwati Abdullah di belakang permainan politiking belia Persatuan Belia Dinamik Barat? Setakat mana kuasa seorang Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan boleh memberi kesan kepada persatuan belia?

Andai dinilai dari aspek Akta, maka kuasa eksekutif tiada pada seorang Pegawai Khas. Jawatan Pegawai Khas ialah lantikan Menteri dengan gred jawatan 41. Gaji permulaan seorang pegawai khas ialah RM3,000 dicampur dengan elaun sebagainya, bolehlah seorang Pegawai Khas berlagak sikit seperti seorang Pengurus Jualan dengan Gaji Bulanan saraan kerajaan sekitar kurang daripada RM5,000.

Kemelut dan berantakan Persatuan Belia Dinamik Barat merupakan sesuatu yang memalukan kerana langsung tidak profesional dalam menangani polemik biasa seorang pemimpin belia dengan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Apakah pula kedudukan eksekutif seorang Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri?

Harus diingat, seorang Pengarah Jabatan Persekutuan mempunyai preprogatif tertentu dalam menetap dan menilai kelangsungan persatuan dengan telus dan tulus. Seorang yang menjawat Pengarah JBS berskala 48 atau 54, merupakan rakan diskusi YAB Menteri Besar yang merupakan individu penting dalam haluan cara dan pemilihan persatuan belia atau mana-mana konteks pembangunan belia dan sukan Negeri. Untuk menjadi seorang pemimpin belia yang bijaksana, Dinamik Barat tidak boleh menjadi pasukan kerja REPUT yang akhirnya memusnah kedudukan strategik masa depan ahli-ahli yang 80% buta Akta 668.

Benar juga komentar Presiden Kelab Melayu Negeri Sembilan, dalam Sinar Harian, bahawa jika Persatuan Belia Dinamik Barat tidak puas hati, maka langsungkan semua bukti dan afidavit ke mahkamah. Gunakan Akta 668 sebaik-baiknya. Bukan "lontar batu sembunyi tangan" atau "ibarat anjing menyalak bukit".

Program Anugerah Belia Negara ialah acara tahunan sebagai mekanisme penghargaan kepada mana-mana persatuan belia, individu belia yang bekerja untuk kepentingan belia. Amatlah tidak bijak Persatuan Belia Dinamik Barat berkeputusan untuk memutus segala hubungan rasmi dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri kerana ia secara langsung mengambarkan "tidak matang" keputusan politiking belia PBDB.

Ingatlah, bahawa Akta 668 belum anda terjemah dan tafsir dengan baik. Mungkin mereka ini tidak layak sebagai Ahli Majlis Perundingan Belia Daerah Seremban. Mereka tidak berpeluang menganalisa dan mendalami ilmu 668 secara literal dan spesifik. Kuasa Menteri, Kuasa MPBN, Kuasa Pegawai-pegawai KBS, serta tindakan dan kesan sampingan.

Pak Sedaro suka pesan dengan mana-mana persatuan belia yang baru merangkak hidup selepas Akta 668 diperkenalkan dan dikuatkuasa, pergilah runding dan bincang dengan sifu-sifu belia seperti Dr. Jumali Selamat veteran 4B, atau Mohd Shahfudin Husin Pengerusi 4B Parlimen Seremban, atau Faizal Abbas MAYC di Kuala Pilah, atau Shahrudin veteran 4B Kuala Pilah, atau Zamros 4B Tampin, atau Dato' Zakaria Nordin GPMS di Seremban. Atau Abdul Halim Lokman MAYC Seremban. Berundinglah dengan Presiden MBN NSDK, Wan Fazamy atau Presiden MBD Seremban.

YAB Menteri Besar Dato' Haji Mohamad bin Haji Hassan kena ambil maklum isu yang disensasikan oleh media di Seremban hari ini. YB Samad Ibrahim kena ambil peduli kerana ekau jago eksekutif belia, sukan dan pelajaran Negeri. Senario kepimpinan belia merupakan subjek kritikal di Negeri Sembilan. Di fahamkan, Gerakan Belia 4B Negeri Sembilan masih gagal melaksana misi kunjung hormat kepada YAB Menteri Besar NSDK, mengapa ya?

YAB Menteri Besar, ambillah inisiatif untuk memberi Geran Galakan Persatuan Belia sebanyak RM10 ribu kepada persatuan belia yang aktif, seperti yang pernah dijanjikan tapi tak pernah terlunas.

Pak Sedaro fikir akan lebih banyak belia REPUT di Negeri Sembilan jika polemik kecil dan berantakan dalam sajian belia di Negeri Sembilan amat lemah untuk dibereskan. Jika tidak wibawa EXCO BELIA, SUKAN DAN PELAJARAN Negeri elok digugurkan sahaja. Jika tidak wibawa Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, tukarkan sahaja. Jika tidak wibawa pendekatan 1Belia 1Malaysia 1Nogori, maka, bubarkan saja Barisan Nasional pimpinan Mohamad Hassan.

2 comments:

  1. bukan setakat ketua puteri, mb pun dah reput. Pilihanraya kali ni kami rakyat mahu PR perintah NS.

    ReplyDelete
  2. Bangang pak sedaro ni, Mano ado exco belia, Sukan Dan pelajaran kek NS ni. Article sobut akta tp salah fakta. Nak komen tp x selidik dulu apo cito sebonar ehh! Osah bangang lah pulak aiiii. Ekau ni, bolum mati lg dah bau bangkai dah. Busuk lg membusuk kan

    ReplyDelete

Blog Archive